Suka Blog Ini

Recent Post

Friday, August 26, 2011

Rindu La Pulak..


Aku telah menjalankan satu survey dekat facebook aku ni dan apa yang aku nampak daripada survey ni, ramai di antara mereka yang membuat status seperti ini "rindu la pulak suasana berpuasa dengan kawan-kawan masa duduk asrama atau kolej dulu.. memang meriah". Tapi kalau kita ingat semula pada masa itu, mesti korang akan kata "ala tak best nya puasa kat asrama atau kolej ni, bila nak cuti ni". Betul kan? tak ke.. silap la aku ni ye.. haha. 

Bukanlah semua cakap macam tu, tapi masa aku duduk asrama atau kolej dulu, kebanyakkan yang aku jumpa akan kata seperti ayat di atas tu la. Apa yang aku nak bagi tahu kat sini, kenangan berpuasa dekat asrama atau kolej ni mesti korang akan rindu. Tak kisahlah korang suka atau tak suka pada masa tu, tapi aku yakin pasti korang akan berasa rindu. Anda yakin tak dengan jawapan aku ni? tolonglah yakin ye.. haha.

Bukan senang nak ada kenangan berpuasa kat asrama atau kolej ni, betul tak? hanya mereka yang pernah duk asrama atau kolej je yang ada pengalaman macam tu. Sebagai contoh, berebut beli tiket raya, siapa lambat tak dapat.. haha. Jadi, aku pun nak rasa rindu jugak la pengalaman berpuasa dekat asrama dulu walaupun berpuasa kat rumah lagi best sebab banyak makanan.. haha.




Thursday, August 25, 2011

Tidak Log Out Facebook..


Pernahkah anda tidak meng log out facebook anda? mungkinkah anda mangsa yang seterusnya, dengan erti kata yang lain "log out facebook anda sebelum facebook anda di log out kan oleh orang lain". Bukannya apa, hari semalam ada la sorang member aku ni duk marah-marah je. Aku tanya la kenapa kan, dia pun jawablah "makhluk mana entah pergi tulis kat status fb aku tu, dah la ayat macam haram J je. Tapi salah aku gak tak log out fb".

Patutlah marah-marah, fb kena hack dengan member sendiri.. haha. Kadang-kadang tu aku tengok apa ke peliknya dorang punya status ni, ada yang mengaku aku lah jejaka paling macho, aku lah perempuan paling cun dan ada jugak yang aku baca mengandungi unsur-unsur kelucahan di situ. Tak lama lepas tu, muncul la pulak status "wei baik mengaku siapa yang hack fb aku ni".

Memang dah boleh agak la kan, itu mesti kerja member-member dorang yang nak kenakan si member tu sebab apa, tak log out fb punya pasal. Sedih tak sedih la, kalau kena status yang memang keji giler, apa tak sedih nya kan, nak marah pun ada.. haha. 

Jadi, kalau dah tau duk sekali dengan member-member tu, pepandai la nak meng log out fb anda semua ye. Kalau tak mungkin anda menjadi mangsa seterusnya dan kebarangkalian anda nak mengamuk tu tinggi.. haha. Melainkan kalau member serumah anda tu semuanya tak tahu apa itu facebook.. haha.




Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung..


Minggu berganti minggu, hari berganti hari, saat berganti saat tapi baju lama belum lagi berganti yang baru.. haha. Bab baju aku letak tepi dulu sekarang punya cerita tengah duk menghitung hari nak pulang ke kampung. Tapi ada orang cakap kat aku, "ala kampung ko tu dekat aje buat pe nak kalut fikir balik kampung sangat".

Banyak la ko punya dekat, cuba ko jalan kaki pergi kampung aku tu dekat ke jauh. Memang 3 hari 3 malam pun tak sampai-sampai, tol tak?.. haha. Selain dari menghitung hari nak balik kampung tu, sebenarnya ada tersirat maksud yang lain. Haa, ce teka.. ce teka. Tak tahu? meh sini aku nak bagi tahu.

Apa lagi kalau bukan menghitung hari untuk cuti la. Korang pun sama kan.. bagi yang bekerja dan tengah belajar la. Kalau yang cuti tu menghitung hari nak raya je la. Makin dekat nak raya ni apa lagi kalau bukan menghitung hari nak cuti kan selain dari nak balik kampung. Ye la, masa raya ni lah kita dapat cuti lama sikit, rehat-rehatkan otak. Lepas raya baru pulun semua kerja. Alamatnya tak tidur malam la jawabnya.. haha.

Apa-apa pun kerja tetap kerja, cuti tetap cuti lagi 3 hari aku nak balik kampung. Tapi yang tak dapat balik kampung sebab kena kerja tu takpe raya kan sebulan, 2 minggu lepas tu pun boleh balik kalau dapat cuti. Haa, betul jugak kan idea aku tu, bijak-bijak.. haha.




Penganggur Tauke Mercun


Kuantan-Tindakan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 mengekori seorang penganggur berjaya membongkar kegiatan sebenar lelaki itu apabila menemui mercun bernilai RM18,000 di rumahnya di Taman Temerloh Jaya dekat Temerloh, tengah malam kelmarin. PGM berjaya mengesan dan mengekori lelaki berusia 24 tahun itu kerana disyaki terlibat mengedar dan membekal mercun kepada peniaga di sekitar Kuantan berdasarkan maklumat awam. 

Komander PGM Wilayah 3, Pemangku Asisten Komisioner Azmi@Azami Ibrahim berkata, empat anggota diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan 18 jenis mercun bernilai RM18,000. Menurutnya, semua mercun termasuk jenis bola dan telur itu ditemui disimpan di dalam rumah dan kereta Perodua Myvi milik suspek. 

“Suspek yang masih bujang menggunakan rumah yang dipercayai rumah sewa sebagai stor transit bekalan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga kecil. “Kita turut menyita kereta bernilai kira-kira RM30,000 itu untuk siasatan lanjut kerana disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ibu Pejabat PGM Wilayah 3, Kuantan, semalam. Azmi berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan , individu terlibat boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. Beliau berkata, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya berjaya menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dalam tiga tangkapan berasingan di Kuantan dan Rompin. “PGM akan terus meningkatkan usaha mencegah aktiviti penjualan mercun terutama di musim perayaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian.

Terkejut aku baca, tak ku sangka rumah tauke mercun ni dekat je dengan area aku.. haha. Patut la ramai je budak-budak main mercun kat tempat aku ni ha. Tiap-tiap malam boom sana boom sini nasib takde yang main bom.. haha. Apa-apa pun sebelum nak main mercun tu kasi fikir dulu keselamatan diri tu, lagi beberapa hari je nak raya. Nanti tak pasal-pasal raya kat hospital pulak. Pesanan daripada kawan aku iaitu Jajat "Lepas semua mercun gua basah kena air hujan, gua dah insaf main mercun ni bai, sekarang ni gua main bunga api je dengan adik-adik gua".. haha.




Tuesday, August 23, 2011

Jom Join Bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI


Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Tengah duk menunggu nasi kat dapur nak masak, aku pun join la segmen jom join bloglist aidilfitri Ben Ashaari. Dan apa yang menariknya segmen ini, kita boleh bertukar link suka sama suka untuk disenaraikan dalam bloglist masing-masing sempena bulan syawal nanti. Maknanya kita sediakan bloglist lain yang bertajuk blogger aidilfitri. Tapi hanya mereka yang join segmen ini sahaja. Kalau korang nak join boleh klik sini ataupun korang klik aje kat banner atas tu. Apa lagi, jom la kita join .. haha.




"Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner"


Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pula segmen dari Phat Corner dan aku nak ucapkan terima kasih pada A.N.A  kerana sudi tag aku untuk join segmen ni. Dan seperti biasa apa yang menariknya segmen Phat Corner ni, dia tanya kat mana aku beraya pada tahun ni. Erm, kali ni aku beraya kat rumah mak mertua pulak yang terletak di ..kat mana ye? .. Eh, lupa pulak yang aku tak kahwin lagi .. haha. Macam biasalah, aku beraya di Temerloh, Pahang di mana letaknya rumah aku. Jadi sesiapa yang berdekatan boleh la datang beraya ye .. haha. 

Cukuplah setakat tu dan sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik sini ataupun korang klik je banner yang kat atas tu. Jangan malu-malu untuk join ye dan selamat berbuka puasa.

Tarikh tutup sehari sebelum raya ( malam raya la ) 

Anda di tag dan amat bertuah .. huhu.
fiq
Zwan
Dalila




Monday, August 22, 2011

"Segmen Hira: Aku Reti Memasak, Kau Reti?"



Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Pada petang yang indah ni dan sebelum nak berbuka puasa ni, aku join pulak segmen Hira nih. Apa yang menariknya segmen kali ni tengok pada tajuk dia, aku reti memasak, kau reti?.. Haa, dia tanya aku pulak pandai masak ke tak.. haha. Mestilah aku pandai bila dah belajar masak nanti.. haha. 

Boleh la masak sikit-sikit, setakat Laksa Penang dengan Nasi Lemak tu sedap la jugak aku masak. Sedap ke?.. Sedap wei. Kalau korang tak percaya nanti korang cuba la rasa masakan aku macam mana. Mesti nak lagi punya.. haha. Cukuplah setakat tu, kalau korang nak join segmen ni klik sini ataupun korang klik aje banner kat atas tu. Moh la kita join wei.




Hatrik Oscar Julang Samba


Ledakan hatrik Oscar mengesahkan Brazil menjulang Piala Dunia bawah 20 tahun untuk menewaskan Portugal 3-2, selepas masa tambahan pada perlawanan akhir di Bogota, Colombia, awal pagi semalam. Kemenangan skuad Samba itu sekali gus, membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada aksi final 1991. 

Brazil di depan seawal limit minit pertama, hasil jaringan Oscar sebelum gergasi Eropah itu menyamakan kedudukan menerusi Alex empat minit kemudian dan Nelson Oliveira menambah gol kedua Portugal pada minit ke-59. Namun, Oscar memastikan trofi itu menjadi milik pasukannya, apabila menggegar jaring, termasuk gol kemenangan pada minit ke-111. 

Dengan kejayaan tersebut, Brazil kini, merangkul gelaran kelima Piala Dunia peringkat bawah 20 tahun. Sementara itu, Mexico muncul pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan dengan menumpaskan Perancis, 3-1.

Sumber: Sinar Harian.

Menang jugak Brazil akhirnya. Team favourite aku tu Brazil.. haha. Mungkinkah Brazil akan menjuarai piala dunia 2014 nanti?.. Tungguu.. sehingga 2014 nanti. Apa-apa pun, Manchester City berjaya mengalahkan Bolton semalam dengan 3-2.. haha.




Dasyatnya Bau Telur dan Tepung Ni


Jam dah menujukkan pukul 2 pagi tapi aku masih tak mengantuk-ngantuk lagi. Haish, susah pulak nak tidur ni. Oleh itu, aku nak cerita sikit pasal peristiwa budak-budak sambut hari jadi masa aku belajar kat Terengganu dulu. Biasalah kalau duduk asrama ni, bila tahu je esok hari jadi member dah siap buat planning nak kenakan member tu. Salah satu acaranya baling telur dengan tepung. Mesti korang pernah dengar atau pernah mengalami ataupun pernah nampak kan.. Tak pernah? mesti pernah kan. 

Ada satu kali tu, dorang baling telur dengan tepung kat dalam tandas. Tapi lepas tu, takde siapa nak bersihkan dan biarkan macam tu aje. Hari esoknya pulak, cleaner asrama tak datang. Esoknya pulak, pun tak datang lagi. Fuhh, apa nak kata memang takde siapa la nak bersihkan. Bila aku nak masuk je tandas tu, alamak, busuknya tandas ni macam mana nak masuk ni. 

Adoi, pening kepala aku memikirkan betapa dasyatnya bau tandas tu. Aku rasa kalau korang masuk mesti nak termuntah punyalah. Terpaksa la aku pergi cari tandas lain.. haha. Aku pun tak faham la kenapa dorang biarkan je macam tu, padahal yang guna tandas tu pun dorang jugak. Tapi takde pun usaha nak bersihkan tandas tu. Aku tengok walaupun busuk cam tu ada je yang masuk dengan selambanya tapi tak jugak dibersihkannya.. haha.

Lepas 5 hari tu, barulah cleaner datang bersihkan tandas tu. Nak tunggu cleaner jugak bersihkan, kalau seminggu takde cleaner memang macam tu jugak la agaknya.. haha. Apa yang aku nak cakap kalau pandai buat, pandailah bersihkan semula. Tak gitu?.. Tandas tu kan kemudahan awam yang orang lain akan gunakan jugak.

Kalau tak pergi la kenakan member tu kat atas padang lagi luas siap boleh kejar satu padang lagi. Betul tak? memang betul la kan. Jadi korang yang pernah kena baling telur dengan tepung tu best tak, mesti busuk satu badan, 2 hari pun tak tentu hilang.. haha.




"Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL"


Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pulak segmen bloglist Afiqah Ismail ni dan apa yang menariknya untuk segmen ni syaratnya mudah sahaja.. haha. Dia cakap copy je header kat atas tu dan link kan ke blog dia. Lepas tu, apa lagi ye?.. Haa, kalau nak tau join la segmen ni nanti korang tahu la. Senang  tak?.. senang je kan.. haha. Jadi, siapa yang nak join tu boleh klik sini ataupun klik je header kat atas tu. Apa lagi, jom la kita join.






Saturday, August 20, 2011

Semakin Hari Semakin Sayang

Aku tak tahu la kenapa semakin hari semakin sayang pulak aku pada dia. Mungkin benar orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Baru sekarang aku faham erti pepatah tu, tapi faham sikit-sikit je la tak banyak pun.. haha. Dah lama kenal mana tak sayang kan, tapi ada sesetengah orang semakin lama makin tak sayang kan. Setuju tak? macam biasa la itu atas pendapat masing-masing nak setuju ataupun tidak, tepuk dada tanya la perut lapar ke tidak.. haha.

Tapi tu lah aku tengok motor aku ni memang aku sayang betul la. Haa, motor ye kawan-kawan semua bukan awek tau.. haha. Banyak jasa motor aku ni, dari aku kecik sampai la dah besar ni masih elok dan maintain seperti dulu serta cantik dan bergaya lagi tu. Mungkin aku jaga dengan elok kot disebabkan itu lah harta yang aku ada hasil dari titik peluh aku sendiri. Lagi satu, kalau tak macam mana aku nak pergi ke kelas, duk menumpang orang je la jawabnya. 

Korang semua pun mesti ada benda yang korang sayang dan telah menjadi sejarah dalam hidup anda-anda semua, kan kan. Kalau yang takde tu, korang cuba la sebelum tidur fikir sedalam-dalamnya, selagi tak jumpa selagi tu korang jangan tidur. Aku yakin pasti korang akan jumpa(gurau-gurau aje).. haha. 

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini, memang motor aku tu menjadi sejarah la dalam hidup aku ni kerana banyak jasanya. Dan lepas ni aku akan simpan motor aku tu kat rumah untuk dijadikan pameran sahaja.. haha. 




Friday, August 19, 2011

Awas!! Ada Pencuri

Lagi 11 hari kita akan menyambut hari raya dan pastinya ramai yang akan pulang ke kampung. Alamak, tak sabar pulak rasanya nak pulang ke kampung untuk berhari raya. Tak dapat bayangkan betapa seronok dan meriahnya nanti. Tetapi sebelum pulang ke kampung awas ye, pencuri ada di mana-mana sahaja dan mereka akan mengambil kesempatan di atas kepulangan anda ke kampung.

Kebiasaannya waktu seperti inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang pekerjaannya sebagai pencuri.. haha. Kayo beb dorang ni, bayangkan 1 rumah boleh dapat ratusan ringgit kalau dorang dapat 10 rumah tak ke beriban-riban. Fuhh, jimat setahun punya perbelanjaan siap boleh bukak akaun dekat maybank lagi tu untuk simpanan hari tua.. haha. 

Jadi keselamatan rumah anda juga amatlah penting. Cuba anda bayangkan, rumah yang ada orang pun pencuri boleh masuk, inikan pula rumah yang tiada berpenghuni. Teringat pulak rumah aku kena pecah masuk dulu masa semua kawan-kawan aku tengah tidur. Yang menghairankan punya la ramai dalam rumah tapi takde siapa yang sedar. Ish3....

Jadi, sebelum anda ingin pulang ke kampung untuk berhari raya jangan lupa pastikan rumah anda telah pun mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, barang-barang berharga disimpan dan jangan lupa berpesan kepada jiran-jiran yang tidak pulang ke kampung untuk tolong tengok-tengokkan rumah kita. Haa, barulah boleh pulang ke kampung dengan tenang tanpa memikirkan pasal rumah kita... haha.




'Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL'


Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pulak segmen bloglist bersama dunia hidupku PCL. Kalau korang nak tersenarai dalam bloglist PCL ni jangan la malu-malu untuk join ye. Bukan senang tau nak dapat masuk dalam senarai bloglist ni... hehe. Jadi siapa-siapa yang nak join tu boleh klik sini ataupun korang boleh klik kat banner atas tu. Apa lagi moh la join wei.

Tarik tutup pada 25.8.2011 pada jam 12.00 am.




Thursday, August 18, 2011

Dapat Bonus Hari Raya Wei

Bile koi sampei tempat keje pagi tadi, koi nengok staff-staff yang lain tersenyum lebor tok seperti hari-hari yang lain ter. Pelik koi gini pagi-pagi ramei yang doh tersenyum lebor macang ande berita baik jek. Koi pun tersenyum jugek la keknye tok tahu mende yang berlaku sebenornye.

Koi pun pegi la tanye kat staff yang koi kamcing ni. "Bang, ngape seme tersenyum lebor gini?". Ah ye, awok tok tahu lagi ke kite seme dapat bonus satu bulan gaji sempene hari raye ni. "Pepalih, patut le seme tersenyum lebor gini dapat bonus rupenye.

Dalang hati koi ni mende lagi rase nok menari jek la bila kabor dapat bonus. Lepeh ter, datang la sorang rodong koi ni nanye, awok ngape wei tersenyum gini biasenye muke ngantuk je koi nampok. Ah awok ni, lambat information betui la. Kite seme dapat bonus hari raye la wei tu pasei koi senyum gini.

Ah awok bior betui, kite baru jek keje sini tak kan dapat bonus dah yak. Baik awok pegi tanye bos ter nok tahu status kite ter. "Betui gek awok kabor ter, mengkala gitu moh le kite pegi jumpa bos. "Bos, kome berdue ni dapat jugek ke bonus?". Ah awok berdue mane dapat, keje baru sebulan tak kan dapat bonus dah. 

Lepeh dengor bos koi kabor gitu, bapok kecewanye koi sampei tersadei koi ke dinding kecewa punye pasei. Rodong koi yang tadi ter, duk tersengih je ke koi.... hahaha.

Penulis: Lone Ranger(Mat) dan Zeri.




Penantian Itu Suatu Penyeksaan

Orang kata penantian itu suatu penyeksaan..hurm.. Betul ke? Itu atas pandangan masing-masing la kan nak mendefinasikan betul atau tidak. Tapi ada seorang member aku ni, dia selalu bagi tahu kat aku penantian itu suatu penyeksaan. Tengok muka dia je aku dah tahu penantian itu suatu penyeksaan... haha. Tapi aku tak tanya la pulak penantian apa yang dia maksudkan tu. Mungkin tunggu nak kaya kot.. haha.

Tapi kadang-kadang ada benarnya penantian ni suatu penyeksaan.. Sebagai contoh yang aku boleh katakan, korang tunggu bas punya la lama tapi tak sampai-sampai jugak bas tu. Mesti korang akan bengang dan marah-marah bas tu. Dan pada masa itulah korang akan cakap penantian menunggu bas yang tak sampai-sampai tu memang suatu penyeksaan.. haha. Bagaimana pula dari sudut yang lain pula iaitu dalam percintaan.

Haa, kalau bercerita soal percintaan ni mesti ramai orang suka. Betul tak? betul la tu kan kan. Tapi aku selalu dengar penggunaan ayat ni dalam bab cintan cintun je. Jarang la aku dengar dalam situasi yang lain. Mungkin ayatnya nampak berbunga-bunga kot sebab tu la selalu dikaitkan dalam bab cintan cintun ni. Siapa yang pernah bercinta tu mungkin dia tahu ayat ni begitu menusuk kalbu ke tak... haha.

Tapi yang pastinya memang aku sedang terseksa ni disebabkan penantian yang begitu lama. Aku tengah menanti jam menunjukkan pukul 5 petang barulah boleh balik kerja. Adoiii, bila mau pulang ni. Sememangnya penantian itu suatu penyeksaan... haha.




Wednesday, August 17, 2011

Seronok Wei Tengok Orang Bershopping Beli Baju Raya

Raya bakal menjelang tiba dan ramai yang sudah mula untuk menghias dan juga mencantikkan rumah mereka. Jiran-jiran sebelah rumah aku pun dah ramai aku tengok dalam proses mencantikkan rumah dorang. Ada yang tengah mengecat rumah, pagar dan ada jugak yang tukar pagar baru.. haha. Yang tu sebab pagarnya dah roboh.. haha.

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.. Yang ni baru betul... Tadi aku pergi jalan-jalan dekat pusat membeli belah yang dekat dengan kawasan rumah aku ni, fuhh ramai yang sudah mulai bershopping beli kasut baru, jam baru, baju baru.. dasyat aku tengok. Seronok pun ada boleh tengok macam-macam ragam. Tapi tak pe la raya setahun sekali yang penting jangan membeli keterlaluan maksudnya membazir.

Daripada membazir macam tu, eloklah kiranya kita menderma kat tabung masjid ke.. rumah anak-anak yatim ke.. dan macam-macam lagi la.. kan lebih bagus. Tak pun belanja aku beli baju raya ke ok jugak(gurau-gurau aje).. haha. Persiapan aku pulak macam biasa aje, baju raya tahun lepas nampak cantik lagi, pakai yang tu je la. Orang kata recycle aje yang raya tahun lepas punya. Dapatlah berjimat sikit boleh beli kuih raya lebih sikit.. haha.




Suka Korang Main Mercun Ye

Kejap-kejap boom! bunyi mercun... boom!! lagi sekali bunyi mercun.. Wah seronok korang ye budak-budak main mercun sampai tak ingat dunia. Tapi korang main mercun otak letak kat lutut.. Pulak dah awatnya aku kata cam tu kat budak-budak yang main mercun tu. Ish.. patut ke tak patut aku kata cam tu..

Haa.. Memang patut pun aku cakap cam tu sebab apa kalau ye pun nak main mercun, pergi la main jauh-jauh sikit. Ini ada ke patut main mercun berhampiran dengan masjid, pulak tu masa orang tengah sembahyang terawih. Apo kono eh jang.. 

Orang nak sembahyang terawih pun tak khusyuk disebabkan bunyi-bunyi mercun tu. Nak kena tok bilal buat pengumuman dulu baru stop bunyi-bunyi mercun tu. Yang menghairankan aku tu, kalau budak-budak sekolah tadika yang main boleh terima lagi la. Ini yang dah sekolah menengah pulak tu. Ish.. bak kata si Jajat ada otak tapi tak mau guna.

Haa.. Kalau nak main mercun tu biar la kena pada tempatnya takde la orang nak marah. Tapi tak payah la main mercun tu bahaya, baik main bunga api je... haha.




Tuesday, August 16, 2011

I Call U.. U Tak Angkat

Telefon berbunyi... Awek telefon... Berbunyi lagi... Awek lagi... Bila la telefon ni nak stop berbunyi, nak main poker kat fb ni pun tak senang.. Lari fokus cam ni.. haha. Bak kata si Jajat aku pecahkan jugak telefon tu nanti.

Apa kes sebenarnya ni? Haa, ni nak cerita sikit.. Aku tengah berfikir bila la telefon member aku tu nak  berhenti berbunyi.. Bukan 2, 3 atau 4 kali tapi berpuluh kali dah berbunyi. Member aku ni pun satu tidur memang tak ingat dunia.. Ring tone yang sebegitu kuat pun tak sedar.

Tapi memang aku tahu siapa yang call tu, siapa lagi kalau bukan awek dia. Bila member aku tu bangun, dia telefon la awek dia semula apa nak kata berlaku la perang teluk antara kedua-duanya.. Memang tepat sangkaan aku. Aku pun duk senyum je la tengok gelagat member aku tu.

Dua perkara je yang buat aku rasa hairan.. Yang pertama- Tak letih ke awek member aku tu duk call je, patutnya kalau 4 atau 5 kali tak angkat tu mesti la kita boleh agak orang tu tengah tidur atau mandi. Yang keduanya- Janganlah pasang ring tone kuat sangat berkadar mengikut kemampuan la.. haha. Maksudnya sederhana sudah.

Tapi aku tak cakap perempuan je cam tu lelaki pun ada jugak.. Betul ke? ye la kot.. haha. Orang kata kalau bercinta memang macam tu la kan, telefon sekali tak angkat resah dah hati tu telefon la sampai angkat. Bukan aku yang cakap tapi orang yang cakap. Jadi masing-masing ada cara sendiri ikut korang la nak macam mana pun... haha.




'bloglist bersama pilihan hati'



Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Kali ni aku join pulak segmen bloglist bersama pilihan hati. Apa yang menariknya dia cakap nak cari bloglist yang baru sebelum raya untuk menggantikan bloglist yang lama. Haa.. kalau korang nak masuk bloglist pilihan hati join la segmen ni. Siapa nak join boleh klik sini ataupun korang boleh klik kat banner atas tu.




Segmen: Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda



Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Kali ni aku join pulak segmen releks sebentar ni dan yang menariknya untuk segmen kali ni dia cakap entri tu tak payah panjang-panjang sangat cukuplah dengan 10 perkataan je. Haa.. menarik tak? memang menarik la. Simple je kan. Apa lagi moh la join wei. Kalau korang nak join klik kat sini ataupun korang boleh klik kat banner atas tu.

Tarikh tutup: Hari ini Jam 10 malam.




Puisi: Obor Hemah

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gerang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru-atap ganti ketika pondok bocor,
kitab sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia-sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanafi,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru-minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

Nukilan: A. Samad Said, 2 April 1988

Sumber: Klik sini.




Monday, August 15, 2011

" Saya Mau Join Bloglist Cik Ross "


Salam ramadhan dan selama berpuasa semua. Kali ni aku join pulak segmen Cik Ross ni dan yang menariknya dia cakap tak payah la nak tulis panjang berjela-jela..simple sudah.. haha. Sebelum aku nak pergi bersahur ni join la segmen dulu isi masa terluang sementara tunggu member aku. Siapa nak join klik la sini ataupun korang boleh klik kat banner atas tu. 

Tarikh tutup penyertaan: 21hb.Ogos.2011,tepat jam 12 tengah malam.




Konvoi Dari Seremban Ke Johor Bahru

Selepas aku sembahyang subuh pagi tadi, aku duduk bersandar di atas sofa sambil menonton televisyen dan kemudiannya aku termenung seketika teringatkan kisah aku pergi berkonvoi menaiki motosikal dengan rakan-rakan sekelas aku. Konvoi motosikal aku ni bermula dari seremban di mana tempat berkumpul sebelum memulakan konvoi ke Johor Bahru.

Jauh tak jauh memang jauh jugak la dari seremban ke Johor Bahru ni. Kalau ikut highway memang dekat je la tapi konvoi ni akan singgah di setiap daerah di negeri Johor tu yang mana ada rumah kawan yang dikenali. Konvoi pun bermula dari seremban ke melaka dan singgah kat situ melawat rumah kawan aku dekat area mana tah aku pun dah lupa. Tapi yang pastinya dekat melaka la... haha.

Dari melaka pulak, perjalanan konvoi diteruskan kali ini singgah di Tangkak dan seterusnya singgah di Muar. Sampai kat Muar ada la seorang member aku ni dah pening kepala siap muntah-muntah lagi tu maklum la tak biasa berkonvoi kan lagi pun hari punya la panas terik memang berasap kepala aku ni.

Tiga jam selepas tu, dah rilek-rilek, minum, makan dan rehat, konvoi akan diteruskan lagi ke Batu Pahat pulak. Tengah aku nak memulakan perjalanan handphone aku berbunyi pulak, alamak siapa pulak la yang telefon ni dalam hati aku. Bila aku angkat je nak tahu apa orang tu cakap "pukul berapa dah ni tak reti-reti datang keje ke". Rupa-rupanya staf tempat aku kerja yang telefon. Alamak aku bermimpi tadi rupanya dan handphone yang aku angkat tu bukan mimpi.

Bila aku tersedar tengok jam dah pukul 10 pagi. Apa lagi mintak cuti terus je la... hahaha.




"STEP 2 SEGMEN SIMPLE : TEMA WARNA SAMA DENGAN SAYA"


Salam ramadhan dan selamat berbuka puasa semua. Ini merupakan step kedua untuk segmen simple Mohd Naser. Tak sangka pulak aku ada step kedua, memang seronok..haha. Untuk step kedua ni aku kena cari blog yang sama tema warna dengan blog aku ni. Tapi hanya blog yang join segmen step pertama je lah. Cari punya cari... terjah punya terjah...akhirnya jumpalah dua blog yang mempunyai tema warna yang sama dengan blog aku ni. Fuhh, aku ingatkan takde tadi, nasib baik ada... haha. Tapi yang bestnya blog dorang ni memang simple, kemas dan menarik... Tak caya? cuba la terjah ke blog dorang tu. Blog yang sama tema dengan aku adalah:


"GIVEAWAY By Atiqah Norazli"


Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pulak giveaway Atiqah Norazli ni. Lepas aku sahur tadi terjumpa pulak giveaway ni dan aku pun join la nak isi masa yang ada. Hadiah dia menarik wei, kalau tak percaya tengok kat bawah ni,

HADIAH-HADIAH

making-sweetness tempat pertama : topup RM50
making-sweetness tempat kedua : topup RM30
making-sweetness tempat ketiga : topup RM10
making-sweetness saguhati utk 2 org shj : topup RM5


Kalau korang nak join boleh klik sini ataupun boleh klik banner kat atas tu. Apa lagi moh la join wei.

Sunday, August 14, 2011

"SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG".


Salam ramadhan dan selamat berpuasa. Kali ni aku join pulak segmen Mohd Naser dan apa yang menariknya segmen ini memang simple habis. Kalau nak tahu kenapa simple habis korang join la ye.

Kalau sape-sape nak join boleh klik sini ataupun klik banner kat atas tu.

Kawanku Jajat Terpedaya.. Haa???

Tengah aku duduk melepak di kedai mamak bersama dengan rakan seperjuanganku iaitu Jajat, Chempiang dan Rafaidil, aku rasa pelik dengan kelakuan si Jajat yang tersengih sendirian. Dengan aksi yang lemah lembut Rafaidil senyap-senyap menepuk tengkuk si Jajat membuatkan dia tersentak dan dengan selambanya dia berkata "woii, ada  awek tengah usha aku korang jangan la kacau".

Fuhh, pelik tapi benar, walaupun si Jajat ni seorang yang extreme dengan kehidupan sehariannya tapi tidakku sangka dalam hati ada taman yang dipenuhi dengan bunga taik ayam. Patutlah asyik tersengih aje daripada tadi. Rafaidil yang tidak berpuas hati sebab ada awek usha Jajat ni lalu bertanya "mana satu awek yang usha ko tu Jajat bagi la tahu".

Dengan selamba badak Jajat menjawab ko tu budak kecik lagi Rafaidil mana boleh usha awek. Budak-budak yang lain pun tergelak dengan kata-kata si Jajat. Tak lama lepas tu Jajat pun bagi tahu awek mana yang tengah usha dia. Fuhh, memang seksi siot awek tu siap putih melepak lagi tu tapi .....


Rafaidil mencelah "lelaki tu Jajat cuba ko tengok betul-betul". Jajat menjawab "18 ribu kali dah aku tengok perempuan la tu wei". Tiba-tiba Wak Dil Santono yang tak tahu muncul dari mana wei Jajat lelaki tu giler... itu pun tak dapat beza ke... ko tak percaya pergi dengar suara dorang tu nanti ko tahu la... haha...

Rakan seperjuanganku yang lain gelak terbahak-bahak dengan telatah si Jajat. Bukan perempuan yang usha dia tetapi maknyah rupanya. Jajat yang tersedar akhirnya menggaru-garu kepala memikirkan kelakuannya sebentar tadi.


To be continue...

Penulis: Lone Ranger(Mat) dan Zeri

Siri sebelumnya klik sini.

Teka-Teki Sekolah Rendah

Saya nak beli baju berharga RM97 tapi saya takde duit. Jadi, saya pun pinjam la RM50 kat abang, RM50


lagi kat kakak. Sekarang saya ada RM100 dalam tangan. Lepas beli baju, cashier pulangkan RM3. Saya pun


pulangkan RM1 kat abang. RM1 kat kakak. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang ni saya hutang abang RM49,


hutang kakak RM49. Tapi bila saya campur dua-dua hutang abang dan kakak, RM49+RM49= RM98.


Campur duit dalam tangan saya RM1=RM99. Mana lagi RM1 duit saya? Bak kata kawan aku siapa tak


banyak makan semut mesti boleh jawab... haha.

SEGMEN : APA AKU BUAT BILA BOSAN ?


Salam ramadhan dan selamat bersahur semua. Kali ni aku join pulak segmen Athira Husna dan apa yang menariknya pada segmen ini dia tanya "apa aku buat bila bosan". Susah macam nak jawab soalan spm pulak aku nak fikir apa yang aku buat bila bosan.. haha.

Bila aku bosan apa yang aku buat seperti yang tertera dibawah:

1) Aku pergi memasak kat dapur la. Kalau bosan ni lapar wei. Jadi aku pergi masak la. Kalau aku masak tu maknanya aku bosan la tu... haha..

2) Aku pergi baca buku cerita tak pun novel ke. Sebab apa kalau baca buku atau novel ni aku akan rasa mengantuk dan bila mengantuk apa lagi terus tidur la. Kan dah hilang bosan tu... haha..

3) Yang terakhir, perhatikan kucing-kucing aku kat rumah. Kucing-kucing aku ni degil sikit suka mencakar sofa nanti abis sofa aku dikerjakan oleh kucing-kucing tu... haha...

Jadi siapa-siapa yang nak join segmen ni bolehlah klik kat sini ataupun klik pada banner kat atas tu. Moh la kita join wei.

Saturday, August 13, 2011

Jajat Dengan Motor Barunya

Tengah aku duduk melepak di hadapan kedai burger Rafaidil yang amat popular burgernya sehingga ke kampung sebelah, kedengaran dari jauh bunyi motor yang tidak asing lagi bagi penduduk kampung aku. Ternyata memang benar sangkaan aku si Jajat bersama rakan baiknya Chempiang yang sedang melenjan motor yang baru dipinjamnya.

Jajat yang baru keluar dari lokap hari tu, baru muncul menunjukkan mukanya. Seperti biasa Jajat yang terkenal dengan aksi cornernya mengambil corner kali ni dengan jarak 2 ekor kuman dari jalan raya sebelum singgah di kedai burger Rafaidil. Aku bertanya "wah Jajat sudah maju sekarang dulu jarak 3 ekor kuman sekarang sudah up 2 ekor kuman aje".

Jajat menjawab "biasalah tu, cikgu aku selalu cakap praktis make perfect". Barulah boleh maju kawan. Fuhh, patutlah semakin hebat si Jajat ni, ada petua rupanya... haha. Hari ni Jajat tanpa ragu-ragu nak tunjukkan aksi willi motornya yang baru dipelajari dua hari lepas. Dengan motornya yang berjenama Ex5 warna hitam tu yang dikatakan boleh mencecah 180km/hr bila lalu atas highway dia cuba membuat aksi willi nya.

Ternyata kehebatan Jajat ni, apabila motor yang di willi nya masuk ke dalam longkang dan dia sempat melompat dari motornya. Semua yang berada di situ menggaru-garu kepala termasuk tuan punya motor yang dipinjam oleh Jajat. Aku tanya pada Jajat "apa sudah jadi".

Jajat dengan selambanya menjawab kaki aku kena gigit semut tadi, tu la pasal tak jadi. Aku pun tergelak terbahak-bahak dengan jawapan si Jajat yang sememangnya extreme dengan kehidupan sehariannya. Tuan punya motor Wak Dil Santono masih menggaru-garu kepala dengan aksi Jajat tadi.

To Be Continue...

Penulis: Lone Ranger(Mat) dan Zeri


Siri sebelumnya klik sini.

Sedap Sangat Ke Nasi Lemak

Aku berfikir sejenak... Kenapa aku mimpi makan nasi lemak malam tadi... Hal ni memang merungsingkan kepala otak aku ni... Kalau ye pun tiap-tiap malam aku pergi hentam makan nasi lemak kat kedai mamak tak kan la sampai dalam tidur pun aku mimpi nasi lemak.. haha..

Segalanya dalam fikiran aku memikirkan nasi lemak sampai muka pun dah nampak macam nasi lemak. Tapi itu lah kenyataan memang tiap-tiap malam aku pergi makan nasi lemak dalam bulan puasa ni. Entah kenapa ye, mungkin aku mengidam nasi lemak...ish..mane mungkin..

Mungkin aku malas masak... itu ada kemungkinan.. ataupun sebab murah kot.. satu kemungkinan yang amat tepat.. haha.. Bagi sesiapa yang menjaga berat badan jangan ikut cara aku ni nanti berlemak-lemak korang punya badan.. Tapi siapa yang tak cukup berat badan bolehlah mencuba nasib...

Tapi sebenarnya aku memang dah lama tak makan nasi lemak ni tu yang melarat-larat sampai tiap-tiap malam makan nasi lemak.. haha.. Siapa yang dah lama ataupun mengidam nak makan nasi lemak tu bolehlah pergi kedai beli aku nak belanja tapi korang la yang bayar... haha..

'Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain'


Selamat bersahur semua... Lepas aku bersahur tadi ternampak la pulak giveaway ni dan rasa berminat la nak join ni. Sebab apa dalam giveaway Cik Nuyui Ain ni dia suruh sambung ayat saya suka doodle kerana... Haa.. kelam kabut aku nak jawabnya... Maklumlah baru kenal-kenal dengan doodle ni... haha...

Saya suka doodle kerana lukisannya amat menarik perhatian dan minat sesiapa sahaja yang melihatnya sehingga ramai yang jatuh cinta dengan doodle ni.

Hentam sajalah labu... haha...

Siapa yang nak join boleh la klik dekat sini ataupun klik sahaja banner yang dekat atas tu dan juga anda boleh klik pada tetikus anda alamatnya sampai pagi pun tak jumpa... haha...

Aku pun tag lah pada:

Friday, August 12, 2011

Budak Sekolah Bergaduh???

Bila ak bangun tidur pagi tadi teringatlah pulak kisah pergaduhan yang amat dasyat berlaku semasa ak sekolah asrama dulu. Eh! dasyat ke? tak de la gurau-gurau aje. Tak dasyat pun pergaduhan tu cuma... erm.. menganggu ak tengah tidur je..haha.. tapi lawak pun ada..pelik pun ada... Haa, cam ne tu.

Masa tu ak tengah sedap-sedap tidur di buai mimpi, tak menyempat mimpi ak nak habis masa tu la dorang nak bergaduh kat depan dewan makan asrama. Maklumlah dewan makan tu sebelah asrama ak je. Dalam hati ak kata "tak de tempat lain ke nak gaduh, carilah tempat yang sunyi sikit, dah la waktu pagi-pagi cam ni nak gaduh tak sempat ak nak habiskan mimpi ak tadi".

Agak-agak korang sape yang gaduh tu? budak-budak asrama la tu kan. Eh, salah-salah...dah tu sape?..cikgu dengan orang dewan makan la yang gaduh. Sebab tu ak cakap lawak tadi.haha. Kalau ye nak gaduh pun cari la tempat yang strategik sikit, ni gaduh kat tempat yang semua orang boleh tengok kan tak elok tu.

Tapi nasib baik la gaduh mulut je kan tak de la sampai orang kata kaki ku di muka mu, tak pun tangan ku di pipi mu. Budak asrama yang lain apa lagi duk tengok la aksi lakonan pergaduhan tu sambil ketawa terbahak-bahak. Lepas satu jam setengah cam tu, barulah settle pergaduhan dorang tu... cam ne boleh settle ak pun tak tahu.haha.

Thursday, August 11, 2011

Berhenti Kerja???

Kisah Mat dan Sang kali nih menceritakan bagaimana cara mereka untuk berhenti kerja. Mereka berdua nih boleh dikatakan pekerja yang rajin dan telah bekerja agak lama jugak la. Mereka berharap dapat kenaikan pangkat. Tapi tunggu punya tunggu pekerja yang agak baru dapat kenaikan pangkat dan mereka berdua masih di jawatan yang lama. Oleh itu, mereka merasakan ini tidak adil dan mereka mengambil keputusan untuk mencari kerja lain. Mari kita saksikan ragam mereka berdua.


Mat: Gone wei kita ni Sang. Koi ingatkan dapat la kita naik pangkat keknya orang lain pulok yang dapat yak.


Sang: Tu la pasei. Koi tak tau nok kabor gone dah. Yang koi pelik ter, ngape orang baru kerja pulok dapat naik pangkatnya yak. Wabee, teruk mat gini wei.


Mat: Tu yang koi tak pueh hati ter. Pedooh betui la bos kita ter. Kabor nok bagi kita naik pangkat. Nok kabor tak rajin, bapok rajin dah kita kerja ni. Kala gitu, moh le kita cari alasan nok berenti kerja.


Sang: Betui gek aok kabor ter. Moh kita pikir sama-sama.


Tiba-tiba bos datang,


Bos: Haa, kat sini kamu berdua rupanya.


Mat: Yup, kat sini la bos. Kenapa bos?


Bos: Tak ada apa. Saya cuma nak bagi tahu kamu berdua akan ditukarkan ke department lain. Kamu setuju tak?


Sang: Owh, cam tu ke boss. Saya ingatkan dapat naik pangkat tapi kena tukar department pulak. Kenaikan pangkat cam ne bos?


Bos: Owh, Tak pe. Yang itu nanti saya uruskan.


Mat: Ah ye, koi ingatkan dia nok naikkan pangkat kita Sang. Kena tukor department pulok yak.


Sang: Aok rilek je Mat. Koi dah dapat idea. Aok support je koi.


Mat: Bereh-bereh, tak de hal.


Bos: Cam ne, korang berdua setuju tak?


Sang: Erm, bos bagi kami masa 5 hari untuk fikirkan. Tapi kami berdua nak mintak cuti 5 hari la sebab nak balik kampung dulu. Saya nak baiki atap rumah saya yang dah rosak dan Sang nak besarkan dapur rumah dia.


Bos: Owh, ok la cam tu. Pastikan kamu berdua setuju ye.


Sang: Baik bos. Tak de hal punya.


Mat: Mende lagi Sang, moh le kita siap-siap balik kampung.


Sang: Moh le kita.


Selepas 5 hari mereka terus tidak datang kerja dan tidak mendapat apa-apa berita atau surat dari tempat kerja.haha.


p/s: Kalau nak berhenti kerja jangan lupa bagi notis ye. Nanti macam-macam hal boleh jadi.


Aok= awak
Koi= saya
Kala= kalau
gek= jugak
Ter= tu
Moh= Jom
Pedooh= Penipu
mende lagi= ape lagi
Kabor= bagi tahu
Pueh= puas
Gone= macam mana
Keknya= tapi
Wabee= menunjukkan teruk sangat
Mat= sangat
Nok= nak

SEGMEN: MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS


Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Sedar tak sedar hari nih dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa. Masa berlalu begitu pantas dan diharapkan kita dapat tingkatkan amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. Kali ni ak join pula segmen che-D iaitu mencari kenalan baru di @Deelicious dan siapa yang berminat nak cari kenalan baru jangan rasa malu untuk join.

Apa lagi moh la kita join segmen ini ramai-ramai. Siapa yang nak join boleh klik kat sini atau korang boleh klik pada banner kat atas tu. Moh la kita join wei.huhu.

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...