Suka Blog Ini

Recent Post

Monday, August 22, 2011

Dasyatnya Bau Telur dan Tepung Ni


Jam dah menujukkan pukul 2 pagi tapi aku masih tak mengantuk-ngantuk lagi. Haish, susah pulak nak tidur ni. Oleh itu, aku nak cerita sikit pasal peristiwa budak-budak sambut hari jadi masa aku belajar kat Terengganu dulu. Biasalah kalau duduk asrama ni, bila tahu je esok hari jadi member dah siap buat planning nak kenakan member tu. Salah satu acaranya baling telur dengan tepung. Mesti korang pernah dengar atau pernah mengalami ataupun pernah nampak kan.. Tak pernah? mesti pernah kan. 

Ada satu kali tu, dorang baling telur dengan tepung kat dalam tandas. Tapi lepas tu, takde siapa nak bersihkan dan biarkan macam tu aje. Hari esoknya pulak, cleaner asrama tak datang. Esoknya pulak, pun tak datang lagi. Fuhh, apa nak kata memang takde siapa la nak bersihkan. Bila aku nak masuk je tandas tu, alamak, busuknya tandas ni macam mana nak masuk ni. 

Adoi, pening kepala aku memikirkan betapa dasyatnya bau tandas tu. Aku rasa kalau korang masuk mesti nak termuntah punyalah. Terpaksa la aku pergi cari tandas lain.. haha. Aku pun tak faham la kenapa dorang biarkan je macam tu, padahal yang guna tandas tu pun dorang jugak. Tapi takde pun usaha nak bersihkan tandas tu. Aku tengok walaupun busuk cam tu ada je yang masuk dengan selambanya tapi tak jugak dibersihkannya.. haha.

Lepas 5 hari tu, barulah cleaner datang bersihkan tandas tu. Nak tunggu cleaner jugak bersihkan, kalau seminggu takde cleaner memang macam tu jugak la agaknya.. haha. Apa yang aku nak cakap kalau pandai buat, pandailah bersihkan semula. Tak gitu?.. Tandas tu kan kemudahan awam yang orang lain akan gunakan jugak.

Kalau tak pergi la kenakan member tu kat atas padang lagi luas siap boleh kejar satu padang lagi. Betul tak? memang betul la kan. Jadi korang yang pernah kena baling telur dengan tepung tu best tak, mesti busuk satu badan, 2 hari pun tak tentu hilang.. haha.




4 comments:

izatty fatihah said...

haha bgs je idea yg suh kejar2 kt padang tu :p

pCL [p@kcikLie] said...

budak hostel mmg dah biasa dgn keadaan cmtu...tak piki panjang..huhu.

p/s : blog ni dah tersenarai dlm bloglist terbaru PCL.

Eddy Dce said...

Izatty: huhu.... :)

PCL: tu la pasal..nak wat cam ne kan...huhu..ye ek..ini berita baik nih...dapat jugak tersenarai dlm bloglist PCL... :)

AIEN NOT ALIEN said...

tak pernah kena, tapi pernah jumpa..kawan2 lelaki yang selalu amalkan restu dihari jadi dengan tepung + telur ni..huhu... busukkkk..

eddy..saya ada tag eddy join segmen phat corner..jika sudi join la..hehe..

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...