Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, August 10, 2011

Puisi: Hidup Berdiri Atas Cinta

jika diukir dengan segala bahasa
cinta itu masih tiada sastera buatnya,
jika dilukis dengan segala warna,
cinta itu masih tiada citra baginya,

tidakkah kerna cintakan Tuhan
insan berkorban dan terkorban?
tanpa cinta lenyaplah agama

tidakkah kerna cintakan anak
ibu lupakan segala kehendak?
tanpa cinta pupuslah manusia

tidakkah kerna cintakan kekasih,
insan sanggup tersisih?
tanpa cinta muramlah suasana

tidakkah kerna cintakan negara
rakyat sanggup hidup sengsara?
tanpa cinta hapuslah segala warga

dari akar mekar rasa cinta
lahirlah jiwa mesra dan manja
dari akar mekar rasa cinta
bahagia dan sengsara menjelma
dari akar mekar rasa cinta
munculnya tawa dan airmata

cinta jika ditentang halang
terbentanglah selendang perjuangan
semaraklah gendang kebangkitan

cinta itu makhluk Tuhan
penuh keajaiban 
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyahduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam

Nukilan: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sumber: Klik sini.

3 comments:

ain1914 said...

Cinta itu buta bagi insan yang tak mengerti apa itu cinta yang hakiki...

nurani said...

senyum,tawa,bahagia,sakit,deria,tangisan..
itu la cinta..:)

LydSunshine said...

Edy! Edy! Tgk ni..
http://lydsunshine.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...