Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, October 10, 2012

Pernahkah Anda Mengalaminya?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Percayakah anda bila tengah bawak motor dalam kadar yang laju dekat atas highway tiba-tiba enjin motosikal boleh berhenti walaupun tiada kerosakan yang berlaku. Aku pun hairan dan pelik macam mana boleh berlaku.

Nak diceritakan, aku naik motor dengan adik aku melalui kawasan Lebuhraya Karak. Tapi bukan aku la yang bawak, adik aku yang bawak motornya. Pada masa tu, ada 2 perkara yang berlaku, mula-mula skru dekat ekzos motor tercabut. Terpaksa la aku singgah kejap dekat Bentong nak bela. Kalau tak, mau tercabut ekzos motor tu. haha. 

Bila dah settle semua baru aku gerak semula. Sampai je dekat satu kawasan, aku tak pasti la tapi masih lagi dekat kawasan Lebuhraya Karak, kejadiaan seperti kat atas tu pulak berlaku. Bila di check-check, tak ada pulak rosak-rosaknya, bila di start-start ok je. Hairan betul la, tapi itulah yang berlaku.

Aku pun tak tahu sama ada berlaku secara kebetulan atau ada perkara misteri yang berlaku disebaliknya. Apa pun aku bersyukur la sebab semua masalah dapat di atasi dan tiada apa yang berlaku.

   

Wednesday, October 3, 2012

Percayakah Anda?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Percayakah anda jalan kat Port Klang sangat bahaya. Memang bahaya bagi orang yang tak biasa macam aku ni la. haha.

Baru-baru ni aku ada pergi ke Port Klang dengan kawan aku. Tapi aku la yang bawaknya sebab naik motor aku. Tapi biasalah jalan kat Port Klang banyak sangat lorinya, bukan tu aje, punya la laju dorang bawak sampai mencilok-cilok dengan selambanya.

Motor aku yang laju sangat ni pun tak dapat nak kejarnya. haha. Nak dijadikan ceritanya, tengah aku bawak motor ni dengan kelajuan yang minimum, sampai kat satu selekoh ada satu lori ni punya la laju dia bawak nak ambik selekoh sampai nak langgar motor aku ni.

Nasib baiklah aku sempat bawak motor aku ni ke tepi jalan. Terpaksa la aku rilek-rilek dulu kat tepi jalan tu. Baru gerak semula. Memang tak patut betul la lori tu, bawak lori macam jalan dia sorang je. 

Kesimpulan yang aku nampak tak boleh bawak slow-slow kat jalan tu, kena bawak laju-laju. Kalau lagi laju dari lori tu lagi ok kot. haha. Tak kisah la yang penting bawak hati-hati, ingatlah orang yang tersayang. Tak gitu. haha...


Nak Makan Pun Susah

Nak dijadikan cerita, minggu lepas ada la aku pergi kenduri kahwin ni. Ramai jugak la orang masa aku sampai tu. Lauk pun boleh tahan sedap jugak, perut pun tengah kosong. Memang penuh la pinggan aku ni, tak pun memang 3 kali tambah la. haha... Tapi masalahnya, punya la ramai orang beratur nak ambik makanan memang salah masa la aku datang ni.

Aku tunggu punya tunggu nak beratur ambik makanan ni, ada la sorang pakcik ni, aku baru nak isi makanan dia pergi pintas isi makanan dulu. Memang tak cantik pakcik ni, dah la tak beratur. Aku punya la tunggu lama dia sedap-sedap je memintas. Aku memang geram betul la seperti kalah lumba motor. haha...

Takde la nak marah sangat tapi kalau bagi salam dulu ke ok la jugak. Aku sebagai seorang yang prihatin ni takde masalah pun. haha... Kesimpulannya, kalau nak potong barisan pun biarlah berhemah sikit, orang kata cantik la sikit. haha... 


Tuesday, October 2, 2012

Kawan Aku Jajat Pergi Interview

Dua hari lepas aku duduk melepak dengan kawan lama aku Jajat. Nak dijadikan cerita dia menyembang la pasal dia pergi interview mintak kerja sebagai pemandu lori. Aku pun tanya la "macam mana dapat tak kerja yang ko mintak tu". Jajat jawab "dapat tu dapat tapi dapat nasihat la kerja tak dapat". haha... Aku cerita pengalaman aku sikit punya cantik dari kecik sampai ke besar habis aku cerita tapi tak dapat. Harun betul la orang yang interview tu. haha... Aku tanya lagi "apa pengalaman yang ko kasi cerita tu sampai tak dapat jadi pemandu lori".

Jajat jawab "dorang suruh aku cerita pengalaman aku bawak lori tapi aku mana pernah bawak lori, bawak motor pernah la, kereta pun aku tak pernah bawak. Aku pun apa lagi kasi cerita la pegalaman aku bawak motor". Aku tanya lagi "pengalaman motor apa yang ko kasi tahu tu?". Jajat jawab " macam biasa la, dengan rasa bangganya aku kasi cerita la pengalaman aku merempit selama 12 tahun nak menunjukkan kehandalan aku bawak motor. Lepas aku cerita tu la aku kena nasihat". Aku jawab "hahaha... memang shot la ko ni jajat, orang suruh cerita bawak lori, ko pergi cerita bawak motor".

Jajat jawab "aku bukan apa saja je nak pergi interview nak test market sikit". Aku jawab "ceh, apa kejadahnya test market macam tu. Ko ni memang betul-betul jajat la. aku lempang laju-laju baru ko tahu. Sakit hati aku dengar cerita ko ni. haha....


Wednesday, April 25, 2012

Igauan Short Film


Assalamualaikum semua, hari semalam aku ada post pasal lagu baru yang bertajuk igauan yang telah dinyanyikan oleh kawan aku. Jadi malam ni aku nak share pulak short film nya pulak yang bertajuk igauan. Apakah cerita disebalik igauan ini dan siapa yang terkena igauan, kalau anda semua nak tahu bolehlah menonton short film ini. Best tak best cerita ini anda sendiri yang menilaikannya. Jadi kalau minat like la.. haha. Jom layan.





Barcelona vs Chelsea (2-3)


Tak sia-sia aku tengok bola pagi tadi, barcelona telah kalah ditangan chelsea.. haha. Walaupun dengan 10 orang pemain selepas john terry dilayangkan kad merah, tapi chelsea berjaya mencapai kemenangan yang tipis ke atas barcelona. Kepada kawan-kawan aku yang sokong barcelona, jangan sedih-sedih. Boleh cuba lagi tahun hadapan.. haha. Jom layan gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan tadi.





Tuesday, April 24, 2012

Lagu Baru, IGAUAN


Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni aku nak share sebuah lagu yang dinyanyikan oleh member/rodong aku. Best tak best tu atas korang yang dengar la ye.. haha. Kalau best apa lagi like la.. haha.


Selamat mendengar.


Motor Habis Minyak, Apa Nak Buat


Lepas aku abis kelas yang aku pun tak ingat nama subjeknya.. haha.. Aku pun naik motor nak balik ke rumah. Tapi.. alangkah sedihnya tersangkut ditengah jalan akibat daripada kehabisan minyak petrol. Adoi, terpaksa la aku buat muka slamber tolak motor ke tepi jalan. Apa aku nak buat pun tak tahu, nak tolak sampai ke stesen minyak memang harapanlah. Jauh sangat wei, mahu pengsan sampai kat stesen minyak nanti.

Nak telefon kawan, alamak masa ni la kredit pulak takde. Nak jalan kaki balik rumah, lagi la tak relevannya. Nak tahan orang yang lalu lalang, malu pulak rasanya. Dah tu apa aku nak buat ni!! Lepas aku fikir selama 15 minit, akhirnya dapat jugak aku jalan penyelesaiannya. Nak tak nak kena jugak la guna kaedah ini. Agak-agak apa yang aku lakukan untuk isi minyak petrol motor aku ni.. haha.

Cara yang aku lakukan, setelah aku membuat perkiraan matematik, nampaknya jarak stesen minyak lagi dekat dari tempat yang aku berada ni. Terpaksalah aku berjalan kaki sampai ke stesen minyak siap pinjam botol dekat kaunter lagi.. haha. Lepas tu, dapat jugak aku pulang ke rumah dengan kepenatan yang sememangnya penat tak terhingga.

p/s: Pastikan minyak petrol anda sentisa mencukupi ye. Kalau tersadai macam aku kat atas ni, jangan segan-segan guna kaedah aku kat atas ni.. haha. Lagi satu handphone tu mesti ada kredit.. haha.


Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...