Motor Habis Minyak, Apa Nak Buat
Lepas aku abis kelas yang aku pun tak ingat nama subjeknya.. haha.. Aku pun naik motor nak balik ke rumah. Tapi.. alangkah sedihnya tersangkut ditengah jalan akibat daripada kehabisan minyak petrol. Adoi, terpaksa la aku buat muka slamber tolak motor ke tepi jalan. Apa aku nak buat pun tak tahu, nak tolak sampai ke stesen minyak memang harapanlah. Jauh sangat wei, mahu pengsan sampai kat stesen minyak nanti.
Nak telefon kawan, alamak masa ni la kredit pulak takde. Nak jalan kaki balik rumah, lagi la tak relevannya. Nak tahan orang yang lalu lalang, malu pulak rasanya. Dah tu apa aku nak buat ni!! Lepas aku fikir selama 15 minit, akhirnya dapat jugak aku jalan penyelesaiannya. Nak tak nak kena jugak la guna kaedah ini. Agak-agak apa yang aku lakukan untuk isi minyak petrol motor aku ni.. haha.
Cara yang aku lakukan, setelah aku membuat perkiraan matematik, nampaknya jarak stesen minyak lagi dekat dari tempat yang aku berada ni. Terpaksalah aku berjalan kaki sampai ke stesen minyak siap pinjam botol dekat kaunter lagi.. haha. Lepas tu, dapat jugak aku pulang ke rumah dengan kepenatan yang sememangnya penat tak terhingga.
p/s: Pastikan minyak petrol anda sentisa mencukupi ye. Kalau tersadai macam aku kat atas ni, jangan segan-segan guna kaedah aku kat atas ni.. haha. Lagi satu handphone tu mesti ada kredit.. haha.
1 comments:
cek dulu minyak sebelum jalan
Post a Comment