Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, April 25, 2012

Igauan Short Film


Assalamualaikum semua, hari semalam aku ada post pasal lagu baru yang bertajuk igauan yang telah dinyanyikan oleh kawan aku. Jadi malam ni aku nak share pulak short film nya pulak yang bertajuk igauan. Apakah cerita disebalik igauan ini dan siapa yang terkena igauan, kalau anda semua nak tahu bolehlah menonton short film ini. Best tak best cerita ini anda sendiri yang menilaikannya. Jadi kalau minat like la.. haha. Jom layan.





Barcelona vs Chelsea (2-3)


Tak sia-sia aku tengok bola pagi tadi, barcelona telah kalah ditangan chelsea.. haha. Walaupun dengan 10 orang pemain selepas john terry dilayangkan kad merah, tapi chelsea berjaya mencapai kemenangan yang tipis ke atas barcelona. Kepada kawan-kawan aku yang sokong barcelona, jangan sedih-sedih. Boleh cuba lagi tahun hadapan.. haha. Jom layan gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan tadi.





Tuesday, April 24, 2012

Lagu Baru, IGAUAN


Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni aku nak share sebuah lagu yang dinyanyikan oleh member/rodong aku. Best tak best tu atas korang yang dengar la ye.. haha. Kalau best apa lagi like la.. haha.


Selamat mendengar.


Motor Habis Minyak, Apa Nak Buat


Lepas aku abis kelas yang aku pun tak ingat nama subjeknya.. haha.. Aku pun naik motor nak balik ke rumah. Tapi.. alangkah sedihnya tersangkut ditengah jalan akibat daripada kehabisan minyak petrol. Adoi, terpaksa la aku buat muka slamber tolak motor ke tepi jalan. Apa aku nak buat pun tak tahu, nak tolak sampai ke stesen minyak memang harapanlah. Jauh sangat wei, mahu pengsan sampai kat stesen minyak nanti.

Nak telefon kawan, alamak masa ni la kredit pulak takde. Nak jalan kaki balik rumah, lagi la tak relevannya. Nak tahan orang yang lalu lalang, malu pulak rasanya. Dah tu apa aku nak buat ni!! Lepas aku fikir selama 15 minit, akhirnya dapat jugak aku jalan penyelesaiannya. Nak tak nak kena jugak la guna kaedah ini. Agak-agak apa yang aku lakukan untuk isi minyak petrol motor aku ni.. haha.

Cara yang aku lakukan, setelah aku membuat perkiraan matematik, nampaknya jarak stesen minyak lagi dekat dari tempat yang aku berada ni. Terpaksalah aku berjalan kaki sampai ke stesen minyak siap pinjam botol dekat kaunter lagi.. haha. Lepas tu, dapat jugak aku pulang ke rumah dengan kepenatan yang sememangnya penat tak terhingga.

p/s: Pastikan minyak petrol anda sentisa mencukupi ye. Kalau tersadai macam aku kat atas ni, jangan segan-segan guna kaedah aku kat atas ni.. haha. Lagi satu handphone tu mesti ada kredit.. haha.


Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...