Suka Blog Ini

Recent Post

Sunday, November 20, 2011

Nak Nombor Telefon Awak Boleh?

Pada petang yang hujan-hujan ni, dapat jugak aku meng update kan blog ni.. Banyak yang aku nak tulis ni sampai otak aku tak dapat nak berfikir.. haha. Apa yang penting ialah perlawanan akhir bola sepak di antara Malaysia vs Indonesia pada perlawanan akhir Sukan Sea. Jangan lupa tengok ye kawan-kawan semua.. Tapi bukan pasal bola yang aku nak ceritakan.. haha.

Teringat pulak aku satu cerita yang agak lawak berlaku baru-baru ni. Kisahnya begini,

Abu: Saya nak nombor telefon awak boleh?

Ani: Tak boleh la.

Abu: Bolehla.. Saya takde lagi nombor telefon awak. Kalau nak tanya ada kerja atau tak senang la nanti nak tanya awak.

Ani: Tak boleh jugak..

Abu: Ala kedekut betul la awak ni. Ni telefon awak kan nak tengok kejap boleh.

Ani: Tengok je la.

Abu: Eh, ni nombor telefon mak awak ye?

Ani: Aah. Nombor telefon mak saya la tu.

Abu: Saya ambik ye.

Ani: Ambik je la.

Lepas tu Abu pun ambik nombor telefon mak Ani dan terus telefon.

Abu: Assalamualaikum makcik.

Mak Ani: Waalaikumussalam.

Abu: Ani ada kat rumah tak makcik.

Mak Ani: Takde la. Dia ada kat universiti. Siapa ni?

Abu: Saya kawan lama dia makcik. Saya nak nombor telefon Ani boleh tak makcik?

Mak Ani: Owh, boleh aje. Nanti makcik message pada kamu ye.

Abu: Terima kasih makcik.

Ani yang berada kat situ pun tersipu malu. Tak sangka Abu berani telefon mak dia nak mintak nombornya pasal.. haha. Kesimpulannya, member aku Abu ni saja je nak kenakan member aku Ani ni. Tak sangka pulak mak Ani ni sporting.. haha.

Jangan lupa tengok perlawanan akhir bola sepak Malaysia vs Indonesia. Malaysia Boleh..




2 comments:

Zahirah said...

sporting habislah kiranya ni. adeh. haha

Cik Semut... said...

mcm ku kenal cerita sape ni..huhu..

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...