Suka Blog Ini

Recent Post

Sunday, August 14, 2011

Kawanku Jajat Terpedaya.. Haa???

Tengah aku duduk melepak di kedai mamak bersama dengan rakan seperjuanganku iaitu Jajat, Chempiang dan Rafaidil, aku rasa pelik dengan kelakuan si Jajat yang tersengih sendirian. Dengan aksi yang lemah lembut Rafaidil senyap-senyap menepuk tengkuk si Jajat membuatkan dia tersentak dan dengan selambanya dia berkata "woii, ada  awek tengah usha aku korang jangan la kacau".

Fuhh, pelik tapi benar, walaupun si Jajat ni seorang yang extreme dengan kehidupan sehariannya tapi tidakku sangka dalam hati ada taman yang dipenuhi dengan bunga taik ayam. Patutlah asyik tersengih aje daripada tadi. Rafaidil yang tidak berpuas hati sebab ada awek usha Jajat ni lalu bertanya "mana satu awek yang usha ko tu Jajat bagi la tahu".

Dengan selamba badak Jajat menjawab ko tu budak kecik lagi Rafaidil mana boleh usha awek. Budak-budak yang lain pun tergelak dengan kata-kata si Jajat. Tak lama lepas tu Jajat pun bagi tahu awek mana yang tengah usha dia. Fuhh, memang seksi siot awek tu siap putih melepak lagi tu tapi .....


Rafaidil mencelah "lelaki tu Jajat cuba ko tengok betul-betul". Jajat menjawab "18 ribu kali dah aku tengok perempuan la tu wei". Tiba-tiba Wak Dil Santono yang tak tahu muncul dari mana wei Jajat lelaki tu giler... itu pun tak dapat beza ke... ko tak percaya pergi dengar suara dorang tu nanti ko tahu la... haha...

Rakan seperjuanganku yang lain gelak terbahak-bahak dengan telatah si Jajat. Bukan perempuan yang usha dia tetapi maknyah rupanya. Jajat yang tersedar akhirnya menggaru-garu kepala memikirkan kelakuannya sebentar tadi.


To be continue...

Penulis: Lone Ranger(Mat) dan Zeri

Siri sebelumnya klik sini.

0 comments:

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...