Suka Blog Ini

Recent Post

Saturday, August 20, 2011

Semakin Hari Semakin Sayang

Aku tak tahu la kenapa semakin hari semakin sayang pulak aku pada dia. Mungkin benar orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Baru sekarang aku faham erti pepatah tu, tapi faham sikit-sikit je la tak banyak pun.. haha. Dah lama kenal mana tak sayang kan, tapi ada sesetengah orang semakin lama makin tak sayang kan. Setuju tak? macam biasa la itu atas pendapat masing-masing nak setuju ataupun tidak, tepuk dada tanya la perut lapar ke tidak.. haha.

Tapi tu lah aku tengok motor aku ni memang aku sayang betul la. Haa, motor ye kawan-kawan semua bukan awek tau.. haha. Banyak jasa motor aku ni, dari aku kecik sampai la dah besar ni masih elok dan maintain seperti dulu serta cantik dan bergaya lagi tu. Mungkin aku jaga dengan elok kot disebabkan itu lah harta yang aku ada hasil dari titik peluh aku sendiri. Lagi satu, kalau tak macam mana aku nak pergi ke kelas, duk menumpang orang je la jawabnya. 

Korang semua pun mesti ada benda yang korang sayang dan telah menjadi sejarah dalam hidup anda-anda semua, kan kan. Kalau yang takde tu, korang cuba la sebelum tidur fikir sedalam-dalamnya, selagi tak jumpa selagi tu korang jangan tidur. Aku yakin pasti korang akan jumpa(gurau-gurau aje).. haha. 

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini, memang motor aku tu menjadi sejarah la dalam hidup aku ni kerana banyak jasanya. Dan lepas ni aku akan simpan motor aku tu kat rumah untuk dijadikan pameran sahaja.. haha. 




1 comments:

nurshaf said...

ade2,,,selalu nye barang2 yg aku suke adelah gajet,,memang mula2 aku admired and kalau dah beli,,,betul2 sayang arg,bila dah rosak ,gila sedih jadinye

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...