Kuantan-Tindakan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 mengekori seorang penganggur berjaya membongkar kegiatan sebenar lelaki itu apabila menemui mercun bernilai RM18,000 di rumahnya di Taman Temerloh Jaya dekat Temerloh, tengah malam kelmarin. PGM berjaya mengesan dan mengekori lelaki berusia 24 tahun itu kerana disyaki terlibat mengedar dan membekal mercun kepada peniaga di sekitar Kuantan berdasarkan maklumat awam.
Komander PGM Wilayah 3, Pemangku Asisten Komisioner Azmi@Azami Ibrahim berkata, empat anggota diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan 18 jenis mercun bernilai RM18,000. Menurutnya, semua mercun termasuk jenis bola dan telur itu ditemui disimpan di dalam rumah dan kereta Perodua Myvi milik suspek.
“Suspek yang masih bujang menggunakan rumah yang dipercayai rumah sewa sebagai stor transit bekalan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga kecil. “Kita turut menyita kereta bernilai kira-kira RM30,000 itu untuk siasatan lanjut kerana disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ibu Pejabat PGM Wilayah 3, Kuantan, semalam. Azmi berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan , individu terlibat boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. Beliau berkata, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya berjaya menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dalam tiga tangkapan berasingan di Kuantan dan Rompin. “PGM akan terus meningkatkan usaha mencegah aktiviti penjualan mercun terutama di musim perayaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian.
Terkejut aku baca, tak ku sangka rumah tauke mercun ni dekat je dengan area aku.. haha. Patut la ramai je budak-budak main mercun kat tempat aku ni ha. Tiap-tiap malam boom sana boom sini nasib takde yang main bom.. haha. Apa-apa pun sebelum nak main mercun tu kasi fikir dulu keselamatan diri tu, lagi beberapa hari je nak raya. Nanti tak pasal-pasal raya kat hospital pulak. Pesanan daripada kawan aku iaitu Jajat "Lepas semua mercun gua basah kena air hujan, gua dah insaf main mercun ni bai, sekarang ni gua main bunga api je dengan adik-adik gua".. haha.
2 comments:
macam2 ek
Anum: yup..musim2 raye biaselah jual2 mercun tu...
Post a Comment