Suka Blog Ini

Recent Post

Friday, August 26, 2011

Rindu La Pulak..


Aku telah menjalankan satu survey dekat facebook aku ni dan apa yang aku nampak daripada survey ni, ramai di antara mereka yang membuat status seperti ini "rindu la pulak suasana berpuasa dengan kawan-kawan masa duduk asrama atau kolej dulu.. memang meriah". Tapi kalau kita ingat semula pada masa itu, mesti korang akan kata "ala tak best nya puasa kat asrama atau kolej ni, bila nak cuti ni". Betul kan? tak ke.. silap la aku ni ye.. haha. 

Bukanlah semua cakap macam tu, tapi masa aku duduk asrama atau kolej dulu, kebanyakkan yang aku jumpa akan kata seperti ayat di atas tu la. Apa yang aku nak bagi tahu kat sini, kenangan berpuasa dekat asrama atau kolej ni mesti korang akan rindu. Tak kisahlah korang suka atau tak suka pada masa tu, tapi aku yakin pasti korang akan berasa rindu. Anda yakin tak dengan jawapan aku ni? tolonglah yakin ye.. haha.

Bukan senang nak ada kenangan berpuasa kat asrama atau kolej ni, betul tak? hanya mereka yang pernah duk asrama atau kolej je yang ada pengalaman macam tu. Sebagai contoh, berebut beli tiket raya, siapa lambat tak dapat.. haha. Jadi, aku pun nak rasa rindu jugak la pengalaman berpuasa dekat asrama dulu walaupun berpuasa kat rumah lagi best sebab banyak makanan.. haha.




5 comments:

ain1914 said...

ingat masa duk asrama dulu. setengah jam sebelum buka dah beratur amik makanan. letak tray makan kat atas meja pastu tutup ngan ketas surat kabar. bila dah nak sampai waktu buka baru duduk. hehehe...

Eddy Dce said...

ain1914: haha..betul2..same la..dulu pun ttup mknan ngan kertas surat khbar jugak... :)

saya cello191 said...

memang rindu nak buka puasa kat hostel..

tapi best lagi buka puasa kat rumah..^^

Azza Azman said...

huhu rindu berpuasa kat studio zaman belajar dulu, rindu je tapi nak ulang balik simpang..... tak nak!!! Huhu

Anum said...

selamat hari raya
maaf jika ada tersalah komen di alam maya

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...