Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung..


Minggu berganti minggu, hari berganti hari, saat berganti saat tapi baju lama belum lagi berganti yang baru.. haha. Bab baju aku letak tepi dulu sekarang punya cerita tengah duk menghitung hari nak pulang ke kampung. Tapi ada orang cakap kat aku, "ala kampung ko tu dekat aje buat pe nak kalut fikir balik kampung sangat".

Banyak la ko punya dekat, cuba ko jalan kaki pergi kampung aku tu dekat ke jauh. Memang 3 hari 3 malam pun tak sampai-sampai, tol tak?.. haha. Selain dari menghitung hari nak balik kampung tu, sebenarnya ada tersirat maksud yang lain. Haa, ce teka.. ce teka. Tak tahu? meh sini aku nak bagi tahu.

Apa lagi kalau bukan menghitung hari untuk cuti la. Korang pun sama kan.. bagi yang bekerja dan tengah belajar la. Kalau yang cuti tu menghitung hari nak raya je la. Makin dekat nak raya ni apa lagi kalau bukan menghitung hari nak cuti kan selain dari nak balik kampung. Ye la, masa raya ni lah kita dapat cuti lama sikit, rehat-rehatkan otak. Lepas raya baru pulun semua kerja. Alamatnya tak tidur malam la jawabnya.. haha.

Apa-apa pun kerja tetap kerja, cuti tetap cuti lagi 3 hari aku nak balik kampung. Tapi yang tak dapat balik kampung sebab kena kerja tu takpe raya kan sebulan, 2 minggu lepas tu pun boleh balik kalau dapat cuti. Haa, betul jugak kan idea aku tu, bijak-bijak.. haha.




3 comments:

Anum said...

sama ngan koi
koi dah x sabar nak balik kg nie

Eddy Dce said...

Anum: haha..same la ngan koi ni..memang x sabor nak blik kampng nye....

Kakkoii said...

Kampung... rindunye.. x sabar nak balik huhu

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...