Suka Blog Ini

Recent Post

Friday, August 19, 2011

Awas!! Ada Pencuri

Lagi 11 hari kita akan menyambut hari raya dan pastinya ramai yang akan pulang ke kampung. Alamak, tak sabar pulak rasanya nak pulang ke kampung untuk berhari raya. Tak dapat bayangkan betapa seronok dan meriahnya nanti. Tetapi sebelum pulang ke kampung awas ye, pencuri ada di mana-mana sahaja dan mereka akan mengambil kesempatan di atas kepulangan anda ke kampung.

Kebiasaannya waktu seperti inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang pekerjaannya sebagai pencuri.. haha. Kayo beb dorang ni, bayangkan 1 rumah boleh dapat ratusan ringgit kalau dorang dapat 10 rumah tak ke beriban-riban. Fuhh, jimat setahun punya perbelanjaan siap boleh bukak akaun dekat maybank lagi tu untuk simpanan hari tua.. haha. 

Jadi keselamatan rumah anda juga amatlah penting. Cuba anda bayangkan, rumah yang ada orang pun pencuri boleh masuk, inikan pula rumah yang tiada berpenghuni. Teringat pulak rumah aku kena pecah masuk dulu masa semua kawan-kawan aku tengah tidur. Yang menghairankan punya la ramai dalam rumah tapi takde siapa yang sedar. Ish3....

Jadi, sebelum anda ingin pulang ke kampung untuk berhari raya jangan lupa pastikan rumah anda telah pun mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, barang-barang berharga disimpan dan jangan lupa berpesan kepada jiran-jiran yang tidak pulang ke kampung untuk tolong tengok-tengokkan rumah kita. Haa, barulah boleh pulang ke kampung dengan tenang tanpa memikirkan pasal rumah kita... haha.




3 comments:

Shira Mary Jenn said...

kene beringat nie kalau nak balik beraya nnt.... ;)

Connecting With My Own Soul said...

betul. beringat sebelum terkena. heee.

Rashidi said...

MAry ann: hehe..yup...memang kena beringat... :)

Difficult: huhu...betul2... :)

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...