Suka Blog Ini

Recent Post

Tuesday, August 9, 2011

Jom Baca Puisi

AKAN KU TERUS KETUK PINTU TUHANKU
(karya: maza)

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU,
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu..
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNYA meliputi segala

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNYA, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala..
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih

Sumber: Klik sini.

5 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
syahdu bunyi puisi ni..sama2lah kita ketuk pintu Allah..

nurani said...

hrgai ape yg telah di bri..:)

Lia Irdelia said...

Nice.. :)

My Name is Mar said...

Kerap kali ku ketuk pintu tuhanku..
Telah dibuka pintunya..
Namun kakiku yang penuh lumpur ini tidak sanggup mengotorkan isinya..

Jemput join segmen Musicbrilliant.com

tiafazunia said...

+100000!

:)

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...