Suka Blog Ini

Recent Post

Monday, August 15, 2011

Konvoi Dari Seremban Ke Johor Bahru

Selepas aku sembahyang subuh pagi tadi, aku duduk bersandar di atas sofa sambil menonton televisyen dan kemudiannya aku termenung seketika teringatkan kisah aku pergi berkonvoi menaiki motosikal dengan rakan-rakan sekelas aku. Konvoi motosikal aku ni bermula dari seremban di mana tempat berkumpul sebelum memulakan konvoi ke Johor Bahru.

Jauh tak jauh memang jauh jugak la dari seremban ke Johor Bahru ni. Kalau ikut highway memang dekat je la tapi konvoi ni akan singgah di setiap daerah di negeri Johor tu yang mana ada rumah kawan yang dikenali. Konvoi pun bermula dari seremban ke melaka dan singgah kat situ melawat rumah kawan aku dekat area mana tah aku pun dah lupa. Tapi yang pastinya dekat melaka la... haha.

Dari melaka pulak, perjalanan konvoi diteruskan kali ini singgah di Tangkak dan seterusnya singgah di Muar. Sampai kat Muar ada la seorang member aku ni dah pening kepala siap muntah-muntah lagi tu maklum la tak biasa berkonvoi kan lagi pun hari punya la panas terik memang berasap kepala aku ni.

Tiga jam selepas tu, dah rilek-rilek, minum, makan dan rehat, konvoi akan diteruskan lagi ke Batu Pahat pulak. Tengah aku nak memulakan perjalanan handphone aku berbunyi pulak, alamak siapa pulak la yang telefon ni dalam hati aku. Bila aku angkat je nak tahu apa orang tu cakap "pukul berapa dah ni tak reti-reti datang keje ke". Rupa-rupanya staf tempat aku kerja yang telefon. Alamak aku bermimpi tadi rupanya dan handphone yang aku angkat tu bukan mimpi.

Bila aku tersedar tengok jam dah pukul 10 pagi. Apa lagi mintak cuti terus je la... hahaha.




3 comments:

Farahin Ahmad said...

cehh...haha

Rashidi said...

Farahin: huhu... :)

EMOdisaster said...

kenapa xde singgah kuala pilah..hehe...

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...