Ledakan hatrik Oscar mengesahkan Brazil menjulang Piala Dunia bawah 20 tahun untuk menewaskan Portugal 3-2, selepas masa tambahan pada perlawanan akhir di Bogota, Colombia, awal pagi semalam. Kemenangan skuad Samba itu sekali gus, membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada aksi final 1991.
Brazil di depan seawal limit minit pertama, hasil jaringan Oscar sebelum gergasi Eropah itu menyamakan kedudukan menerusi Alex empat minit kemudian dan Nelson Oliveira menambah gol kedua Portugal pada minit ke-59. Namun, Oscar memastikan trofi itu menjadi milik pasukannya, apabila menggegar jaring, termasuk gol kemenangan pada minit ke-111.
Dengan kejayaan tersebut, Brazil kini, merangkul gelaran kelima Piala Dunia peringkat bawah 20 tahun. Sementara itu, Mexico muncul pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan dengan menumpaskan Perancis, 3-1.
0 comments:
Post a Comment