Suka Blog Ini

Recent Post

Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Hatrik Oscar Julang Samba


Ledakan hatrik Oscar mengesahkan Brazil menjulang Piala Dunia bawah 20 tahun untuk menewaskan Portugal 3-2, selepas masa tambahan pada perlawanan akhir di Bogota, Colombia, awal pagi semalam. Kemenangan skuad Samba itu sekali gus, membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada aksi final 1991. 

Brazil di depan seawal limit minit pertama, hasil jaringan Oscar sebelum gergasi Eropah itu menyamakan kedudukan menerusi Alex empat minit kemudian dan Nelson Oliveira menambah gol kedua Portugal pada minit ke-59. Namun, Oscar memastikan trofi itu menjadi milik pasukannya, apabila menggegar jaring, termasuk gol kemenangan pada minit ke-111. 

Dengan kejayaan tersebut, Brazil kini, merangkul gelaran kelima Piala Dunia peringkat bawah 20 tahun. Sementara itu, Mexico muncul pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan dengan menumpaskan Perancis, 3-1.

Sumber: Sinar Harian.

Menang jugak Brazil akhirnya. Team favourite aku tu Brazil.. haha. Mungkinkah Brazil akan menjuarai piala dunia 2014 nanti?.. Tungguu.. sehingga 2014 nanti. Apa-apa pun, Manchester City berjaya mengalahkan Bolton semalam dengan 3-2.. haha.




Friday, July 29, 2011

Kalah Bermaruah


Walaupun tewas dengan agregat 6-4 namun aksi anak buah Datuk K Rajagobal masih boleh dipuji. Turun dengan aksi menyerang, Harimau Malaya bertekad untuk menjaringkan gol bagi mengatasi defisit. Namun kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan penyokong Malaysia hampa apabila Singapura berjaya menyumbat gol pada minit ke-72. Pujian harus diberikan kepada pemilik sepasang ‘tangan emas’ yang berjaya mematah­kan serangan bertali arus Skuad Singa. Penjaga gol yang berasal dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat boleh dianggap wira apabila mempamerkan aksi hebat. Begitu juga penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Selangor, Safee Sali yang membuktikan beliau adalah peledak berbisa apabila menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya. Pergerakannya dikawal ketat oleh pertahanan Singapura menyebabkan beliau sukar menjaringkan gol.


Peluang terbaik Malaysia hadir seawal minit ke-4 melalui percubaan jarak dekat S Kunalan selepas menerima hantaran silang Safee Sali namun penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahmud pantas menutup ruang untuk menafikan gol awal Harimau Malaya. Tujuh minit selepas itu, tiba giliran Singapura menguji Khairul Fahmi namun percubaan jarak dekat Qiu Li dapat diselamatkan dengan cemerlang. Pada minit ke-22 Malaysia melakukan pertukaran dengan Muslim Ahmad dimasukkan selepas Aidil Zafuan Abd Radzak mengalami kecederaan. Situasi itu sedikit sebanyak meresahkan penyokong Harimau Malaya. Pada minit ke-26, Amirulhadi Zainal gagal memanfaatkan situasi kelam-kabut di kawasan Singapura namun percubaannya tepat ke dakapan Mohamad Izwan.

15 minit terakhir separuh masa pertama kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan percubaan terbaik Singapura melebarkan defisit gol hadir melalui sepakan percuma Shaiful namun Khairul Fahmi bertindak cemerlang melayangkan badannya. Bersambung babak kedua, anak buah Rajagobal melakukan serangan awal namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Singapura. Minit ke-57 gol yang dicari-cari Malaysia akhirnya menjelma apabila Safee Sali melepaskan rembatan kencang selepas menerima hantaran pendek S Kunalan. Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan negara dihukum oleh Shi Jiayi apabila mudah menolak masuk gol penyamaan Singapura pada minit ke-72. 

Berbaki 15 minit, kekecewaan jelas terpancar di muka setiap pemain negara namun usaha menjaringkan gol tetap diteruskan sehingga ke titisan peluh terakhir.Taktik Singapura melengahkan permainan memberi kesan psikologi kepada pemain Malaysia. Lakonan anak buah Radojko Avramovic memang menjadi dan layak memenangi Oscar kerana menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan beberapa kali. Lima kad kuning dilayangkan oleh pengadil pada malam tadi dengan pemain Malaysia, Ahmad Fakhri Shahrani mendapat kad merah pada minit 93.

Sumber: Sinar Harian


p/s: Pagi-pagi terus bace surat khabar nak tengok ulasan daripada surat khabar. Jadi, sape yang belom bace surat khabar lagi tu, korang bace lah kat atas nih je.haha.

Bola Oh Bola


Malam nih ak memang agak kecewa jugak la pasal kekalahan pasukan kita tadi tu. Tapi walau camne pon biase la orang kate adat permainan ade yang menang dan ade yang kalah. Lagipun bola tu kan bulat, satu ungkapan yang selalu kita dengar dalam permainan bola sepak nih yang bermaksud ape-ape pon boleh berlaku dalam permainan bola sepak. Ramai member ak yang balik daripada stadium bukit jalil tadi menyatakan rase kekecewaan dengan kekalahan tu, walau camne pon mereka tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain bola sepak negara kita. Mungkin ade hikmah disebalik kekalahan tadi tu.

Kita kena fikir secara positif la. Padahal memang kecewa pon kan.hahaha. So, korang jangan sedih-sedih kita lupakan mende yang dah lepas, pas nih kita tumpu pulak untuk kelayakan olimpik 2012 punye game. Tapi lambat lagi la sebab bulan 9 nih baru start perlawanannye. Ape-ape pon x sabar pulak ak nak bace surat khabar nih nak tengok ape komen dorang sebab kekalahan pasukan negara kita.haha. Bukannye ape just nak tengok ape komen yang dorang bagi tau tentang punca kekalahan pasukan negara kita.haha. 

Jadi, jangan lupa bace surat khabar ye. Kesimpulannye, ak x fokus tengok bola malam nih sebab gigi ak sakit. Mase-mase ak nak tengok bola la plak nak sakitnye, adoiii. Idea pon dah xde sebab gigi ak masih sakit lagi, ape-ape pon TERUSKAN USAHA HARIMAU MALAYA, MALAYSIA BOLEH.

Monday, July 25, 2011

Gempur Singapura

SYABAS...Safee dikerumuni rakan   dan pegawai pasukan selepas menjaringkan gol ketiga Malaysia di Stadium Jalan Besar.

Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura bagi memadam kelebihan skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin.Dan tugas itu bukan mustahil untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan jentera serangan yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini.


Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu.Manakala penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya pula berjaya menjaringkan gol pembakar semangat dalam perlawanan itu meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian.


“Saya berpuas hati dengan prestasi sendiri kerana dapat membantu menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun dalam tempoh yang singkat,” kata Abdul Hadi yang menjaringkan gol kedua di peringkat antarabangsa selepas membantu Malaysia seri 1-1 dalam aksi persahabatan dengan Hong Kong Jun lalu.


Menurut penyerang Terengganu itu, moral pemain tidak terjejas sebaliknya bersedia untuk memastikan kemenangan pada pertembungan penuh getir sekali lagi dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.


“Kita mungkin leka dan terlalu berhati-hati ketika bermain di tempat lawan tapi kali ini kita kena melancarkan serangan untuk mendapatkan gol. Insya Allah saya yakin peluang kita masih ada untuk layak ke peringkat seterusnya,” kata Abdul Hadi.


Malaysia boleh melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 jika sekurang-kurangnya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat agregat 5-5 dan mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan.Pada pusingan pertama sebelum ini, skuad kendalian Datuk K Rajagobal mengecewakan Taiwan hasil kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4.


Sumber: myMetro

Sunday, July 24, 2011

Moh Kite Pergi Stadium Nasional Bukit Jalil


Nampaknye keputusan perlawanan Malaysia lawan singapura sebentar tadi berkesudahan (Malaysia 3-5 Singapura). Namun, pasukan kita tetap mempunyai peluang yang amat cerah sebab perlawanan kedua nanti pada 28/7/2011 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita akan bermain di halaman kita sendiri dan ini sudah pasti memberi kelebihan kepada pasukan negara kita. 

Marilah kita beramai-ramai pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28/7/2011 hari khamis depan untuk memberi sokongan yang padu kepada pasukan negara kita. MALAYSIA BOLEH. TERUSKAN USAHA HARIMAU MALAYA.

Saturday, July 23, 2011

Kita Pasti Menang Malam Ini

Semangat tak terjejas

GIGIH...pemain negara  memanaskan badan di Stadium Jalan Besar, semalam.

Sindiran jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho nyata tidak disenangi Datuk K Rajagobal namun itu tidak bermakna tumpuannya untuk membimbing skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini terjejas.

Sebaliknya, pengendali negara yang membawa Harimau Malaya ke mercu kejayaan pada Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu itu yakin barisan pemainnya bersedia ‘membaham’ Singa bagi memastikan situasi lebih selesa sebelum perlawanan timba balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.

Wednesday, July 20, 2011

Brazil VS Paraguay Copa America 2011


Memang agak kecewa la copa amerika kali ni. Team favorite ak telah mengalami kekalahan dengan paraguay pada peringkat suku akhir. Ape yang paling mengecewakan xde satu pon sepakan penalti yang masuk. Ape sudah jadi dengan team brazil kali ini. Tapi biase la adat permainan ade menang dan ade kalah. Walau cam ne pon brazil tetap favorite team ak.haha. So, korang tengok la video kat atas 2 bagaimana paraguay berjaya mengalahkan brazil melalui sepakan penalti.

Sunday, July 17, 2011

Malaysia VS Singapura




Tidak sampai seminggu lagi perlawanan diantara malaysia menentang singapura bakal berlangsung pada 23/7 nanti di singapura dan kemudiaannye pada 28/7 perlawanan yang kedua akan berlansung di Stadium Bukit Jalil. Pastinye ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan perlawanan yang hebat ini dan harapan yang tinggi daripada seluruh rakyat malaysia untuk menyaksikan pasukan negara kite akan menang dalam perlawanan ini. Jadi marilah same2 kite pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di samping memberikan sokongan yang penuh kepada pasukan Malaysia. Perlawanan ini amat penting kepada pasukan kite untuk melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya. Oleh itu, marilah kite same2 memberikan semangat yang penuh kepada team Harimau Malaya kite. TERUSKAN USAHA HARIMAU MALAYA.

Saturday, July 16, 2011

Malaysia VS Liverpool






Dapat jugak ak tengok Malaysia lawan Liverpool hari nih secara live dekat astro. Mungkin jumlah penonton yang pergi ke stadium mencapai target sebab tu la astro siarkan secara live game nih.  Tapi ape2 pon game hari nih memang best la walaupon ade sedikit kekecewaan. Tapi biase la tu adat permainan menang dan kalah lagipon ini hanyelah sekadar perlawanan persahabatan untuk menguji skuad Harimau Malaya. Ape2 pon, ak harap skuad Harimau Malaya dapat memperbaiki lagi rentak dan corak permainan mereka supaya dapat menewaskan pasukan singapura nanti. Marilah kite support habis-habisan team Harimau Malaya kite supaya dapat menewaskan Singapura yang akan diadakan x lame lagi. TERUSKAN USAHA HARIMAU MALAYA. Saksikan sedutan jaringan gol perlawanan tadi. 

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...