
Suka Blog Ini
Recent Post
Showing posts with label Perbincangan. Show all posts
Showing posts with label Perbincangan. Show all posts
Saturday, August 20, 2011
Semakin Hari Semakin Sayang

Friday, August 19, 2011
Awas!! Ada Pencuri

Thursday, August 18, 2011
Penantian Itu Suatu Penyeksaan

Wednesday, August 17, 2011
Suka Korang Main Mercun Ye

Saturday, August 13, 2011
Sedap Sangat Ke Nasi Lemak
Aku berfikir sejenak... Kenapa aku mimpi makan nasi lemak malam tadi... Hal ni memang merungsingkan kepala otak aku ni... Kalau ye pun tiap-tiap malam aku pergi hentam makan nasi lemak kat kedai mamak tak kan la sampai dalam tidur pun aku mimpi nasi lemak.. haha..
Segalanya dalam fikiran aku memikirkan nasi lemak sampai muka pun dah nampak macam nasi lemak. Tapi itu lah kenyataan memang tiap-tiap malam aku pergi makan nasi lemak dalam bulan puasa ni. Entah kenapa ye, mungkin aku mengidam nasi lemak...ish..mane mungkin..
Mungkin aku malas masak... itu ada kemungkinan.. ataupun sebab murah kot.. satu kemungkinan yang amat tepat.. haha.. Bagi sesiapa yang menjaga berat badan jangan ikut cara aku ni nanti berlemak-lemak korang punya badan.. Tapi siapa yang tak cukup berat badan bolehlah mencuba nasib...
Tapi sebenarnya aku memang dah lama tak makan nasi lemak ni tu yang melarat-larat sampai tiap-tiap malam makan nasi lemak.. haha.. Siapa yang dah lama ataupun mengidam nak makan nasi lemak tu bolehlah pergi kedai beli aku nak belanja tapi korang la yang bayar... haha..
Friday, August 12, 2011
Budak Sekolah Bergaduh???
Bila ak bangun tidur pagi tadi teringatlah pulak kisah pergaduhan yang amat dasyat berlaku semasa ak sekolah asrama dulu. Eh! dasyat ke? tak de la gurau-gurau aje. Tak dasyat pun pergaduhan tu cuma... erm.. menganggu ak tengah tidur je..haha.. tapi lawak pun ada..pelik pun ada... Haa, cam ne tu.
Masa tu ak tengah sedap-sedap tidur di buai mimpi, tak menyempat mimpi ak nak habis masa tu la dorang nak bergaduh kat depan dewan makan asrama. Maklumlah dewan makan tu sebelah asrama ak je. Dalam hati ak kata "tak de tempat lain ke nak gaduh, carilah tempat yang sunyi sikit, dah la waktu pagi-pagi cam ni nak gaduh tak sempat ak nak habiskan mimpi ak tadi".
Agak-agak korang sape yang gaduh tu? budak-budak asrama la tu kan. Eh, salah-salah...dah tu sape?..cikgu dengan orang dewan makan la yang gaduh. Sebab tu ak cakap lawak tadi.haha. Kalau ye nak gaduh pun cari la tempat yang strategik sikit, ni gaduh kat tempat yang semua orang boleh tengok kan tak elok tu.
Tapi nasib baik la gaduh mulut je kan tak de la sampai orang kata kaki ku di muka mu, tak pun tangan ku di pipi mu. Budak asrama yang lain apa lagi duk tengok la aksi lakonan pergaduhan tu sambil ketawa terbahak-bahak. Lepas satu jam setengah cam tu, barulah settle pergaduhan dorang tu... cam ne boleh settle ak pun tak tahu.haha.
Monday, August 8, 2011
Dengar La Wei Nasihat Ni
Pernahkah anda mendengar orang berkata seperti ini "ala tak payah nak nasihat ak sangat la, ko tu pun sama je". Mesti pernah dengar kan kan, tak kisah la dengar dari tv ke radio ke kawan-kawan kita ke ataupun kita sendiri yang pernah menyebut ayat seperti di atas.
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakkan orang susah untuk menerima nasihat lagi-lagi kalau kita tahu perangai orang yang bagi kita nasihat tu. Tapi apa kata kalau kita buat perubahan sedikit dengan menerima nasihat tak kira lah dari sesiapa pun dengan hati yang terbuka walaupun kita tahu background dia macam mana.
Kalau kita fikirkan secara mendalam, tak ke beruntung ada orang memberi nasihat atau peringatan kepada kita. Sebab manusia ni kan kadang-kadang terlupa. Jadi memang bagus la kalau ada orang yang akan ingatkan kita. Tak kisahlah macam mane sekali pun orang tu, tapi kalau nasihat tu berguna kepada kita kenapa tidak kita menerima dengan hati terbuka.huhu.
Inilah hanyalah pandangan daripada ak sahaja, apa-apa pun setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri. Jadi, kita kasi fikir la sendiri. Selamat berbuka puasa.huhu.
Apa Nak Jadi Laa???
Bila ak balik dari sembahyang terawih hari semalam, ternampak lah kelibat dua orang yang tengah duduk melepak dekat kawasan taman permainan. Terasa kehairanan dalam fikiran ak nih, selamba rilek je dorang nih duduk melepak kat situ. Bukannya apa, kalau sama jantina tak kisah la kan tapi ini berlainan jantina.
Memang pasti la yang sorang tu laki dan sorang tu perempuan. Apa lagi mestilah dorang tengah berdating di malam hari kan.haha. Sepatutnya waktu macam ni, orang pergi sembahyang terawih ini boleh pulak dorang duduk berdating dekat taman. Tapi tak tahu la ak kalau dorang tu dah kahwin, tapi kalau dah kahwin tak kan la nak melepak kat taman pulak.haha.
Tapi sempatlah ak berteriak "sudah-sudah la tu bulan puasa ni bawak-bawaklah pergi sembahyang terawih". Apa nak kata terkejut besar la dorang kan.haha. Adoiii, bulan-bulan puasa pun jadi, tak faham betul la ak. Ada otak tapi tak nak berfikir. Walau cam ne pun, ak rase gembira dan seronok sebab dapat balik berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga ak.huhu.
Friday, August 5, 2011
Kenapa Perlu Mengeluh???
Satu...dua...lima....
Satu...dua...lima....kali dah ak mengeluh hari ini. Haishhh.
Satu persoalan yang sering menjadi tanda tanye kepada ak. "Kalau tak mengeluh tak boleh ker!!!" Haa, tu lah persoalannya untuk pagi-pagi nih. Setiap orang pasti pernah mengeluh punye, ak agak je la kan. Tapi kalau ade yang tak pernah mengeluh tu, memang gua respect la.haha.
Kenapa kite perlu mengeluh? mungkin disebabkan kerja yang terlalu banyak atau rase bosan sebab tak tau nak buat ape atau banyak sangat masalah atau dan atau lagi.haha. Sebenarnya, banyak perkara yang akan buat kita mengeluh dan pernah jugak ak jumpa orang yang sikit-sikit nak mengeluh dan keluhan itu sememangnye pekerjaaan die.haha.
Itu bukan masalahnye sebab lain orang lain caranye. Tapi kalau kita tidak mengeluh, mungkin sesuatu pekerjaan yang kita buat itu lebih ikhlas dan tersusun atau kita tidak merasa seperti dipaksa untuk melakukan sesuatu kerja itu dan lain-lain lagi. Jadi yang mana lagi baik mengeluh atau tidak mengeluh. Tapi ape yang ak tau, kalau kite berfikiran positif tidak wujudlah keluhan itu.
Jadi, yang mane satu menjadi pilihan anda mengeluh atau tidak mengeluh. Lu Kasi Pikir La Sendiri.
p/s: Tak elok keluh mengeluh ni.huhu.
p/s: Tak elok keluh mengeluh ni.huhu.
Thursday, August 4, 2011
Marah Betul Budak Ni
Panas beb...panas beb...haaa..lagi sekali panas gua beb...kate-kate dari member ak.
Nape pulak dah member ak nak marah-marah dalam bulan puasa ni. cuba bawak bersabar sikit. Ak pon duk tanye la, ape panasnye beb. Lor, patut la die nak marah jek. Nak tau kenape???
Haa, ni ak nak cerita. Ade la budak rumah die tu tuduh si member ak ni ambik barang die, tapi member ak ni tak pernah sentuh pun barang budak umah die tu. Patutlah ak dengar member ak tu sebut panas beb...panas beb...haha. Rupanye kena tuduhan yang melulu tanpa usul periksa.
Mende-mende macam ni memang selalu berlaku. Betul tak, kan kan. Haaa, ak pun memang tak gemar orang yang duk main tuduh melulu cam tu tanpa usul periksa. Tersentap beb kalau tibe-tibe kena tuduh tapi tak buat kan. Kadang-kadang otak kite ni di luar kawalan tu la pasal main tuduh2 aje. Tapi kadang-kadang memang sengaje nak tuduh orang tu.
Ape la salahnye kalau kite siasat dahulu daripada nak buat tuduhan yang melulu tu kan. Mesti ramai yang pernah melalui situasi ini. kan kan. Kalau tak pernah baguslah. Tapi ape-ape pon banyak2 kan la bersabar ye di bulan puasa nih. Banyak kelebihannye bagi orang yang banyak bersabar nih.
Wednesday, August 3, 2011
Kesian Budak Ni Keletihan
-Gambar Hiasan-
Bile ak masuk ke dalam rumah pulak tengok member ak tersadai tengah tidur menunjukkan rase keletihannye. Haa, ape yang korang nampak lagi. Member ak keletihan yang amat sangat sehingga tertidur mengeluarkan air liur yang x berapa nak basi tu.haha.
Bukan aje budak-budak yang letih, tapi member ak tu pon yang udah besor pon letih jugak. Ak boleh simpulkan dari kecik hingga ke besor pon letih.haha. Tapi ape yang ak cakap nih bukanlah semua orang macam tu dan x merujuk pade sesape. Hanyalah merujuk pada budak dan kawan ak tu aje.haha.
Tapi ape yang ak nampak memang ramai yang macam tu termasuklah ak sendiri.haha. Sepatutnye mase bulan puasa ni lah kite menjadi lebih cergas dan tidak menjadikan kite berpuasa sebagai alasan untuk letih dan malas. Bukankah bulan ramadhan nih bulan yang penuh dengan keberkatan dan sepatutnye kite menjadi lebih bersemangat dari bulan-bulan yang lain.
Jadi, korang buatlah kesimpulan untuk diri sendiri ye. Ak pon tengah berusaha supaya menjadi lebih bersemangat dan cergas di bulan ramadhan yang mulia ini. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
Tuesday, August 2, 2011
Bazar Oh Bazar
-Gambar Hiasan-
Kalau dah sebegitu, x kan kite nak ambik keputusan untuk pandang dari jauh tanpa singgah kan. Nanti mulalah masuk dalam mimpi pulak pasal bazar ramadhan.haha. Tapi ade la sorang member ak nih, fuh memang berdisiplin beb. Nak pergi bazar siap wat list lagi ape die nak beli. Katenye mencegah lebih baik dari terlebih beli.haha.
Haaa, lagi satu katenye, ak nak pergi bazar nih sorang-sorang aje, kalau pergi ramai-ramai nanti terikut-ikut pulak yang korang nak beli. Lari pulak bajet gua nanti. Pulak dah, tapi itu cara die nak buat macam mane kan. Masing-masing ade style sendiri. Jadi, sebelum nak pergi bazar tu, Lu Kasi Pikir La Sendiri.
Pesanan Sebelum Berbuka Puasa
-Gambar Hiasan-
Bukannye ape korang x payah nak fikir menu ape korang nak makan hari nih. Al-maklumlah hari pertama puasa katekan. Nafsu makan kate ak nak makan yang itu yang ini. Hadoiii. Nanti bile dah beli banyak-banyak mula lah x larat nak pergi solat terawih ngantuk punye pasal akibat makan berlebihan. x ke gitu.haha.
Kalau berbuka di masjid, memang memang lah korang makan ape yang telah tersedia di samping mengelakkan makan yang berlebihan. Dari satu segi yang lain korang-korang semua boleh lah berbuka puasa bersama jiran-jiran korang tu. Lepas tu, ape lagi yang dapat, haaa, ce teka ce teka, kita dapat sembahyang maghrib secara berjemaah. Jadi, sape yang ade masalah x tau nak berbuka ape, cube cube la pergi berbuka kat masjid.huhu.
Tuesday, July 26, 2011
Bandar Atau Luar Bandar
Bandar
Atau
Bandar Kecil/Luar Bandar
Bukannye ape, kawasan bandar yang amat pesat serta penduduk yang memang ramai membuatkan kepala ak agak serabut dan x berapa nak selesa. Mungkin sebab ak dah biase tinggal di kawasan yang tidak berapa sibuk seperti KL tu. Mungkin bagi mereka yang memang dah asalnye dari bandar yang besar, mereka berasa selesa tinggal di kawasan yang pesat membangun. Tapi kadang-kadang ade jugak di antara kite yang mempunyai pendapat yang berlainan.
Sebagai contoh, ade yang asalnye tinggal di kawasan luar bandar suka jikalau tinggal di kawasan bandar besar dan ade jugak yang memang asalnye tinggal di bandar besar tapi suka jikalau tinggal di kawasan luar bandar atau bandar yang kecil dan x berapa sibuk. Tapi kalau kite tengok kepada statistik, ramai orang akan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari rezeki disebabkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
Tapi bagi ak kalau duduk di kawasan bandar kecil atau luar bandar nih, ak berasa lebih selesa dan tenang sedikit. Ialah kawasannye tidaklah sesibuk mane dan xde la nak mengharungi jalan raye yang sesak2 tu. Tapi pada zaman yang akan datang nih, perkembangan teknologi yang semakin canggih dan kemajuan negara kite yang pesat, bandar yang kecil atau luar bandar ini pon akan membangun juga. Ape2 pon, x kiralah luar bandar ataupon bandar, bila kita dah duduk lame di sesuatu tempat barulah kite akan menyukai berada di tempat tersebut. Orang kate proses untuk menyesuaikan diri bile berada di tempat yang baru.
Semuanye bergantung pada diri masing-masing dan semua orang ada pandangan dan pendapat mereka tersendiri.
Wednesday, July 20, 2011
Perlukah Ada Cita-Cita Sejak Dari Kecil..
Bagi pendapat sesetengah orang, memasang impian adalah kaedah yang bijak kerana dapat memberikan semangat kepada seseorang individu itu untuk mencapai impiannya. Tapi ada jugak yang memberi pendapat begini, x perlulah kita nak fikirkan cita-cita ni. Lebih baik kita skor dalam peperiksaan lepas itu barulah fikir nak jadi apa. Selain itu, ada jugak yang memberi pendapat seperti ini, ikut je la nak jadi apa-apa pun tengok kepada kos yang kita dapat apabila dapat masuk universiti nanti. Pendapat2 ini semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih yang mana. Tapi apa yang paling penting janganlah kita tidak berminat untuk belajar kerana sesungguhnya ilmu itu amat penting.
Dalam setiap kem motivasi kebiasaannya menitikberatkan kepada dua elemen yang mana digabungkan sekali iaitu mempunyai cita-cita dan skor dalam peperiksaan. Dapat kita ringkaskan bahawa dengan keputusan yang cemerlang kita dapat mengejar impian kita itu dan cita-cita sebagai pencetus semangat untuk diri kita. Jadi nampak di sini bahawa dua elemen tersebut apabila disatukan nampak lebih mantap untuk mencapai kejayaan. Dalam kem motivasi jugak sering memperkatakan walaupun kita x tahu apa kerjaya kita apabila besar nanti tetapi adalah lebih baik kita memasang cita-cita dan juga menginginkan kejayaan dalam peperiksaan. Apa yang kita nampak daripada kem motivasi itu, memasang cita-cita adalah lebih bagus.
Oleh itu, setiap individu itu mempunyai cara mereka tersendiri dan berhak memilih yang mana satu pilihan untuk kehidupan mereka. Tidak kisahlah kita ingin memilih yang mana satu pun asalkan kita dapat kejayaan. Tapi apa yang pastinya setiap individu itu mesti ada terfikirkan tentang cita-cita mereka, tapi bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain, maknanya ada yang mengambil berat soal cita2 dan ada yang memangdang sebelah mata sahaja.
Kesimpulanya, pilihan itu semuanya terletak di tangan kita sendiri. Kalau kita sentiasa berusaha sudah pastilah kita akan dapat mengerjar impian kita, tetapi kalau kita malas susahlah nak cakap. Apa yang penting janganlah kita abaikan pelajaran kerana ilmu itu amat penting dan berguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)



