Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, July 20, 2011

Perlukah Ada Cita-Cita Sejak Dari Kecil..


Pada kali ini ak ingin membincangkan adakah kita perlu mempunyai cita-cita sejak di bangku persekolahan lagi. Bukan cita-cita untuk berjaya dalam setiap peperiksaan tapi cita-cita kita nak jadi apa apabila sudah besar nanti ataupun kita boleh katakan sebagai kerjaya. Sejak dari kecil lagi kita sering kali diberitahu oleh ibu bapa kita, guru-guru bahkan kawan-kawan tentang cita-cita yang kita nak jadi bila besar nanti. Biasanya kita akan mendengar pelbagai jenis cita-cita misalnya polis, doktor, jurutera dan bermacam-macam lagi la. Tapi perlukah kita memasang impian seperti ini atau lebih baik kita memasang impian untuk berjaya dalam setiap peperiksaan sehinggalah spm dan selepas itu barulah kita berfikir untuk jadi apa ataupun sebelum kita hendak memasuki universiti dengan memilih kos yang kita minat. Semua itu terpulang kepada individu itu sendiri. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera. 

Bagi pendapat sesetengah orang, memasang impian adalah kaedah yang bijak kerana dapat memberikan semangat kepada seseorang individu itu untuk mencapai impiannya. Tapi ada jugak yang memberi pendapat begini, x perlulah kita nak fikirkan cita-cita ni. Lebih baik kita skor dalam peperiksaan lepas itu barulah fikir nak jadi apa. Selain itu, ada jugak yang memberi pendapat seperti ini, ikut je la nak jadi apa-apa pun tengok kepada kos yang kita dapat apabila dapat masuk universiti nanti. Pendapat2 ini semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih yang mana. Tapi apa yang paling penting janganlah kita tidak berminat untuk belajar kerana sesungguhnya ilmu itu amat penting.

Dalam setiap kem motivasi kebiasaannya menitikberatkan kepada dua elemen yang mana digabungkan sekali iaitu mempunyai cita-cita dan skor dalam peperiksaan. Dapat kita ringkaskan bahawa dengan keputusan yang cemerlang kita dapat mengejar impian kita itu dan cita-cita sebagai pencetus semangat untuk diri kita. Jadi nampak di sini bahawa dua elemen tersebut apabila disatukan nampak lebih mantap untuk mencapai kejayaan. Dalam kem motivasi jugak sering memperkatakan walaupun kita x tahu apa kerjaya kita apabila besar nanti tetapi adalah lebih baik kita memasang cita-cita dan juga menginginkan kejayaan dalam peperiksaan. Apa yang kita nampak daripada kem motivasi itu, memasang cita-cita adalah lebih bagus.

Oleh itu, setiap individu itu mempunyai cara mereka tersendiri dan berhak memilih yang mana satu pilihan untuk kehidupan mereka. Tidak kisahlah kita ingin memilih yang mana satu pun asalkan kita dapat kejayaan. Tapi apa yang pastinya setiap individu itu mesti ada terfikirkan tentang cita-cita mereka, tapi bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain, maknanya ada yang mengambil berat soal cita2 dan ada yang memangdang sebelah mata sahaja.

Kesimpulanya, pilihan itu semuanya terletak di tangan kita sendiri. Kalau kita sentiasa berusaha sudah pastilah kita akan dapat mengerjar impian kita, tetapi kalau kita malas susahlah nak cakap. Apa yang penting janganlah kita abaikan pelajaran kerana ilmu itu amat penting dan berguna. 

2 comments:

Unknown said...

dulu cikgu tanya nak jadi apa, aku jawab

"jurutera".

pastu cikgu tanya jurutera tu apa?aku jawab

"orang yang bawak kapal terbang"

Rashidi said...

hahaha....dh lain perginye 2...ckap lain jadi mende lain...haha...lu mmg pro la...

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...