Bandar Gaza - Ribuan kanak-kanak di Gaza kelmarin cuba mencipta rekod baru dunia bermain layang-layang secara beramai-ramai. Jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Christopher Gunness berkata, seramai lebih 13,000 kanak-kanak di kem musim panas di utara barat Gaza menyertai acara itu.
Terdahulu, China memegang rekod dunia dengan penyertaan hampir 10,500 kanak-kanak bermain layang-layang, awal tahun ini. UNRWA berjaya me-nganjurkan acara terbabit walaupun ada pihak cuba menghalang usaha mereka.

p/s: Teringat pulak waktu kecik-kecik dulu, main layang-layang dan buat layang-layang sendiri.haha. Sape-sape nak join main layang-layang jom la.haha.
1 comments:
siapa sangka negara yg sering ditindas juga mampu mencipta rekod dunia.. bahkan dilakukan oleh kanak2 lagi.. Moga Allah terus memelihara Palestin..
Post a Comment