Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, July 27, 2011

Daging Tercemar Jepun Dimusnahkan



Tokyo - Jepun mengumumkan rancangan mereka semalam untuk membeli kesemua daging tercemar dengan bahan radioaktif di kedai seluruh negara untuk dimusnahkan iaitu sebagai usaha bagi memulihkan keyakinan pengguna. Hampir 3,000 ekor lembu dikhuatiri menghasilkan daging tercemar, dipercayai mengandungi bahan radioaktif melebihi paras dibenarkan kerajaan. 

Menteri Pertanian, Michihiko Kano menyatakan pengendali Tokyo Electric Power (Tepco) akan menanggung segala kos pembelian yang dianggarkan bernilai dua bilion yen (RM76 juta). Di bawah rancangan itu, kumpulan industri diarahkan untuk membeli kesemua daging tercemar dengan menggunakan skim pinjaman kerajaan.

Sumber: Sinar Harian

Uishh...kalau sebut pasal radioaktif nih memang bahaye, takut pon ade. Kesannye pada manusia memang bahaye, macam-macam penyakit boleh dapat. Kalau boleh lebih baik atau lagi senang x payah la nak buat loji2 yang berkaitan dengan bahan radioaktif nih. Ape-ape pon amalkan gaye hidup dan permakanan yang sihat untuk menjamin kehidupan yang bahagia.

0 comments:

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...