
Suka Blog Ini
Recent Post
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Thursday, August 18, 2011
Dapat Bonus Hari Raya Wei

Tuesday, August 16, 2011
I Call U.. U Tak Angkat

Sunday, August 14, 2011
Kawanku Jajat Terpedaya.. Haa???
Tengah aku duduk melepak di kedai mamak bersama dengan rakan seperjuanganku iaitu Jajat, Chempiang dan Rafaidil, aku rasa pelik dengan kelakuan si Jajat yang tersengih sendirian. Dengan aksi yang lemah lembut Rafaidil senyap-senyap menepuk tengkuk si Jajat membuatkan dia tersentak dan dengan selambanya dia berkata "woii, ada awek tengah usha aku korang jangan la kacau".
Fuhh, pelik tapi benar, walaupun si Jajat ni seorang yang extreme dengan kehidupan sehariannya tapi tidakku sangka dalam hati ada taman yang dipenuhi dengan bunga taik ayam. Patutlah asyik tersengih aje daripada tadi. Rafaidil yang tidak berpuas hati sebab ada awek usha Jajat ni lalu bertanya "mana satu awek yang usha ko tu Jajat bagi la tahu".
Dengan selamba badak Jajat menjawab ko tu budak kecik lagi Rafaidil mana boleh usha awek. Budak-budak yang lain pun tergelak dengan kata-kata si Jajat. Tak lama lepas tu Jajat pun bagi tahu awek mana yang tengah usha dia. Fuhh, memang seksi siot awek tu siap putih melepak lagi tu tapi .....
Rafaidil mencelah "lelaki tu Jajat cuba ko tengok betul-betul". Jajat menjawab "18 ribu kali dah aku tengok perempuan la tu wei". Tiba-tiba Wak Dil Santono yang tak tahu muncul dari mana wei Jajat lelaki tu giler... itu pun tak dapat beza ke... ko tak percaya pergi dengar suara dorang tu nanti ko tahu la... haha...
Rafaidil mencelah "lelaki tu Jajat cuba ko tengok betul-betul". Jajat menjawab "18 ribu kali dah aku tengok perempuan la tu wei". Tiba-tiba Wak Dil Santono yang tak tahu muncul dari mana wei Jajat lelaki tu giler... itu pun tak dapat beza ke... ko tak percaya pergi dengar suara dorang tu nanti ko tahu la... haha...
Rakan seperjuanganku yang lain gelak terbahak-bahak dengan telatah si Jajat. Bukan perempuan yang usha dia tetapi maknyah rupanya. Jajat yang tersedar akhirnya menggaru-garu kepala memikirkan kelakuannya sebentar tadi.
To be continue...
Penulis: Lone Ranger(Mat) dan Zeri
Siri sebelumnya klik sini.
Saturday, August 13, 2011
Jajat Dengan Motor Barunya
Tengah aku duduk melepak di hadapan kedai burger Rafaidil yang amat popular burgernya sehingga ke kampung sebelah, kedengaran dari jauh bunyi motor yang tidak asing lagi bagi penduduk kampung aku. Ternyata memang benar sangkaan aku si Jajat bersama rakan baiknya Chempiang yang sedang melenjan motor yang baru dipinjamnya.
Jajat yang baru keluar dari lokap hari tu, baru muncul menunjukkan mukanya. Seperti biasa Jajat yang terkenal dengan aksi cornernya mengambil corner kali ni dengan jarak 2 ekor kuman dari jalan raya sebelum singgah di kedai burger Rafaidil. Aku bertanya "wah Jajat sudah maju sekarang dulu jarak 3 ekor kuman sekarang sudah up 2 ekor kuman aje".
Jajat menjawab "biasalah tu, cikgu aku selalu cakap praktis make perfect". Barulah boleh maju kawan. Fuhh, patutlah semakin hebat si Jajat ni, ada petua rupanya... haha. Hari ni Jajat tanpa ragu-ragu nak tunjukkan aksi willi motornya yang baru dipelajari dua hari lepas. Dengan motornya yang berjenama Ex5 warna hitam tu yang dikatakan boleh mencecah 180km/hr bila lalu atas highway dia cuba membuat aksi willi nya.
Ternyata kehebatan Jajat ni, apabila motor yang di willi nya masuk ke dalam longkang dan dia sempat melompat dari motornya. Semua yang berada di situ menggaru-garu kepala termasuk tuan punya motor yang dipinjam oleh Jajat. Aku tanya pada Jajat "apa sudah jadi".
Jajat dengan selambanya menjawab kaki aku kena gigit semut tadi, tu la pasal tak jadi. Aku pun tergelak terbahak-bahak dengan jawapan si Jajat yang sememangnya extreme dengan kehidupan sehariannya. Tuan punya motor Wak Dil Santono masih menggaru-garu kepala dengan aksi Jajat tadi.
To Be Continue...
Thursday, August 11, 2011
Berhenti Kerja???
Kisah Mat dan Sang kali nih menceritakan bagaimana cara mereka untuk berhenti kerja. Mereka berdua nih boleh dikatakan pekerja yang rajin dan telah bekerja agak lama jugak la. Mereka berharap dapat kenaikan pangkat. Tapi tunggu punya tunggu pekerja yang agak baru dapat kenaikan pangkat dan mereka berdua masih di jawatan yang lama. Oleh itu, mereka merasakan ini tidak adil dan mereka mengambil keputusan untuk mencari kerja lain. Mari kita saksikan ragam mereka berdua.
Mat: Gone wei kita ni Sang. Koi ingatkan dapat la kita naik pangkat keknya orang lain pulok yang dapat yak.
Sang: Tu la pasei. Koi tak tau nok kabor gone dah. Yang koi pelik ter, ngape orang baru kerja pulok dapat naik pangkatnya yak. Wabee, teruk mat gini wei.
Mat: Tu yang koi tak pueh hati ter. Pedooh betui la bos kita ter. Kabor nok bagi kita naik pangkat. Nok kabor tak rajin, bapok rajin dah kita kerja ni. Kala gitu, moh le kita cari alasan nok berenti kerja.
Sang: Betui gek aok kabor ter. Moh kita pikir sama-sama.
Tiba-tiba bos datang,
Bos: Haa, kat sini kamu berdua rupanya.
Mat: Yup, kat sini la bos. Kenapa bos?
Bos: Tak ada apa. Saya cuma nak bagi tahu kamu berdua akan ditukarkan ke department lain. Kamu setuju tak?
Sang: Owh, cam tu ke boss. Saya ingatkan dapat naik pangkat tapi kena tukar department pulak. Kenaikan pangkat cam ne bos?
Bos: Owh, Tak pe. Yang itu nanti saya uruskan.
Mat: Ah ye, koi ingatkan dia nok naikkan pangkat kita Sang. Kena tukor department pulok yak.
Sang: Aok rilek je Mat. Koi dah dapat idea. Aok support je koi.
Mat: Bereh-bereh, tak de hal.
Bos: Cam ne, korang berdua setuju tak?
Sang: Erm, bos bagi kami masa 5 hari untuk fikirkan. Tapi kami berdua nak mintak cuti 5 hari la sebab nak balik kampung dulu. Saya nak baiki atap rumah saya yang dah rosak dan Sang nak besarkan dapur rumah dia.
Bos: Owh, ok la cam tu. Pastikan kamu berdua setuju ye.
Sang: Baik bos. Tak de hal punya.
Mat: Mende lagi Sang, moh le kita siap-siap balik kampung.
Sang: Moh le kita.
Selepas 5 hari mereka terus tidak datang kerja dan tidak mendapat apa-apa berita atau surat dari tempat kerja.haha.
p/s: Kalau nak berhenti kerja jangan lupa bagi notis ye. Nanti macam-macam hal boleh jadi.
Aok= awak
Koi= saya
Kala= kalau
gek= jugak
Ter= tu
Moh= Jom
Pedooh= Penipu
mende lagi= ape lagi
Kabor= bagi tahu
Pueh= puas
Gone= macam mana
Keknya= tapi
Wabee= menunjukkan teruk sangat
Mat= sangat
Nok= nak
Thursday, August 4, 2011
KL Gangster!!! Terbaru!!!
Ak ingatkan cerita KL Gangster tadi rupa-rupanye Iklan Gangster.haha. Kalau korang nak tau cam ne ceritanye korang tengok la sendiri. Ak dah sakit perut duk gelak tengok video nih. Tapi memang kreatif la dorang nih. Ape pon tak boleh.haha.
Wednesday, August 3, 2011
Suka-Suka Hati Je
Cerita kali ini mengisahkan Mat dan Sang yang ingin mencari kerja di sebuah kilang besi berdekatan dengan rumah mereka. Jom layan ape yang terjadi.
Kerani Kilang: Ye adik nak ape??
Mat: Saya nak mintak keje boleh?? ade kosong x kak??
Kerani Kilang: Owh, boleh aje. Memang kilang ni nak cari orang. Ambik borang ni dan isi.
Sang: Wabee Mat, panas betui yak kilang besi ni. X tahan koi mengkale kerja kat sini.
Mat: Betui gek yak. Kang melepek kite kerja kat sini. Panas mat kilang ni.
Sang: Moh le kite cari alasan nok cabut dari kilang ni wei.
Mat: kejap koi nok pikir dulu yak. Aok isi dulu borang ter.
Sang: Haa, koi doh ade idea. Aok support je koi.
Mat: Bereh-bereh. xde hal nye wei.
Sang: Kak, saya nak pergi keluar jap ade member tunggu kat luar tu.
Kerani Kilang: Lor, pulak dah isi la dulu borang tu.
Sang: Kejap je kak. Member dah tunggu lame tu. Sian la pulok.
Kerani Kilang: Ok2, cepat skit.
Sang: Moh le kita cabut wei.
Mat: Bereh-bereh, moh cepat.
Lepas 15 minit
Kerani Kilang: Aishhh, mane la pulak budak ni. Dah hilang kot(blur sambil garu-garu kepala).
Mat Dan Sang: Hahaha.
p/s: Janganlah buat perkara sebegitu. Kesian orang yang menunggu.haha.
koi = saya
mengkale = kalau
melepek = x larat
aok = awak
wabee = menunjukkan teruk sangat
Sunday, July 31, 2011
Kisah Dua Orang Sahabat
Ini adalah kisah dua orang sahabat yang bernama Mat dan Sang yang masih bersekolah lagi. Dorang nih berkawan sejak kecik lagi dan boleh dikatekan kawan baiklah mereka berdua nih. Ape-ape yang mereka lakukan sentiasa bersama-sama, x kisah la memancing ke, tangkap katak ke, main mercun ke dan ape-ape aje lah pasti bersama. Dan ape yang ak akan ceritakan nih kisah mereka berdua semasa bulan puasa. Mari kita saksikan ragam mereka berdua.
Mat: wei sang, awok puasa ke hari nih??? Tengok ade makanan je kat celoh gigi ter.
Sang: confirm2 la puasa wei. Ak punyelah bangun sahur awal tadi awok cakap ak x puase yak. Pukul 2 pagi ak dah bangun awok tau.
Mat: Perghh!!!, awal betul yak awok bangun, x penah2 pulak awok bangun awal.
Sang: Biase la bro, ak tengok jam ak tadi dah pukul 5, tu yang ak melantak abis makanan kat dapur tu. Ak
check jam semula baru pukul 2 pagi da. Patut la keluarga ak yang lain x bangun lagi.haha.
Mat: Cis, ape kejadahnye awok nih.haha. Memang spesis jam cap ayam la awok punye jam tu.
Hari kedua puasa
Mat: Wei sang, moh le kita bukak puasa dah azan da nih. Mak ak kate x baik lambat-lambatkan bukak
puasa.
Sang: Ye x ye jugakkan. Moh le kita pergi berbuka. Wei, jap Mat. Apehal plak awok nak ajok berbukanye baru azan zohor la bro.
Mat: Haaa, memang la. Mak ak kate budak-budak puasa separuh hari je kalau x larat. Nih dah separuh hari boleh la ak bukak. Esok separuh hari, haaa, kan dah dapat satu hari.
Sang: Ape la awok punye fius otak dh putus ke Mat, awok tu dah 15 tahun budak-budak celoh mane nye.
Mat: Haha, ak x larat la wei, tu yang ak ajak awok berbuka nih.
Sang: Ah awok nih dah besor-besor pon x larat ke. Tadi ak ade jumpa gerai yang jual makanan. Jom la pergi tengok.
Mat: Hahaha, ah awok cakap je lebih. Perangai cam ak jugak.
Sang: Hahahaha.
Monday, June 13, 2011
Cerita Lawak
Pada suatu petang di dalam sebuah rumah ada 4 orang kawan yang sedang bersembang. Hayatilah perbualan dorang nih.
Abu: aku geram betul la tiap2 kali aku tengok dekat motor aku mesti ade baju tersidai kat atas motor aku 2,
ingat motor aku tu tempat sidai baju ke.
Ali: pulak dah. sape plak yang sidai baju dekat atas motor ko tu???
Abu: entah la aku pon x tau sape. kalau aku tau sape yang buat tu, memang aku kasi flying kick la.
Karim: rilek2, mende boleh bawak berbincang tu.
Ali: ah xde nye. kalau ko tau sape sidai baju tu, ko kasi je flying kick. sape suruh dia sidai baju dekat motor
ko tu.
Amir: wei Ali, tu bukan baju ko ke kat atas motor Abu tu.
Abu: mane2?? biar aku pergi tengok.
Karim: aku pun nak pergi tengok jugak la.
Ali: aah la, baju aku tu. tak ingat plak aku letak dekat situ. sorry abu, aku x sengaja la.(muka malu)
Karim dan Amir: hahaha.(gelak sampai keluar air mata)
Abu: (terdiam seketika)
Karim dan Amir: (tangan di dada, mata pandang atas). hahaha.
Sunday, August 29, 2010
Cerita Lawak
Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah.
Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Cerita 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………
Cerita 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

