Suka Blog Ini
Recent Post
Sunday, November 20, 2011
Nak Nombor Telefon Awak Boleh?
Thursday, September 29, 2011
Contest: Blog Hot And Cool
Pagi ni nampaknya aku bangun agak awal sebab aku tidur tersangatlah awal. Jadi kerajinan untuk menulis di blog ini sangatlah tinggi sebelum aku sibuk dengan tugasan seharian yang sememangnya banyak kerja untuk dilakukan (pening-pening dengan kerja.. haha). Tapi sebelum tu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Cikgu Kancil kerana sudi tag aku untuk join contest ni.
Berkenaan contest yang aku join ni adalah satu contest di mana pencarian blog yang paling hot dan cool. Fuh.. menarik ni. Tapi aku rasa blog aku ni sangatlah simple sahaja dan kalau korang rasa blog korang hot dan cool apa lagi join la contest ni. Mana la tau ada rezeki blog korang dipilih untuk jadi blog paling hot dan cool mesti korang akan rasa gembira kan.. hehe.
Jadi, siapa yang berminat nak join tu bolehlah klik banner kat atas tu ataupun klik sini je. Untuk contest ini aku nak tag 2 orang yang paling bertuah iaitu:
Sunday, September 25, 2011
Alamak.. Salah Orang La Pulak.. Malunya Saya..
Monday, September 19, 2011
Demam.. Sekarang Musim Demam Ke..
Thursday, September 15, 2011
Cantiknya.. Indahnya.. Kawasan Perlancongan Ni..
Taman Negara Pahang
Ni lah dua tempat yang aku cakap tu. Masa aku pergi dulu tu zaman aku takde kamera lagi terpaksa la menggunakan khidmat google untuk cari gambar kat atas tu nak letak gambar punya pasal.. haha. Apa macam cantik tak tempat yang aku cakap ni? mesti korang dah pernah perginya kan? kalau tak pernah lagi takpe nanti-nanti bila ada masa bolehlah pergi melancong kat tempat yang aku cakap ni.. haha. Aku pun teringin nak pergi lagi tapi apa kan daya masa takde duit pun takde.. haha.
Tuesday, September 13, 2011
Rumah Aku Dimasuki Pencuri.. Cis..
Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR
Terasa kerinduan di hati ini setelah agak lama tidak join segmen. Jadi kali ni aku nak join jugak segmen sebabnya aku memang nak join segmen.. haha. Aku sebenarnya agak tertarik dengan segmen kancil8349 ni mengenai pengalaman semasa menghadapi peperiksaan upsr dulu. Wah, nampak gayanya kena berpatah balik ke zaman darjah 6 dulu untuk mengimbau kembali detik-detik menghadapi upsr.
Tapi nampak gayanya tak banyak yang aku dapat ingat setelah berlari sejauh 1 km dan makan lemang sampai kenyang untuk mengingati zaman darjah 6 dulu.. haha. Apa yang aku ingat, aku jawab upsr ni dalam bangunan kayu dan meja aku terletak dibahagian belakang dalam dewan tu.
Tapi sekarang ni bangunan tu telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru dan serius agak sedih jugak la sebab nostalgia aku jawab upsr kat dalam bangunan tu dah hilang.. haha. Tapi takpe la orang kata zaman semakin moden dan canggih jadi mesti ada pembangunan yang baru untuk meningkatkan lagi keselesaan para pelajar.
Pada pendapat aku ok jugak kalau bangunan tu dikekalkan orang kata lagi ada jugaklah bangunan zaman jepun yang akan menjadi sejarah untuk generasi pada masa hadapan. Tak gitu? haha. Apa-apa pun memang seronok masa ambik upsr dulu, keputusan pun menggembirakan dan kalau tak silap nama kelas aku 6 merah.. haha. Kalau korang nak join segmen ni boleh klik sini ataupun klik je banner kat atas tu. Moh la kita join wei.
Monday, September 12, 2011
Ingatkan Orang Gaduh.. Sekali Kalah Main Game Daa..
Saturday, September 10, 2011
Kes Rompakan Lagi Dekat Shah Alam..
Friday, September 9, 2011
Siapa Curi Coklat Aku..
Haa, lebih kurang cam kat atas ni la coklat member aku yang hilang tu. Cam ne sedap tak coklat kat atas ni? Serius berebut kalau bagi percuma.. haha. Tapi member aku cakap coklat yang satu lagi ni memang sesuai kalau bagi hadiah kat orang.. betul ke? mari kita tengok kat bawah ni..
Fuhh, memang la sesuai. Aku pun nak kalau macam ini punya hadiah. Bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah gigi rosak elakkan dari makan coklat ni ye.. haha. Apa-apa pun dah lama tak makan coklat mengidam la pulak. Kepada member aku teruskan siasatan untuk mencari coklat anda yang hilang.. haha.
Cantiknya Handphone Tu..
Fuh, menariknya handphone ni bak kata member aku.. haha. Yang ni pun mahal gak tapi murah la sikit dari yang gambar atas sekali tu kan. Handphone aku cam mana ye.. Haa.. Cuba tengok yang bawah ni pulak..
Yang ni la handphone cam aku punya.. haha. serius cantik betul tak? haha. Tengah berfikir bila la aku nak pakai yang macam gambar atas sekali tu.. haha. Tak kisah la yang mana satu pun janji boleh guna ok la kan. Korang setuju tak? haha.
Thursday, September 8, 2011
Cicak Dalam Peti Sejuk.. Alamak..
Wednesday, September 7, 2011
Kuih Berlambak.. Siapa Nak Makan.. Apa Kes..
Monday, September 5, 2011
Lepas Raya Bajet Lari.. Tolong..
Sunday, September 4, 2011
Berat Badanku Naik.. Alamak..
Cuti Dah Habis Ke..
Friday, August 26, 2011
Rindu La Pulak..
Thursday, August 25, 2011
Tidak Log Out Facebook..
Wednesday, August 24, 2011
Balik Kampung..
Penganggur Tauke Mercun
Kuantan-Tindakan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 mengekori seorang penganggur berjaya membongkar kegiatan sebenar lelaki itu apabila menemui mercun bernilai RM18,000 di rumahnya di Taman Temerloh Jaya dekat Temerloh, tengah malam kelmarin. PGM berjaya mengesan dan mengekori lelaki berusia 24 tahun itu kerana disyaki terlibat mengedar dan membekal mercun kepada peniaga di sekitar Kuantan berdasarkan maklumat awam.
Komander PGM Wilayah 3, Pemangku Asisten Komisioner Azmi@Azami Ibrahim berkata, empat anggota diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan 18 jenis mercun bernilai RM18,000. Menurutnya, semua mercun termasuk jenis bola dan telur itu ditemui disimpan di dalam rumah dan kereta Perodua Myvi milik suspek.
“Suspek yang masih bujang menggunakan rumah yang dipercayai rumah sewa sebagai stor transit bekalan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga kecil. “Kita turut menyita kereta bernilai kira-kira RM30,000 itu untuk siasatan lanjut kerana disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ibu Pejabat PGM Wilayah 3, Kuantan, semalam. Azmi berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan , individu terlibat boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. Beliau berkata, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya berjaya menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dalam tiga tangkapan berasingan di Kuantan dan Rompin. “PGM akan terus meningkatkan usaha mencegah aktiviti penjualan mercun terutama di musim perayaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian.
Terkejut aku baca, tak ku sangka rumah tauke mercun ni dekat je dengan area aku.. haha. Patut la ramai je budak-budak main mercun kat tempat aku ni ha. Tiap-tiap malam boom sana boom sini nasib takde yang main bom.. haha. Apa-apa pun sebelum nak main mercun tu kasi fikir dulu keselamatan diri tu, lagi beberapa hari je nak raya. Nanti tak pasal-pasal raya kat hospital pulak. Pesanan daripada kawan aku iaitu Jajat "Lepas semua mercun gua basah kena air hujan, gua dah insaf main mercun ni bai, sekarang ni gua main bunga api je dengan adik-adik gua".. haha.
Tuesday, August 23, 2011
Jom Join Bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI
Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Tengah duk menunggu nasi kat dapur nak masak, aku pun join la segmen jom join bloglist aidilfitri Ben Ashaari. Dan apa yang menariknya segmen ini, kita boleh bertukar link suka sama suka untuk disenaraikan dalam bloglist masing-masing sempena bulan syawal nanti. Maknanya kita sediakan bloglist lain yang bertajuk blogger aidilfitri. Tapi hanya mereka yang join segmen ini sahaja. Kalau korang nak join boleh klik sini ataupun korang klik aje kat banner atas tu. Apa lagi, jom la kita join .. haha.
"Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner"
Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pula segmen dari Phat Corner dan aku nak ucapkan terima kasih pada A.N.A kerana sudi tag aku untuk join segmen ni. Dan seperti biasa apa yang menariknya segmen Phat Corner ni, dia tanya kat mana aku beraya pada tahun ni. Erm, kali ni aku beraya kat rumah mak mertua pulak yang terletak di ..kat mana ye? .. Eh, lupa pulak yang aku tak kahwin lagi .. haha. Macam biasalah, aku beraya di Temerloh, Pahang di mana letaknya rumah aku. Jadi sesiapa yang berdekatan boleh la datang beraya ye .. haha.
Cukuplah setakat tu dan sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik sini ataupun korang klik je banner yang kat atas tu. Jangan malu-malu untuk join ye dan selamat berbuka puasa.
Monday, August 22, 2011
"Segmen Hira: Aku Reti Memasak, Kau Reti?"
Hatrik Oscar Julang Samba
Ledakan hatrik Oscar mengesahkan Brazil menjulang Piala Dunia bawah 20 tahun untuk menewaskan Portugal 3-2, selepas masa tambahan pada perlawanan akhir di Bogota, Colombia, awal pagi semalam. Kemenangan skuad Samba itu sekali gus, membalas dendam kekalahan kepada pasukan sama pada aksi final 1991.
Brazil di depan seawal limit minit pertama, hasil jaringan Oscar sebelum gergasi Eropah itu menyamakan kedudukan menerusi Alex empat minit kemudian dan Nelson Oliveira menambah gol kedua Portugal pada minit ke-59. Namun, Oscar memastikan trofi itu menjadi milik pasukannya, apabila menggegar jaring, termasuk gol kemenangan pada minit ke-111.
Dengan kejayaan tersebut, Brazil kini, merangkul gelaran kelima Piala Dunia peringkat bawah 20 tahun. Sementara itu, Mexico muncul pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan dengan menumpaskan Perancis, 3-1.
Dasyatnya Bau Telur dan Tepung Ni
"Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL"
Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua. Kali ni aku join pulak segmen bloglist Afiqah Ismail ni dan apa yang menariknya untuk segmen ni syaratnya mudah sahaja.. haha. Dia cakap copy je header kat atas tu dan link kan ke blog dia. Lepas tu, apa lagi ye?.. Haa, kalau nak tau join la segmen ni nanti korang tahu la. Senang tak?.. senang je kan.. haha. Jadi, siapa yang nak join tu boleh klik sini ataupun klik je header kat atas tu. Apa lagi, jom la kita join.
Saturday, August 20, 2011
Semakin Hari Semakin Sayang
Friday, August 19, 2011
Awas!! Ada Pencuri
'Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL'
Thursday, August 18, 2011
Dapat Bonus Hari Raya Wei
Penantian Itu Suatu Penyeksaan
Wednesday, August 17, 2011
Seronok Wei Tengok Orang Bershopping Beli Baju Raya
Suka Korang Main Mercun Ye
Subscribe to:
Posts (Atom)