Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, September 7, 2011

Kuih Berlambak.. Siapa Nak Makan.. Apa Kes..

Aku pelik betul la, kenapa kuih dekat rumah aku ni banyak lagi ni. Takde orang nak makan ke, takde orang datang beraya ke.. Kalau nak diikutkan tahun-tahun yang sebelum ni, cepat je licin kuih-kuih kat rumah aku ni. Korang agak-agak kenapa kuih kat rumah aku ni masih banyak lagi walaupun hari ni dah masuk hari kesembilan kita beraya? Tak tahu ke.. Aku pun tak tahu gak sebenarnya.. haha.

Aku takde la pelik pun sebenarnya, tapi ni semua gara-gara adik aku yang beli kuih tak tahu la apa ke namanya. Rupa kuihnya serius memang cantik, tapi kalau korang makan adoi punya la sedap sampai korang tak nak makan dah lepas tu. Orang kata apa ye, jangan tertipu dengan kecantikan luaran.. Ditujukan khas untuk kuih tau, bukannya orang.. haha.

Masalah yang dihadapi sekarang ni, adik aku beli jenama kuih tak sedap ni agak banyak la. Memang tak terusik langsung, orang yang datang beraya pun cam dah tau-tau kuih tu tak sedap. Tapi adalah sorang dua yang makan. Aku? takde harapan la nak makan sebab aku dah merasa kuih tu memang tak kena dengan lidah aku ni. 

Jadi, siapa yang nak habiskan kuih-kuih ni? adik aku pun dah tak lalu nak makan walaupun dia yang beli.. haha. Kesimpulannya, siapa yang agak-agak nak kuih percuma tu bagi tahu aku ye.. hahaha.




9 comments:

aimie amalina said...

hehehehe
pe lagi
sedekah la
bawa g opis ke
bg jiran ke
bawa gi sekolah ke
hehehe

petuapakar said...

Bagi je kat Pakar. Ramai org nak datang umah ni. Hik2. Kat Temerloh pon ade? ingat Kuantan je tulisan besar2 kat tepi sungai tu.

- abdul hadi abdul muti - said...

bawak pergi rumah sewa. lama-lama mesti habis

Eddy Dce said...

aimie: haha..betul gak tu kan...sedekah kat orang... :)

petuapakar: haha...boleh2..takde hal...dulu takde skang dah maju skit..sbab tu ade tulisan tu...huhu...

abdul hadi: haha..terbaik cdngan tu..cnfirm abis punya... :)

yusuflaili said...

Salam;
Kalau semua orang tak nak makan bagi je itek serati tak pun ayam, nak buat macam mana.!!!

Eddy Dce said...

yusuf: haha...entah2 ayam ngan itik pun x lalu nak makan...haha....

ZWAN SABRI said...

Erkkk? baru nak mintak sikit tapi disebabkan x sedap, xpe, terima kasih jelah.. tapikan, kuih tuboleh dijadikan hiasan.. cantik kan paras rupa kuih tuu? mmg sesuiala jadi kuih hiasan.. HEHE


MySuaraBlog: Syiling 50 Sen Tahun 2006

MaiZATuL ASniDA said...

ade tart warna purple x eddy? raya kali ni byk betol rumah yg hidang kuey tu~

Eddy Dce said...

Zwan: haha...betul la tu...mmg leh dijadikan hiasan... :)

Mai: haa..ade2...pelik benor kuihnye...lagi satu kuih bentuk apple pun ade...haha...

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...