Suka Blog Ini

Recent Post

Monday, September 5, 2011

Lepas Raya Bajet Lari.. Tolong..


Tengah aku lepak kat kedai makan tadi terdengarlah perbualan dari meja sebelah ni. Amboi, sembangnya bukan main, seronok pulak aku menengoknya. Tapi aku bukan curi-curi dengar tau, terdengar aje.. haha. Bukannya apa, dorang cakap kuat sangat satu kedai boleh dengar agaknya. 

Salah satu perbualan dorang yang aku dengar "lepas raya ni bajet banyak lari kena berjimat cermat sikit, kena beli apa yang perlu je". Hah, lepas tu kawan dia pulak cakap "ala biasa la tu lepas raya, mesti bajet lari punya, tak pernah tak lari mesti berlari-lari je bajetnya".. haha. 

Tapi apa yang aku tahu, lepas raya ni memang ramai yang lari bajet akibat terlebih berbelanja nak beli tu.. beli ni la .. macam lagi la, maklumlah orang selalu cakap raya setahun sekali. Tapi sebaiknya kita berbelanja ikut kemampuan la. Berbelanja apa yang perlu sahaja, kalau tak perlu tak payah la kan walaupun raya setahun sekali. Betul tak? setuju tak? ala tak setuju ke..

Bukannya apa, kalau berbelanja lebih-lebih sangat, confirm lepas raya memang lari bajet punya. Melainkan kalau duit tu banyak sangat dah tak tahu nak buat apa .. haha. Tapi apa-apa pun macam biasalah semua orang ada pendapat masing-masing. Tepuk dada tanya selera nak lemang lagi.haha.




4 comments:

aamalinaazman said...

merancg la dengan betolkan
hehehehe

saya cello191 said...

kejar la bajet tu~~
^^

Rashidi said...

aimie: haha...yup..kena buat perancangan bajet... :)

saya: haha...puas dah kejarnya...tapi nak lari jugak... :)

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
mula2 bajet juga..lepas tu berlaku perbelanjaan diluar jangka masa raya..apa lagi, lari tak terkejarlah bajet...mkn magilah jwbnya..

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...