Suka Blog Ini

Recent Post

Saturday, September 10, 2011

Kes Rompakan Lagi Dekat Shah Alam..

Lagi satu kes rompakan kat kedai mamak yang telah berlaku dekat seksyen 24 Shah Alam. Kali ni dorang merompak kira-kira pukul 5.30 pagi pulak. Adoii, bahaya cam ni kalau lepak pagi-pagi kat kedai mamak melainkan kalau ada game bola. Ye lah, kalau ada game bola kan biasanya ramai orang pergi tengok.

Tak kan dorang berani jugak kan nak merompak, mau nya kena pukul dengan penyokong chelsea ke, liverpool ke dan macam-macam lagi la kan.. haha. Tapi hari semalam aku lepak dengan member aku, tak sangka pulak dia ada kat tempat kejadian. Apa nak kata lintang pukang la member aku larikan diri sebab dia cakap masa tu tak ramai sangat orang makan kat kedai mamak seksyen 24 tu.

Kalau kita pun confirm lari lintang pukang jugak kan. Kalau perompak tu tak bawak apa-apa ok lagi. Ni siap bawak parang mana tak kecut perut. Tapi member aku tu tak sangka la pulak kedai tu nak kena rompak, nasib baik la dia tak bawak barang-barang yang berharga. Kalau bawak laptop masa tu, memang lesap la jawabnya.

Hari tu kat seksyen 15, lepas tu kat seksyen 24, lepas ni tak tahu la pulak kat seksyen mana.. haha. Serius memang bahaya, kalau nak lepak tu di sarankan tak payah la bawak laptop atau barang-barang berharga. Kalau korang nak baca cerita penuh klik kat sini.




4 comments:

AIEN NOT ALIEN said...

bahaya ada dimana2...hati2 ye...

kak lang said...

kena la selalu berhati2...lebih2 lagi ank dara atau kaum wanita, huhu

Kancil 8349 said...

memang teruk sudah nie...macam ndak aman...bagi perompak tu...tunggulah...akan tertangkap juga tu...macam polis tak de kat Malaysia nie

Eddy Dce said...

Aien: Yup..betul la tu...sama-sama la kita berhati-hati...

Kak lang: huhu...sokong kak lang... :)

Kancil: Yup, pasti mereka akan ditangkap polis nanti...

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...