Suka Blog Ini

Recent Post

Monday, September 12, 2011

Ingatkan Orang Gaduh.. Sekali Kalah Main Game Daa..

Tiba-tiba panggg!!! bunyi keyboard kena hentak. Tak lama lepas tu panggg!!! lagi sekali bunyi keyboard kena hentak. Adoi, baru aku nak rilek-rilek kejap dah terkejut dibuatnya. Lepas tu bunyi sekali lagi, kali ni lain pulak gayanya. Macam ni bunyinya "tak guna betul kalah lagi sekali, siot betul aku lempang jugak keyboard ni nanti"(ayat telah diubah suai sikit supaya lebih sopan.. haha.).

Aku ingatkan ada orang nak bertumbuk ke apa, rupanya kalah main game.. haha. Tapi aku tak kisah pun sebenarnya, dah biasa dengan keadaan macam tu. Tapi macam tu la gayanya bila terlalu excited main game orang kata susah nak kawal bila dah terbiasa. Tapi bukanlah semua macam tu, contohnya macam aku, takde la sampai nak lempang keyboard tu. Kadang-kadang je terasa nak buat macam tu.. haha.

Kalau nak tengok lagi terbaik, bila ramai-ramai main game, contohnya game dota atau counter strike. Haa, sekali main sampai sepuluh orang. Hasilnya, memang kecoh la satu rumah macam-macam bunyi ada.. haha. Walaupun macam mana pun agak terkawal jugak la kan, kalau tak terkawal mesti jiran sebelah dah baling periuk atau pasu bunga ke rumah aku.. haha. Agak-agak korang pernah mengalaminya tak? tapi apa-apa pun kalau main game ramai-ramai serius memang seronok.. haha.




2 comments:

Amirah Suhana said...

Lol..saye baca mula2 pun suspen..haha..


semangat nya main game!

Kancil 8349 said...

hahahaha...semangat main game...paling teruk sampai main besok pagi...hehehe...mata dah jadi panda

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...