Ahlan wa sahlan ya ramadhan iaitu selamat datang bulan ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan serta dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t dan seperti mane yang kita tahu satu-satunya bulan yang ada malam lailatulqadar yang malamnye lebih baik daripada 1000 bulan. Malam lailatulqadar ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh semua orang mukmin. Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berjumpa dengan bulan ramadhan setelah setahun meninggalkan kita.
Jadi, gunakanlah masa sebulan dalam bulan ramadhan ini dengan meningkatkan segala amal ibadah kita kepada Allah s.w.t dan sebenarnya bulan ramadhan ini dapat melatih kita untuk terus istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah bila masuk pada bulan yang lain nanti. Di bulan ini juga kita tidak lari daripada nafsu makan yang membuak-buak semasa berbuka puasa nanti dan lebih baiklah kalau kita dapat menahan nafsu makan tersebut daripada kita melakukan pembaziran. Maknanya, kita menyediakan juadah berbuka mengikut kemampuan kita dan tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.
Jadikanlah ramdhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang kita lalui sebelum ini. Selama setahun kita telah menunggu kedatangan bulan ramadhan yang penuh dengan barakah iaitu keberkatan ini tetapi kita tidak menggunakan masa yang ada dengan amal ibadah, alangkah ruginya kita apabila bulan ini meninggalkan kita tanpa kita dapat meningkatkan amal ibadah kita. Dan kita terpaksa untuk menuggu setahun lagi untuk bertemu dengan bulan ramadhan. Oleh itu, marilah kita menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan banyakkan bersabar di dalam bulan ramadhan ini. InsyaAllah.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.
Ini adalah kisah dua orang sahabat yang bernama Mat dan Sang yang masih bersekolah lagi. Dorang nih berkawan sejak kecik lagi dan boleh dikatekan kawan baiklah mereka berdua nih. Ape-ape yang mereka lakukan sentiasa bersama-sama, x kisah la memancing ke, tangkap katak ke, main mercun ke dan ape-ape aje lah pasti bersama. Dan ape yang ak akan ceritakan nih kisah mereka berdua semasa bulan puasa. Mari kita saksikan ragam mereka berdua.
Hari pertama puasa Mat: wei sang, awok puasa ke hari nih??? Tengok ade makanan je kat celoh gigi ter.
Sang: confirm2 la puasa wei. Ak punyelah bangun sahur awal tadi awok cakap ak x puase yak. Pukul 2 pagi ak dah bangun awok tau.
Mat: Perghh!!!, awal betul yak awok bangun, x penah2 pulak awok bangun awal.
Sang: Biase la bro, ak tengok jam ak tadi dah pukul 5, tu yang ak melantak abis makanan kat dapur tu. Ak check jam semula baru pukul 2 pagi da. Patut la keluarga ak yang lain x bangun lagi.haha.
Mat: Cis, ape kejadahnye awok nih.haha. Memang spesis jam cap ayam la awok punye jam tu.
Hari kedua puasa Mat: Wei sang, moh le kita bukak puasa dah azan da nih. Mak ak kate x baik lambat-lambatkan bukak puasa.
Sang: Ye x ye jugakkan. Moh le kita pergi berbuka. Wei, jap Mat. Apehal plak awok nak ajok berbukanye baru azan zohor la bro.
Mat: Haaa, memang la. Mak ak kate budak-budak puasa separuh hari je kalau x larat. Nih dah separuh hari boleh la ak bukak. Esok separuh hari, haaa, kan dah dapat satu hari.
Sang: Ape la awok punye fius otak dh putus ke Mat, awok tu dah 15 tahun budak-budak celoh mane nye.
Mat: Haha, ak x larat la wei, tu yang ak ajak awok berbuka nih.
Sang: Ah awok nih dah besor-besor pon x larat ke. Tadi ak ade jumpa gerai yang jual makanan. Jom la pergitengok.
Mat: Hahaha, ah awok cakap je lebih. Perangai cam ak jugak.
Alor Setar - Sepasang suami isteri tidak menyangka niat murni mereka membantu seorang gadis yang meminta menjaga bayinya dengan alasan ingin ke tandas, menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama satu jam di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana, namun gadis itu terus menghilangkan diri.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, pasangan suami isteri yang singgah menjamu selera di sebuah gerai makanan berhampiran terminal, dihampiri seorang gadis yang sedang mendukung seorang bayi. Gadis berkenaan meminta wanita menjaga bayinya kerana dia ingin pergi ke tandas, bagaimanapun setelah sejam berlalu, kelibat gadis itu tidak kelihatan.Bimbang dengan keadaan itu, pasangan suami isteri terbabit bergegas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. “Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung proses penjagaan.“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.Dalam perkembangan sama, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, bayi seberat 1.58 kilogram itu kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada di dalam keadaan stabil.“Sewaktu dibawa ke HSB, tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi terbabit bagaimanapun bayi itu memerlukan pengawasan rapi memandangkan kelahirannya tidak matang.“Bayi itu akan diletakkan di bawah pengawasan hospital sehingga beratnya mencecah 1.8 kg,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
p/s: Memang x patut betul seorang ibu tinggalkan anak die macam tu aje. Apelah salah bayi tu sehinggakan ditinggalkan seperti itu. Dasyat betul perbuatan seperti ini dan kenapa perlu ditinggalkan seperti itu. Marilah kita same-same renungkan cerita yang kat atas tu. Ape-ape pon selamat berpuasa pada semua.
Assalamualaikum semua, nampaknye hari esok kita dah mula untuk berpuasa dan ak nak ucapkan selamat berpuasa la pada korang semua. Jadi, korang2 semua jangan lupa nak puasa pulak ye. Mane la tau, tiba-tiba korang nampak lauk kat atas meja pukul 12 tengahari, korang pergi nye melantak lauk kat atas meja tu sampai habis. Lepas tu pulak, kawan korang tegur, x puasa ke wei???. Haa, mau nye terkejut korang mase tu. Tapi x pe korang x sengaje nak makan. Lupalah katekan.haha. Bila masuk bulan puasa nih, ak teringat la pulak, mase zaman main mercun kecik-kecik dulu. Fuhh, memang nakal betul la, asyik nak main mercun je kerjanye, tapi bukan ak la, kawan-kawan ak la yang nakal tu.haha.
Nih nak kasi cerita sikit, fuhh mase zaman tu memang meriahlah kan main mercun, kerajaan x haramkan lagi main mercun nih. Nak katekan meriahnye main mercun nih, ade la sorang kawan ak tu, nak tunjuk hero la konon, die kate ak boleh pegang je bakar mercun papan nih. Korang tau kan mercun papan. Kalau x tau try la search kat google translate.haha. Lepas tu, ape lagi die wat demo la kan, ak ingatkan die bakar mercun papan tu kan, rupanye die bakar mercun padi tu je, yang saiz kecik sikit dari mercun papan tu.
Tapi ak respect jugak la kan, walaupun die bakar mercun padi tu, ak pon x berani bai. Maunye terbakar tangan ak nanti x raye ak. Dengan bangganye member ak tu bakar mercun padi sambil die pegang guna tangan je. Memang hebat, die xde rase pape pon, sakit pon tidak, menjerit pun tidak, cuma die cakap rase kebas sikit je. Kawan-kawan ak yang lain tu duk tengok je la, nak wat memang x berani.haha. Tapi ade lah due tiga orang yang berjaya memberanikan diri bakar mercun padi tu dengan pegang guna tangan je.
Tapi ade jugak yang pernah try bakar mercun papan tu jugak. Tapi akibatnye bakar sekali tu je la, pastu terus x buat dah macam tu.haha. Memang sakit la tu kan sebab terus x wat dah. Haaa, tu lah salah satu kenangan yang ak ingat mase main mercun dulu-dulu tu. So, korang semua jangan la try macam yang kawan ak tu buat. Orang kate berhati-hati sebelum kena.haha.
Bandar Gaza - Ribuan kanak-kanak di Gaza kelmarin cuba mencipta rekod baru dunia bermain layang-layang secara beramai-ramai. Jurucakap Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Christopher Gunness berkata, seramai lebih 13,000 kanak-kanak di kem musim panas di utara barat Gaza menyertai acara itu.
Terdahulu, China memegang rekod dunia dengan penyertaan hampir 10,500 kanak-kanak bermain layang-layang, awal tahun ini. UNRWA berjaya me-nganjurkan acara terbabit walaupun ada pihak cuba menghalang usaha mereka.
p/s: Teringat pulak waktu kecik-kecik dulu, main layang-layang dan buat layang-layang sendiri.haha. Sape-sape nak join main layang-layang jom la.haha.
Sejarah sekolah -Sebelum 1939 – Anglo Chinese School -1939 – Abu Bakar English School -1941 – 1945 – KAMPETAI (Balai Polis Tentera Jepun) -1959 – Berpecah kepada 2 pentadbiran:
SRJK (Inggeris) Abu Bakar, Mentakab
SMJK (Inggeris) Abu Bakar, Temerloh
-1967 – Berpecah kepada 2 lagi:
SRJK (Inggeris) Abu Bakar, Mentakab
SRJK (Inggeris) Jalan Bahagia, Temerloh
-1970 – Ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab.
-2011-Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab.
(Sumber sejarah sekolah: Dari Laman Web SK Abu Bakar)
Serba sedikit info tentang Sekolah Kebangsaan Abu Bakar yang terletak di Mentakab, Pahang. Kalau korang perhatikan banyak perubahan yang telah berlaku iaitu gambar pada era 50-an sehinggalah tahun 2011. Bagi sape-sape yang pernah sekolah kat sini, korang memang x kan jumpa dah bangunan kayu tu. Semua dah jadi bangunan batu.haha. Jadi, agak-agak korang rindu x zaman sekolah rendah korang dulu-dulu???. Kalau rindu bolehlah korang pergi melawat sekolah rendah korang tu.haha.
Tengah ak tengok video-video kat youtube, terjumpalah la plak video yang ak selalu tengok mase kecik-kecik dulu kat dalam tv. Fuhh, iklan nih memang best la, mase kecik-kecik dulu memang ak minat la.haha. Tapi sekarang nih kalau x silap ak dah xde da kot iklan tu. Korang nak tau ke video ape yang ak tengok tu, haaa nih la cite nye
haha...ape lgi kalau bukan cite sang kancil menipu sang buaya.haha. Banyak lagi la citenye selain daripada yang nih. Ak just amik salah satu daripada nye, hari esok masukkan cite lain pulak.haha. Walaupun nampak kelakar, tapi memang iklan nih la yang ak layan nye mase kecik-kecik dulu, siap tertunggu-tunggu lagi bile nak ade iklan nih.haha. Tu lah orang kate kenangan mase kecik-kecik dulu. Kenangan inilah yang akan membuat kite tersenyum bile teringatkan semula kenangan kite mase kecik-kecik dulu.haha. Jangan lupa tengok ye.haha.
Walaupun tewas dengan agregat 6-4 namun aksi anak buah Datuk K Rajagobal masih boleh dipuji. Turun dengan aksi menyerang, Harimau Malaya bertekad untuk menjaringkan gol bagi mengatasi defisit. Namun kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan penyokong Malaysia hampa apabila Singapura berjaya menyumbat gol pada minit ke-72. Pujian harus diberikan kepada pemilik sepasang ‘tangan emas’ yang berjaya mematahkan serangan bertali arus Skuad Singa. Penjaga gol yang berasal dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat boleh dianggap wira apabila mempamerkan aksi hebat. Begitu juga penyerang Pelita Jaya yang berasal dari Selangor, Safee Sali yang membuktikan beliau adalah peledak berbisa apabila menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya. Pergerakannya dikawal ketat oleh pertahanan Singapura menyebabkan beliau sukar menjaringkan gol.
Peluang terbaik Malaysia hadir seawal minit ke-4 melalui percubaan jarak dekat S Kunalan selepas menerima hantaran silang Safee Sali namun penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahmud pantas menutup ruang untuk menafikan gol awal Harimau Malaya. Tujuh minit selepas itu, tiba giliran Singapura menguji Khairul Fahmi namun percubaan jarak dekat Qiu Li dapat diselamatkan dengan cemerlang. Pada minit ke-22 Malaysia melakukan pertukaran dengan Muslim Ahmad dimasukkan selepas Aidil Zafuan Abd Radzak mengalami kecederaan. Situasi itu sedikit sebanyak meresahkan penyokong Harimau Malaya. Pada minit ke-26, Amirulhadi Zainal gagal memanfaatkan situasi kelam-kabut di kawasan Singapura namun percubaannya tepat ke dakapan Mohamad Izwan.
15 minit terakhir separuh masa pertama kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan percubaan terbaik Singapura melebarkan defisit gol hadir melalui sepakan percuma Shaiful namun Khairul Fahmi bertindak cemerlang melayangkan badannya. Bersambung babak kedua, anak buah Rajagobal melakukan serangan awal namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Singapura. Minit ke-57 gol yang dicari-cari Malaysia akhirnya menjelma apabila Safee Sali melepaskan rembatan kencang selepas menerima hantaran pendek S Kunalan. Bagaimanapun kealpaan barisan pertahanan negara dihukum oleh Shi Jiayi apabila mudah menolak masuk gol penyamaan Singapura pada minit ke-72.
Berbaki 15 minit, kekecewaan jelas terpancar di muka setiap pemain negara namun usaha menjaringkan gol tetap diteruskan sehingga ke titisan peluh terakhir.Taktik Singapura melengahkan permainan memberi kesan psikologi kepada pemain Malaysia. Lakonan anak buah Radojko Avramovic memang menjadi dan layak memenangi Oscar kerana menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan beberapa kali. Lima kad kuning dilayangkan oleh pengadil pada malam tadi dengan pemain Malaysia, Ahmad Fakhri Shahrani mendapat kad merah pada minit 93.
Sumber: Sinar Harian
p/s: Pagi-pagi terus bace surat khabar nak tengok ulasan daripada surat khabar. Jadi, sape yang belom bace surat khabar lagi tu, korang bace lah kat atas nih je.haha.
Malam nih ak memang agak kecewa jugak la pasal kekalahan pasukan kita tadi tu. Tapi walau camne pon biase la orang kate adat permainan ade yang menang dan ade yang kalah. Lagipun bola tu kan bulat, satu ungkapan yang selalu kita dengar dalam permainan bola sepak nih yang bermaksud ape-ape pon boleh berlaku dalam permainan bola sepak. Ramai member ak yang balik daripada stadium bukit jalil tadi menyatakan rase kekecewaan dengan kekalahan tu, walau camne pon mereka tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain bola sepak negara kita. Mungkin ade hikmah disebalik kekalahan tadi tu.
Kita kena fikir secara positif la. Padahal memang kecewa pon kan.hahaha. So, korang jangan sedih-sedih kita lupakan mende yang dah lepas, pas nih kita tumpu pulak untuk kelayakan olimpik 2012 punye game. Tapi lambat lagi la sebab bulan 9 nih baru start perlawanannye. Ape-ape pon x sabar pulak ak nak bace surat khabar nih nak tengok ape komen dorang sebab kekalahan pasukan negara kita.haha. Bukannye ape just nak tengok ape komen yang dorang bagi tau tentang punca kekalahan pasukan negara kita.haha.
Jadi, jangan lupa bace surat khabar ye. Kesimpulannye, ak x fokus tengok bola malam nih sebab gigi ak sakit. Mase-mase ak nak tengok bola la plak nak sakitnye, adoiii. Idea pon dah xde sebab gigi ak masih sakit lagi, ape-ape pon TERUSKAN USAHA HARIMAU MALAYA, MALAYSIA BOLEH.
Kali ni ak nak cite sikit pasal petua supaya kita tidak mudah lupa. Ak rase mesti ramai yang dah tau atau dah pernah terjumpa pasal petua ni kat mane-mane la artikel ke ape-ape ke. Tapi x kisah la, sebab ak nak bagi tau jugak pasal petua supaya tidak mudah lupa ni. Manelah tau kalau-kalau ade yang dah lupa tentang petua-petua nih. Jadi, sape-sape yang dah lupa pasal petua nih boleh la bace petua-petua yang ak nak sampaikan nih. Sebab kalau kita berulang-ulang kali mendengar atau membace tentang sesuatu ilmu itu, pasti ingatan kita akan lebih kuat dan menjadikan kita tidak mudah lupa tentang sesuatu ilmu yang kita pelajari itu.
Petua supaya tidak mudah lupa
1) Jangan makan kepala ikan.
2) Jangan makan organ dalaman.
3) Jangan minum semasa makan.
4) Jangan minum atau makan yang telah tercemar dengan semut.
5) Jangan membaca nama pada batu nisan.
6) Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
7) Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
8) Jangan melihat kemaluan.
9) Jangan melihat buih.
10) Jangan kencing berdiri.
11) Banyakkan makan kacang.
12) Banyakkan makan kismis, buah kurma dan madu.
13) Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe dan tauhu.
Jadi selamat membaca dan jangan lupa untuk praktikkan sekali ye.huhu.
Tokyo - Jepun mengumumkan rancangan mereka semalam untuk membeli kesemua daging tercemar dengan bahan radioaktif di kedai seluruh negara untuk dimusnahkan iaitu sebagai usaha bagi memulihkan keyakinan pengguna. Hampir 3,000 ekor lembu dikhuatiri menghasilkan daging tercemar, dipercayai mengandungi bahan radioaktif melebihi paras dibenarkan kerajaan.
Menteri Pertanian, Michihiko Kano menyatakan pengendali Tokyo Electric Power (Tepco) akan menanggung segala kos pembelian yang dianggarkan bernilai dua bilion yen (RM76 juta). Di bawah rancangan itu, kumpulan industri diarahkan untuk membeli kesemua daging tercemar dengan menggunakan skim pinjaman kerajaan.
Sumber: Sinar Harian
Uishh...kalau sebut pasal radioaktif nih memang bahaye, takut pon ade. Kesannye pada manusia memang bahaye, macam-macam penyakit boleh dapat. Kalau boleh lebih baik atau lagi senang x payah la nak buat loji2 yang berkaitan dengan bahan radioaktif nih. Ape-ape pon amalkan gaye hidup dan permakanan yang sihat untuk menjamin kehidupan yang bahagia.
Alamak!!! kenapa lah ko kacau ak nih. Ak baru nak rilek-rilek sikit dan nak tido, tapi ko pulak kacau ak. Nak di marah nanti x makan saman, nak di jentik nanti memang susah, Ape pon x bleh. Apekah yang mengacau ak nih??? Haa, 2 la die ape lagi kalau bukan nyamuk.haha. Ak nak tido pon susah siap kena bukak silat lagi. Ak boleh katekan dimana-mane aje ade nyamuk, memang xleh lari lah.haha.
Nak cakap ade air yang bertakung xde pon, memang ak dah kasi clear, hutan pon xde, umah pon boleh tahan bersih jugak la. Tapi ade jugak ko ye nyamuk.haha. Ak dah kasi sembur ridsect, x lame pas 2 ade balik nyamuk nih. Memang bahaye. Memang kena wat aduan nih kasi sembur sikit area kawasan perumahan nih. Mungkin dah lama x kena sembur tu yang banyk gler nyamuk nih.
Ade sesetengah orang rilek je tido, ade nyamuk ke xde nyamuk ke same je. Tetap boleh tido. Ak pon x tau cam ne dorang boleh tahan tu. Mungkin kulitnye tebal kot, nyamuk-nyamuk x dpt nak menghisap darahnye.haha. Kalau ak memang x tahan la. Bile dah kena gigit di nyamuk tu punye la gatal memang terus terjaga la dari tidur. Ape-ape pon sediakan payung sebelum hujan, maknenye sebelum nak tido pasang ubat nyamuk cap fumakila tu dan kasi spray ridsect sekali sebelum tido. Cam x kena je pepatah ak tu, hentam je la. Sekadar bercerita tentang nyamuk.haha.
Pada malam ni ak nak cite sikit pasal kekecewaan member ak yang sorang nih. Haa, kecewa ape pulak nih. Agak-agak die putus cinta kot, x pon die x duit ke.haha. Semuanye bukan dan bukan. Sebenarnye, kawan ak nih kecewa sebab x dapat nak beli tiket bola petang tadi. Penat punye penat beratur, sekali tiket abis daa.haha. Frust menonggeng la member ak nih.Tapi salah die jugak awatnye datang lambat sangat nak p beli tiket. Betul x???haha.
Tapi yang menyebabkan die frust tu, die punye la semangat balik awal dari keje pukul 4 cam tu la. Lepas tu, die terus menaiki moto Kriss nye yang dikatekan boleh naik 180km/hr bile try atas highway nih, terus pergi ke stadium shah alam tu. Fuhhh, punye la ramai orang beratur sebab nak beli tiket punye pasal la kan. Member ak nih ape lagi dua kali lima jugak la dengan dorang2 nih, duk beratur nak p beli tiket.haha.
Ape nak kate, tunggu punye tunggu, beratur punye beratur sekali tiket abis daa. Ramai jugak la yang x dapatnye. Member ak nih kate, orang tu bagi tau suruh datang hari esok pulak kalau nak beli tiket. Adoiii, punye la rase nak menangis nye member ak nih disebabkan kekecewaan yang amat sangat nak beli tiket x dapat.haha. "Ak kate ape da esok pon boleh beli jugak ape".haha. Dengan hati yang sadis die pun terus pulang ke rumah dengan tiket yang x dapat.haha.
Ak agak-agak la, memang penuh kot stadium bukit jalil tu nanti. Tapi x tau la kan, tunggu dan lihat je la. Kepada member ak, sabor je la, esok pon boleh beli tiket. Orang kate majulah sukan untuk negara. Uik, ade kena mengena ke. Hentam aje la.haha. Tu je lah yang ak nak cite sebab ape member ak nih kecewa, sebab x dapat beli tiket je pon.haha.
Hari ni ak nak berdiskusi mengenai yang mane menjadi pilihan anda sama ada duduk di kawasan bandar ataupon luar bandar. Perkara ini sering dibincangkan semasa kita dibangku persekolahan dan jugak pernah keluar dalam karangan PMR dan SPM.haha. Walaubagaimane pon setiap orang ade pendapat masing-masing. Dan bagi ak sudah pastilah memilih untuk duduk di kawasan luar bandar. Maksud luar bandar bagi ak kat sini bukan di kawasan kampung sahaja tapi kawasan bandar yang tidak terlalu sibuk kalau contoh di Pahang seperti Jerantut atau kalau di Terengganu seperti Kemaman. Kalau letak ak duduk di KL fuhh memang berpinau mata ak nih.
Bukannye ape, kawasan bandar yang amat pesat serta penduduk yang memang ramai membuatkan kepala ak agak serabut dan x berapa nak selesa. Mungkin sebab ak dah biase tinggal di kawasan yang tidak berapa sibuk seperti KL tu. Mungkin bagi mereka yang memang dah asalnye dari bandar yang besar, mereka berasa selesa tinggal di kawasan yang pesat membangun. Tapi kadang-kadang ade jugak di antara kite yang mempunyai pendapat yang berlainan.
Sebagai contoh, ade yang asalnye tinggal di kawasan luar bandar suka jikalau tinggal di kawasan bandar besar dan ade jugak yang memang asalnye tinggal di bandar besar tapi suka jikalau tinggal di kawasan luar bandar atau bandar yang kecil dan x berapa sibuk. Tapi kalau kite tengok kepada statistik, ramai orang akan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari rezeki disebabkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
Tapi bagi ak kalau duduk di kawasan bandar kecil atau luar bandar nih, ak berasa lebih selesa dan tenang sedikit. Ialah kawasannye tidaklah sesibuk mane dan xde la nak mengharungi jalan raye yang sesak2 tu. Tapi pada zaman yang akan datang nih, perkembangan teknologi yang semakin canggih dan kemajuan negara kite yang pesat, bandar yang kecil atau luar bandar ini pon akan membangun juga. Ape2 pon, x kiralah luar bandar ataupon bandar, bila kita dah duduk lame di sesuatu tempat barulah kite akan menyukai berada di tempat tersebut. Orang kate proses untuk menyesuaikan diri bile berada di tempat yang baru.
Semuanye bergantung pada diri masing-masing dan semua orang ada pandangan dan pendapat mereka tersendiri.
Kuantan - Umat Islam di negeri ini yang didapati sengaja ponteng puasa dan makan di tempat terbuka bakal berdepan hukuman berganda sekiranya ditangkap pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sepanjang bulan Ramadan nanti. Mereka bukan sahaja akan dituduh mengikut Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang atas kesalahan tidak puasa malah boleh dikaitkan atas tuduhan menghina agama seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 170 enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, individu terbabit berdepan hukuman lebih berat iaitu denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Raffli Abdul Malek berkata, hukuman berganda kepada kaki culas puasa itu perlu bagi memastikan kesalahan itu tidak dilakukan sewenang-wenangnya kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan maruah dan kesucian agama Islam.
Menurutnya, tindakan sama turut diambil terhadap mereka yang membeli untuk tujuan makan terus dan peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa di luar waktu dibenarkan. “Kebiasaannya bagi ketiga-tiga kesalahan yang kerap kali berlaku dalam bulan Ramadan itu, mereka yang didapati bersalah hanya dikenakan hukuman denda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali dan denda RM1,000 atau enam bulan bagi kesalahan kedua.
“Melalui perlaksanaan hukuman berganda itu, kita berharap kaki ponteng puasa tegar ini mengubah sikap dan menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya, semalam. Raffli berkata, individu yang ditahan kerana tidak berpuasa juga bakal berpeluang menaiki van Jenazah dari ‘port’ mereka ke pejabat bahagian Penguatkuasaan Jaip. Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun lalu, sebanyak 70 kes melibatkan kesalahan tidak puasa direkodkan.
“Tahun ini Bahagian Penguat kuasa JAIP akan melakukan rondaan pantau aktiviti ‘makan tengah hari’ bermula hari pertama Ramadan. “Rondaan akan dilakukan setiap hari di seluruh daerah termasuk gerakan bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan di tempat-tempat yang dikenal pasti menjadi tumpuan kaki ponteng puasa seperti restoran bukan Islam, semak, rumah kosong, ladang dan sebagainya. “Kita juga akan mengambil tindakan segera terhadap aduan orang ramai berhubung kesalahan itu termasuk peniaga yang mengambil kesempatan menjual makanan kepada kelompok terbabit pada waktu yang tidak dibenarkan,” katanya.
Menurutnya, umat Islam dinasihatkan supaya menghormati bulan Ramadan dan mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadat dalam bulan yang penuh berkat itu. “Jika seseorang itu ada alasan untuk berbuka sama ada atas faktor kesihatan dan sebagainya, elakkan makan di tempat terbuka. “Berdasarkan pengalaman kita, kebanyakan kaki ponteng puasa yang dicekup menggunakan alasan sakit sebagai helah untuk makan pada waktu siang hari namun ketika ditahan mereka tidak makan ubat sebaliknya sedang menghisap rokok,” katanya.
Sumber: Sinar Harian.
Dengor tu orang-orang Pahang, jangan cube-cube ponteng puasa ye.hahaha.
Kali nih ak nak membawa kita semua kembali ke zaman budak-budak dulu. Pernahkah anda semua mengejek atau menyindir kawan-kawan anda semua dengan menggunakan nama ayah, datuk dan moyang kawan anda tu. Kalau x pernah baguslah. Tapi ak rase mesti ramai yang terjebak dengan gejala yang amat popular waktu dulu ini. Tapi ak sikit-sikit je la.haha.
Kadang-kadang ak pon terfikir, dari manekah datangnye gejala seperti ini. Bukannye ape, penggunaan mengejek atau mengutuk menggunakan nama ayah, datuk, moyang dan sebagainye tu ade di setiap negeri. Bagaimanakah permulaan ini boleh berlaku. Ak pon x tau, tapi kalau korang tau bolehlah kasi tau kat ak nih.haha. Apa yang ak nak cakap kat sini betapa popularnye gejala mengutuk dan mengejek ni kat tempat ak mase ak kecik dulu. Mungkin kat tempat korang pon same atau pon tidak. Tapi kat tempat ak macam tu la gayanye.
Memang ak x tau nak kate ape lah kan mase tu, name ade tapi name ayah jugak yang di panggilnye, kadang-kadang name moyang pon ade.haha. Sampaikan dorang check dalam buku rekod pelajar nak tahu name moyang semua tu. Bile dah dapat tu puas hati la dapat kutuk kaw2 punye. Memang terdiam la kalau orang tu setakat tahu name ayah sahaje dan orang yang satu lagi tu tahu sampai ke name datuk dan moyang die.
Tu lah salah satu punca yang menyebabkan pergaduhan. Mula-mula ye la kan gurau-gurau je. Makin lame x puas hati punye pasal tu yang sampai gaduh tu. Tapi ade kawan ak nih lagi hebat, die sesama adik beradik pon boleh kutuk-kutuk same dorang macam tu. Ak pon jadi pelik dan nak ketawa pon ade.haha. Dah name adik beradik pon leh jadi cam tu ke.
Memang ak duk gelak je la mase tu. Memang x patut betul la kan. Kalau dengan kawan-kawan tu boleh la terima lagi. Tapi itu mase zaman budak-budak dulu la. Bila sorang je start yang lain pun mula la x puas hati dan ikut same. Tapi bile dah semakin besar dan meningkat umur secara x langsung pemikiran dah matang xde la lagi mende2 tu semua. Ke ade lagi???haha. Ak rase x dah kot. Bila terkenang balik mase zaman tu, memang agak lawak la. Tapi tu lah kenangan mase kecik dulu dan gejala seperti itu memang patut dibanteras sebab dapat dosa je bile kite mengejek orang.
Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain menggempur habis-habisan kubu Singapura bagi memadam kelebihan skuad Singa yang kini berbangga dengan kemenangan 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin.Dan tugas itu bukan mustahil untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan jentera serangan yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Pada aksi di Stadium Jalan Besar kelmarin, peledak sensasi Mohd Safee Sali kembali menggegar gawang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak untuk menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu.Manakala penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya pula berjaya menjaringkan gol pembakar semangat dalam perlawanan itu meskipun sekadar beraksi sebagai pemain gantian.
“Saya berpuas hati dengan prestasi sendiri kerana dapat membantu menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun dalam tempoh yang singkat,” kata Abdul Hadi yang menjaringkan gol kedua di peringkat antarabangsa selepas membantu Malaysia seri 1-1 dalam aksi persahabatan dengan Hong Kong Jun lalu.
Menurut penyerang Terengganu itu, moral pemain tidak terjejas sebaliknya bersedia untuk memastikan kemenangan pada pertembungan penuh getir sekali lagi dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.
“Kita mungkin leka dan terlalu berhati-hati ketika bermain di tempat lawan tapi kali ini kita kena melancarkan serangan untuk mendapatkan gol. Insya Allah saya yakin peluang kita masih ada untuk layak ke peringkat seterusnya,” kata Abdul Hadi.
Malaysia boleh melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 jika sekurang-kurangnya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat agregat 5-5 dan mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan.Pada pusingan pertama sebelum ini, skuad kendalian Datuk K Rajagobal mengecewakan Taiwan hasil kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4.
Betulkah umat Islam sekarang banyak yang terpengaruh dengan budaya orang bukan Islam?
Betulkah umat Islam sekarang tidak mencirikan umat Islam yang sebenar?
Betulkah kita berada pada zaman yang sudah diceritakan Rasullah SAW semasa hayat Baginda?
Hayati kata-kata Rasullah SAW:
“Setelah aku wafat. Setelah lama aku tinggalkan. Umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya:
“Apakah pada ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Baginda SAW menjawab:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi mereka tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan.”
Betulkah kita adalah umat berdasarkan hadis Rasullah SAW di atas.
Apakah punca-punca yang menjadikan kita lemah? Cuba kita renungkan ke dalam diri kita. Bagaimanakah perlakuan kita. Adakah kita benar-benar berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW. Apakah sunnah Rasullah yang menjadi amalan kita. Tidak takutkah kita pada janji Allah?
Ingatlah firman Allah SWT:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Cuba kita renungkan pemuda dan umat Islam terdahulu, adakah mereka seperti keadaan kita sekarang. Mereka berdiri dan benar-benar memperjuangkan Islam. Sanggup ke medan perang dan syahid demi Islam. Tapi umat Islam hari ini?
Kita lebih banyak terpengaruh dengan hiburan hari ini. Buka TV, kita dapat melihat macam-macam hiburan. Inginkah kita melihat suatu hari nanti anak kita lebih mengenal artis-artis dan ingat akan jasa mereka tetapi tidak mengenal langsung Nabi-nabi Allah, pejuang-pejuang Islam, ulama’-ulama’ dan yang memartabatkan Islam.
Ingatlah dunia hanyalah persinggahan untuk mencari bekalan di kehidupan akhirat kelak. Adakah kita ingin bergembira di dunia tetapi merana di akhirat kelak atau kita ingin menjadi hambaNYA yang bertakwa yang dijamin kesenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’am ayat 32 yang bermaksud:
“Dan tidak dinamakan (kehidupan) dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Janganlah kita terlalu taksub dengan hiburan pada masa kini. Konsert artis-artis dalam Negara dan luar Negara. Kita terlalu menyokong hiburan seperti akademi fantasia, mentor, pertandingan nyanyian dan lain-lain lagi seolah-olah kita menggalakkan apa yang tidak dibenarkan Islam.
Bagi anak-anak kita sudah diperkenalkan dengan hiburan yang melalaikan seperti ultraman, power rangers dan lain-lain kartun yang tidak dapat memberi manfaat pada mereka. Sebaliknya pemikiran mereka lebih terjerumus ke arah hiburan yang melalaikan. Adakah kita mengajar anak kita cara-cara sembahyang yang betul, mengajar mereka membaca Al-Quran yang dapat menjadi pelindung kita di akhirat kelak.
Pemuda-pemudi Islam juga mendapat dosa dari FACEBOOK. Kita dapat lihat mereka post perkataan yang tidak baik, upload gambar yang tidak menutup aurat. Pesanan dari saya, tutuplah aurat dengan baik, jagalah perkataan kita dan cubalah memanfaatkan internet ke arah yang memberi manfaat untuk kita dan orang lain. Moga-moga umat Islam akan kembali menjadi umat yang kuat.
Kita juga dapat lihat umat Islam sekarang lebih banyak mengikut fesyen-fesyen artis, memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang sedemikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.”
Berdasarkan firman Allah SWT di atas, kita dapat lihat bagaimana suruhan Allah untuk kaum hawa. Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ingatlah, janji Allah itu pasti, nisbah api di dunia dengan api neraka adalah 1:70. Jika kita sudah merasakan dan tidak tahan dengan api di dunia, bagaimana jika kita dicelup untuk masa yang sekejap di dalam api neraka atas DOSA-DOSA kita semasa hayat kita di dunia. Renungkanlah!!!
Kita melihat ramai pemudi sekarang sudah merasa cukup dengan hanya bertudung, tetapi pakaiannya mereka tidak mengikut seperti suruhan Allah iaitu melabuhkan pakaian.
Kita dapat lihat di Negara kita sekarang, zina dan maksiat berleluasa, adakah dalam hati kita tidak timbul perasaan resah melihat pemuda pemudi sekarang. Kes pembuangan bayi semakin bertambah seperti tiada pengakhirannya. Anak-anak kecil yang tidak bersalah mati dibunuh dan dtinggalkan oleh pasangan yang sudah terlanjur. Sampai bilakah anak kecil ini harus menanggung akibat atas ‘cinta suci’ pasangan-pasangan yang berzina ini. Marilah kita sama-sama membendung gejala yang sedang berlaku di Negara kita ini. Bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Tutuplah aurat dengan baik, ikutlah suruhan Allah dan tinggalkan larangan-NYA.
Rasullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai, maka pada zaman itulah kamat akan datang.”
Negara kita tidak kurang hebatnya di dalam kes zina dan maksiat. Hampir setiap hari, kita mendengar berita, membaca di akhbar berlakunya kes-kes rogol, khalwat dan pembuangan bayi. Kita dapat melihat hadis-hadis Rasullah SAW seperti merujuk di zaman kita sekarang.
Inilah realiti umat Islam zaman kita. Jika Nabi tengok semua ini berlaku pada umat Islam, apa perasaan Baginda agaknya? Baginda bersungguh-sungguh berjuang untuk menyebarkan Islam, memohon pada Allah agar kita semua dapat menikmati kehidupan akhirat yang lebih baik, tapi apakah balasan kita pada semua pengorbanan Baginda SAW?
Pemuda-pemudi Islam sekarang sudah tidak seperti pemuda dahulu. Mereka dahulu sibuk berjuang untuk menegakkan agama Islam, tetapi kita sekarang sibuk dengan apa? Adakah sibuk dengan gejala mat rempit, shuffle, dadah, arak dan lain-lain. Memang zaman kita sudah tiada perang seperti zaman Rasullah, tapi kita semua tahu, medan jihad tidak pernah hilang. Jiwa pemuda Islam zaman sekarang banyak runtuh kerana hiburan. Berbaloi ke berseronok berlebihan di dunia tapi di akhirat menjerit menangis sebab dosa sendiri. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran ayat 14:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).”
Perubahan ke arah menjadi seorang Muslim yang lebih baik tidak akan pernah sia-sia. Wahai umat, kembalilah kepada Al-Quran. Semoga kita sentiasa beroleh hidayah dari-NYA.
Jagalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Janganlah menyakiti hati orang lain, mengumpat, menjaga tepi kain orang. Hisablah diri kita sebelum kita dihisab.
Peringatan dan teguran ini adalah untuk saya dan semua umat Islam. Moga-moga kita dapat menjadi hamba-NYA yang bertakwa. Amar makruf nahi mungkar,insyaAllah.
Sumber: Mohd Hafiz
Marilah kita tengok video dibawah ini, semoga kita dapat muhasabah diri kita dan hati kita akan menjadi lebih tenang, insyaAllah.