Suka Blog Ini

Recent Post

Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Sedih Wei Putus Cinta

Tengah ak duk lepak-lepak kat kedai burger hak milik kawan ak. Tak perasan la pulak ade member ak sorang nih duk termenung je dari tadi. Memang pelik bin ajaib, biasenye bukan main bising mulutnye. Siap dapat cop mulut tak de lesen lagi.haha. Ak pun ape lagi pergi tegur la kan, mane la tau teruk sangat ke masalahnye. 

Ak pon tanye "ko kenape wei?? duk termenung aje. Member ak cakap "Ak putus cinta la bro. Ni yang ak duk termenung ni. Ak pon balas "adoiii pergi la pujuk elok-elok mesti ok punye. Member ak balas "dah puas ak pujuk siap nyanyi lagu relaku pujuk lagi, tak mahunye. Ak pon balas "kalau cam tu ko cari je la yang lain buat pe nak termenung cam tu, ko kan jejaka paling kacak kat kawasan ni.hahaha. Member ak balas "tak boleh la bro, ak sayang kat dia dah lame couple la bro. Ak pon balas "owh, kalau cam tu, ikut ko la, ak pon tak tahu nak cakap ape".

Nih la penangan orang putus cinta, ak nak kasi nasihat lebih-lebih pon tak boleh sebab mane ade pengalaman beb.haha. Tapi daripada duk termenung macam tu agak-agak boleh settle ke?? kan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Kalau anda bagaimana tindakan yang anda lakukan. Lu kasi fikir la sendiri.haha.


Sunday, July 31, 2011

Bayi Kena Tinggal Di Gerai Makan


Alor Setar - Sepasang suami isteri tidak menyangka niat murni mereka membantu seorang gadis yang meminta menjaga bayinya dengan alasan ingin ke tandas, menyebabkan mereka terpaksa menunggu selama satu jam di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana, namun gadis itu terus menghilangkan diri. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, pasangan suami isteri yang singgah menjamu selera di sebuah gerai makanan berhampiran terminal, dihampiri seorang gadis yang sedang mendukung seorang bayi. 

Gadis berkenaan meminta wanita menjaga bayinya kerana dia ingin pergi ke tandas, bagaimanapun setelah sejam berlalu, kelibat gadis itu tidak kelihatan. Bimbang dengan keadaan itu, pasangan suami isteri terbabit bergegas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit kira-kira jam 12.30 malam kelmarin. 

“Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung proses penjagaan. “Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. Dalam perkembangan sama, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, bayi seberat 1.58 kilogram itu kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada di dalam keadaan stabil. “Sewaktu dibawa ke HSB, tiada kesan kecederaan pada tubuh bayi terbabit bagaimanapun bayi itu memerlukan pengawasan rapi memandangkan kelahirannya tidak matang. “Bayi itu akan diletakkan di bawah pengawasan hospital sehingga beratnya mencecah 1.8 kg,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

p/s: Memang x patut betul seorang ibu tinggalkan anak die macam tu aje. Apelah salah bayi tu sehinggakan ditinggalkan seperti itu. Dasyat betul perbuatan seperti ini dan kenapa perlu ditinggalkan seperti itu. Marilah kita same-same renungkan cerita yang kat atas tu. Ape-ape pon selamat berpuasa pada semua.

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...