Ahlan wa sahlan ya ramadhan iaitu selamat datang bulan ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan serta dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t dan seperti mane yang kita tahu satu-satunya bulan yang ada malam lailatulqadar yang malamnye lebih baik daripada 1000 bulan. Malam lailatulqadar ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh semua orang mukmin. Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berjumpa dengan bulan ramadhan setelah setahun meninggalkan kita.
Jadi, gunakanlah masa sebulan dalam bulan ramadhan ini dengan meningkatkan segala amal ibadah kita kepada Allah s.w.t dan sebenarnya bulan ramadhan ini dapat melatih kita untuk terus istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah bila masuk pada bulan yang lain nanti. Di bulan ini juga kita tidak lari daripada nafsu makan yang membuak-buak semasa berbuka puasa nanti dan lebih baiklah kalau kita dapat menahan nafsu makan tersebut daripada kita melakukan pembaziran. Maknanya, kita menyediakan juadah berbuka mengikut kemampuan kita dan tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.
Jadikanlah ramdhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang kita lalui sebelum ini. Selama setahun kita telah menunggu kedatangan bulan ramadhan yang penuh dengan barakah iaitu keberkatan ini tetapi kita tidak menggunakan masa yang ada dengan amal ibadah, alangkah ruginya kita apabila bulan ini meninggalkan kita tanpa kita dapat meningkatkan amal ibadah kita. Dan kita terpaksa untuk menuggu setahun lagi untuk bertemu dengan bulan ramadhan. Oleh itu, marilah kita menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan banyakkan bersabar di dalam bulan ramadhan ini. InsyaAllah.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.
Betulkah umat Islam sekarang banyak yang terpengaruh dengan budaya orang bukan Islam?
Betulkah umat Islam sekarang tidak mencirikan umat Islam yang sebenar?
Betulkah kita berada pada zaman yang sudah diceritakan Rasullah SAW semasa hayat Baginda?
Hayati kata-kata Rasullah SAW:
“Setelah aku wafat. Setelah lama aku tinggalkan. Umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya:
“Apakah pada ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Baginda SAW menjawab:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi mereka tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan.”
Betulkah kita adalah umat berdasarkan hadis Rasullah SAW di atas.
Apakah punca-punca yang menjadikan kita lemah? Cuba kita renungkan ke dalam diri kita. Bagaimanakah perlakuan kita. Adakah kita benar-benar berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW. Apakah sunnah Rasullah yang menjadi amalan kita. Tidak takutkah kita pada janji Allah?
Ingatlah firman Allah SWT:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
Cuba kita renungkan pemuda dan umat Islam terdahulu, adakah mereka seperti keadaan kita sekarang. Mereka berdiri dan benar-benar memperjuangkan Islam. Sanggup ke medan perang dan syahid demi Islam. Tapi umat Islam hari ini?
Kita lebih banyak terpengaruh dengan hiburan hari ini. Buka TV, kita dapat melihat macam-macam hiburan. Inginkah kita melihat suatu hari nanti anak kita lebih mengenal artis-artis dan ingat akan jasa mereka tetapi tidak mengenal langsung Nabi-nabi Allah, pejuang-pejuang Islam, ulama’-ulama’ dan yang memartabatkan Islam.
Ingatlah dunia hanyalah persinggahan untuk mencari bekalan di kehidupan akhirat kelak. Adakah kita ingin bergembira di dunia tetapi merana di akhirat kelak atau kita ingin menjadi hambaNYA yang bertakwa yang dijamin kesenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’am ayat 32 yang bermaksud:
“Dan tidak dinamakan (kehidupan) dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Janganlah kita terlalu taksub dengan hiburan pada masa kini. Konsert artis-artis dalam Negara dan luar Negara. Kita terlalu menyokong hiburan seperti akademi fantasia, mentor, pertandingan nyanyian dan lain-lain lagi seolah-olah kita menggalakkan apa yang tidak dibenarkan Islam.
Bagi anak-anak kita sudah diperkenalkan dengan hiburan yang melalaikan seperti ultraman, power rangers dan lain-lain kartun yang tidak dapat memberi manfaat pada mereka. Sebaliknya pemikiran mereka lebih terjerumus ke arah hiburan yang melalaikan. Adakah kita mengajar anak kita cara-cara sembahyang yang betul, mengajar mereka membaca Al-Quran yang dapat menjadi pelindung kita di akhirat kelak.
Pemuda-pemudi Islam juga mendapat dosa dari FACEBOOK. Kita dapat lihat mereka post perkataan yang tidak baik, upload gambar yang tidak menutup aurat. Pesanan dari saya, tutuplah aurat dengan baik, jagalah perkataan kita dan cubalah memanfaatkan internet ke arah yang memberi manfaat untuk kita dan orang lain. Moga-moga umat Islam akan kembali menjadi umat yang kuat.
Kita juga dapat lihat umat Islam sekarang lebih banyak mengikut fesyen-fesyen artis, memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang sedemikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.”
Berdasarkan firman Allah SWT di atas, kita dapat lihat bagaimana suruhan Allah untuk kaum hawa. Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ingatlah, janji Allah itu pasti, nisbah api di dunia dengan api neraka adalah 1:70. Jika kita sudah merasakan dan tidak tahan dengan api di dunia, bagaimana jika kita dicelup untuk masa yang sekejap di dalam api neraka atas DOSA-DOSA kita semasa hayat kita di dunia. Renungkanlah!!!
Kita melihat ramai pemudi sekarang sudah merasa cukup dengan hanya bertudung, tetapi pakaiannya mereka tidak mengikut seperti suruhan Allah iaitu melabuhkan pakaian.
Kita dapat lihat di Negara kita sekarang, zina dan maksiat berleluasa, adakah dalam hati kita tidak timbul perasaan resah melihat pemuda pemudi sekarang. Kes pembuangan bayi semakin bertambah seperti tiada pengakhirannya. Anak-anak kecil yang tidak bersalah mati dibunuh dan dtinggalkan oleh pasangan yang sudah terlanjur. Sampai bilakah anak kecil ini harus menanggung akibat atas ‘cinta suci’ pasangan-pasangan yang berzina ini. Marilah kita sama-sama membendung gejala yang sedang berlaku di Negara kita ini. Bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Tutuplah aurat dengan baik, ikutlah suruhan Allah dan tinggalkan larangan-NYA.
Rasullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai, maka pada zaman itulah kamat akan datang.”
Negara kita tidak kurang hebatnya di dalam kes zina dan maksiat. Hampir setiap hari, kita mendengar berita, membaca di akhbar berlakunya kes-kes rogol, khalwat dan pembuangan bayi. Kita dapat melihat hadis-hadis Rasullah SAW seperti merujuk di zaman kita sekarang.
Inilah realiti umat Islam zaman kita. Jika Nabi tengok semua ini berlaku pada umat Islam, apa perasaan Baginda agaknya? Baginda bersungguh-sungguh berjuang untuk menyebarkan Islam, memohon pada Allah agar kita semua dapat menikmati kehidupan akhirat yang lebih baik, tapi apakah balasan kita pada semua pengorbanan Baginda SAW?
Pemuda-pemudi Islam sekarang sudah tidak seperti pemuda dahulu. Mereka dahulu sibuk berjuang untuk menegakkan agama Islam, tetapi kita sekarang sibuk dengan apa? Adakah sibuk dengan gejala mat rempit, shuffle, dadah, arak dan lain-lain. Memang zaman kita sudah tiada perang seperti zaman Rasullah, tapi kita semua tahu, medan jihad tidak pernah hilang. Jiwa pemuda Islam zaman sekarang banyak runtuh kerana hiburan. Berbaloi ke berseronok berlebihan di dunia tapi di akhirat menjerit menangis sebab dosa sendiri. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran ayat 14:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).”
Perubahan ke arah menjadi seorang Muslim yang lebih baik tidak akan pernah sia-sia. Wahai umat, kembalilah kepada Al-Quran. Semoga kita sentiasa beroleh hidayah dari-NYA.
Jagalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Janganlah menyakiti hati orang lain, mengumpat, menjaga tepi kain orang. Hisablah diri kita sebelum kita dihisab.
Peringatan dan teguran ini adalah untuk saya dan semua umat Islam. Moga-moga kita dapat menjadi hamba-NYA yang bertakwa. Amar makruf nahi mungkar,insyaAllah.
Sumber: Mohd Hafiz
Marilah kita tengok video dibawah ini, semoga kita dapat muhasabah diri kita dan hati kita akan menjadi lebih tenang, insyaAllah.
Walaupun peritiwa Israk dan Mikraj sudah lama berlalu, amat penting untuk kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebit. Setiap tahun kita akan menyambut hari yg pernah berlaku peritiwa tersebut dengan berbagai program ceramah dan puasa beramai-ramai pada 27 Rejab.. Tapi, adakah kita mengambil iktibar dari perisitwa itu? Sama-sama renungkan..
PERISTIWA Israk dan Mikraj diraikan umat Islam setiap tahun kerana ia terus relevan dengan kehidupan harian selain sebagai peringatan supaya sentiasa bermuhasabah diri ke arah membina jati diri Muslim yang kukuh.
Walaupun sering diulang semula terutama mengenai pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan golongan tertentu sepanjang perjalanan itu namun, ia tidak jemu didengar.Forum Israk dan Mikraj anjuran Jawatankuasa Biro Agama Persatuan Darul Ridzuan yang diadakan malam Khamis lalu, membuktikan wujud kesinambungan pengalaman dilalui Baginda SAW yang kemudian diceritakan kepada sahabat dan menjadi sebahagian sirah pegangan umat Islam hari ini.Ahli panel forum, juara program Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, berkata Israk dan Mikraj yang diberi sebagai hadiah kepada Nabi Muhammad SAW, juga adalah hadiah kepada umat Islam secara umumnya.
Katanya, selain pensyariatan solat fardu yang suruhannya datang secara langsung daripada Allah, banyak lagi iktibar boleh dijadikan panduan umat Islam.
“Sebenarnya banyak yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk kita fikirkan. Nabi jumpa arwah orang baik yang mana wajah mereka bersinar-sinar dan berjumpa orang jahat yang hodoh wajahnya.
“Nabi juga nampak orang yang pikul batu dalam bakul di belakang badannya dan terus memasukkan batu walaupun sudah hampir bongkok. Apabila ditanya, Jibril berkata, itulah mereka yang di dunia ini berani memikul amanah sedangkan dia tidak mampu sebenarnya,” katanya.
Justeru, katanya, bagi mereka yang tidak berdaya memikul amanah jangan terlalu tamak hendakkan jawatan atau kuasa kerana bimbang akhirnya akan gagal memenuhi tanggungjawab itu. Beliau turut memberi contoh sikap manusia yang suka menzalimi diri sendiri berdasarkan kepada dalil al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh.” (Surah Al-Ahzab, ayat 72)
Imam Masjid Jamek Batu 12, Puchong yang juga Penolong Pendaftar Nikah, Zainal Khamis, berkata sambutan Israk dan Mikraj juga bertujuan meningkatkan keimanan umat Islam terhadap perkara yang dianggap aneh oleh sesetengah pihak.
Katanya, ada penjelasan logik untuk mereka yang masih meragui kesahihan perjalanan Nabi Muhammad SAW seperti dihujahkan ulama berdasarkan dalil al-Quran serta hadis dan umat Islam wajib mempercayainya.
Beliau memberikan analogi seekor semut yang dibawa dari Taiping, Perak menaiki kereta ke Kuala Lumpur dan sejam kemudian, pulang ke Taiping. Sesampai di Taiping, semut itu kemudian bercerita mengenai perjalanannya kepada semut lain.
“Membayangkan seekor semut berjalan dari Taiping ke Kuala Lumpur dan balik ke Taiping, pasti semut lain mengatakan dia tidak waras tetapi hakikatnya memang semut itu ke Kuala Lumpur menaiki kereta.
“Begitu juga dengan mereka yang tidak mahu mempercayai perjalanan Israk dan Mikraj, mengatakan Baginda SAW tidak waras. Sebenarnya, itu bagi hati yang tidak ada keimanan tetapi bagi yang percaya kepada Nabi Muhammad SAW, akan mengikut sunnah Baginda,” katanya.
Beliau turut mengingatkan umat Islam mengenai kepentingan solat serta memperbaiki mutu ibadat yang akan ditanya di akhirat nanti sebagai benteng menghadang daripada melakukan perkara mungkar.
Katanya, jika ibadat solat tidak sempurna, maka seluruh ibadat lain juga tidak akan sempurna. Sebab itu ada yang menunaikan solat tetapi masih melakukan maksiat.
Antara perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah:
# Berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan saja.Kita bimbang nanti puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga di kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak melakukan solat.
# Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Kaum lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah. Ada juga wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syar’i (haid dan nifas) pula tidak menghormati bulan Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.
# Menghabiskan masa menonton televisyen & DVD sedangkan Ramadhan yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu. Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.
# Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tetapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda. Ada di antara kita hanya berniaga sambilan ketika puasa. Berniaga tidak salah tetapi berniaga sambilan khusus di bulan puasa saja membina perspektif yang lain dan ia memberi kesan terhadap fokus kita pada ibadat puasa. Kualiti amal kita akan berkurangan kerana tambahan beban tetapi jika kita berjaya bermujahadah dan mengimbangkan antara dwikerjaya tadi dan ibadat, itulah yang terbaik.
# Ramadan adalah bulan ujian terhadap kesabaran dan keampuhan jiwa. Apabila perut kosong, tekak dahaga dan badan letih kerana puasa, perasaan kita mudah tersentuh dan emosi kita mudah terusik. Tahap keampuhan kita sangat minimum. Ada antara kita cepat naik darah dan mudah marah. Apabila kita berjaya mengawal kemarahan dan banyak bersabar, kita mendapat ganjaran pahala kerana ’sabar’ yang berganda. Jika sebaliknya kita hanya akan dapat lapar, letih , dahaga dan permusuhan sesama insan.
# Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semuanya dirasakan hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.
# Tidak mengeluarkan zakat fitrah bukan kerana tidak mampu tetapi kurang pendedahan terhadap betapa pentingnya zakat dan kewajipan membayar zakat. Ada yang tidak tahu di mana hendak membayar zakat fitrah, walhal setiap masjid dan kaunter AXS ada menyediakan tempat pembayaran zakat. Mungkin kerana nilainya terlalu sedikit kita mengambil ringan mengenainya.
# Hanya puasa makan dan minum saja tetapi tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari).
# Tidak mahu bersahur boleh mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah s.a.w. yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi).
Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa dan menjadikan puasa kita di Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun lalu.
Bile dengar je lagu nasyid, mesti ak rase sangat tenang jika nak dibanding dengan lagu-lagi lain. Itu lah kelebihan lagu nasyid nih berbanding dengan lagu-lagu yang lain. Tapi bile ak dengar je lagu nasyid nih, tibe2 otak ak secara x langsung mengimbau kembali zaman sekolah dulu yang mane lagu nasyid nih memang popular la dan banyak jugak la lagu2 yang ak hafal.haha. Ak ingat lagi pertandingan nasyid peringkat sekolah yang sekolah ak anjurkan, peringkat daerah dan negeri pon sekolah ak pernah jadi tuan rumah. Secara x langsung ianya dapat menarik minat kite untuk dengar lagu nasyid. Jadi, walaupun kite minat rock kapak ke, heavy rock ke, ape2 je la jangan lupa untuk layan lagu nasyid ye. So, mari kite layan lagu nasyid kat atas tu, best lagunye.haha.
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah