Suka Blog Ini

Recent Post

Saturday, July 23, 2011

Pokok Gaharu Sangat Bernilai


Kali nih ak nak bawakan kisah pasal gaharu sekali lagi. Untuk pengetahuan korang semua, permintaan untuk gaharu ini amatlah tinggi sehinggakan ke seluruh dunia. Tapi pokok gaharu ini hanyalah terdapat di sesetengah kawasan asia sahaja dan pada masa kini diantara negara yang paling banyak terdapat pokok gaharu ini adalah Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kalau kita tengok rationnye, negara yang ada pokok gaharu adalah sedikit dibandingkan dengan permintaan untuk pokok gaharu diseluruh dunia. Jadi, sudah pastilah nilai untuk gaharu ini adalah tinggi dan lumayan. Apakah yang menyebabkan pokok gaharu ini begitu lumayan??? Sebenarnye pokok gaharu ini tidak bernilai jika tidak terbentuknya resin pada pokok gaharu ini.

Bagaimanakah resin ini terjadi pada pokok gaharu??? resin ini terbentuk pada pokok gaharu apabila terdapatnya kesan luka pada pokok tersebut, sebagai contoh anda menakik pokok gaharu tersebut dengan kapak ataupun terjadi secara natural apabila ada haiwan mencakar pokok tersebut. Apabila pokok gaharu tersebut luka atau cedera daripada hasil takikan, resin akan terbentuk untuk melindungi pokok gaharu tersebut. Dan resin yang terbentuk itu akan menghasilkan bau wangi kepada pokok gaharu itu. Apabila terbentuknye resin tersebut barulah ianya menjadi bernilai kerana kita boleh proses kayu pokok tersebut menjadi minyak gaharu.

Kalau dulu, pengusaha gaharu hanya tertumpu pada teras bakar sahaja.Tapi dengan zaman teknologi yang semakin canggih ini, kita tidak lagi perlu menumpukan kepada teras bakar sahaja malah terdapat lagi satu dipanggil teras minyak iaitu kayu dibahagian luaran pokok tersebut boleh diproses untuk menghasilkan minyak. Dan apa yang menguntungkan di sini hasil minyak yang terhasil amatlah mahal. Dengan adanya teras bakar dan teras minyak ini, kita boleh mendapatkan hasil yang maksimum daripada pokok gaharu tersebut. Tetapi ramai lagi pengusaha gaharu di luar sana tidak tahu akan kewujudan teras minyak ini. 

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...