Suka Blog Ini

Recent Post

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Pokok Gaharu Sangat Bernilai


Kali nih ak nak bawakan kisah pasal gaharu sekali lagi. Untuk pengetahuan korang semua, permintaan untuk gaharu ini amatlah tinggi sehinggakan ke seluruh dunia. Tapi pokok gaharu ini hanyalah terdapat di sesetengah kawasan asia sahaja dan pada masa kini diantara negara yang paling banyak terdapat pokok gaharu ini adalah Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kalau kita tengok rationnye, negara yang ada pokok gaharu adalah sedikit dibandingkan dengan permintaan untuk pokok gaharu diseluruh dunia. Jadi, sudah pastilah nilai untuk gaharu ini adalah tinggi dan lumayan. Apakah yang menyebabkan pokok gaharu ini begitu lumayan??? Sebenarnye pokok gaharu ini tidak bernilai jika tidak terbentuknya resin pada pokok gaharu ini.

Bagaimanakah resin ini terjadi pada pokok gaharu??? resin ini terbentuk pada pokok gaharu apabila terdapatnya kesan luka pada pokok tersebut, sebagai contoh anda menakik pokok gaharu tersebut dengan kapak ataupun terjadi secara natural apabila ada haiwan mencakar pokok tersebut. Apabila pokok gaharu tersebut luka atau cedera daripada hasil takikan, resin akan terbentuk untuk melindungi pokok gaharu tersebut. Dan resin yang terbentuk itu akan menghasilkan bau wangi kepada pokok gaharu itu. Apabila terbentuknye resin tersebut barulah ianya menjadi bernilai kerana kita boleh proses kayu pokok tersebut menjadi minyak gaharu.

Kalau dulu, pengusaha gaharu hanya tertumpu pada teras bakar sahaja.Tapi dengan zaman teknologi yang semakin canggih ini, kita tidak lagi perlu menumpukan kepada teras bakar sahaja malah terdapat lagi satu dipanggil teras minyak iaitu kayu dibahagian luaran pokok tersebut boleh diproses untuk menghasilkan minyak. Dan apa yang menguntungkan di sini hasil minyak yang terhasil amatlah mahal. Dengan adanya teras bakar dan teras minyak ini, kita boleh mendapatkan hasil yang maksimum daripada pokok gaharu tersebut. Tetapi ramai lagi pengusaha gaharu di luar sana tidak tahu akan kewujudan teras minyak ini. 

Thursday, July 21, 2011

Lagu Loghat Negeri Pahang

Kali ni ak nak bawa korang semua mendengar lagu loghat negeri Pahang. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengarnya, bolehlah cuba dengar video kat bawah tu. Ak pasti korang semua akan tergelak bila mendengarnya, sebab ape ak sendiri pun tergelak jugak.haha. Bukannye ape, sebab dah banyak merantau ke negeri lain dan dah lama x dengar lagu nih. Bila sekali dengar memang tergelak jugak la. Ape2 pun lagu nih memang best dan sangat terhibur. Kalau korang semua nak tahu, di negeri pahang nih, loghat setiap daerah nye ade perbezaan sedikit, bak kate orang pahang "laen daeroh laen slangnye". Tapi walaubagaimanapun tetap ade persamaannya iaitu cara percakapannya memang hampir serupa. Inilah salah satu keunikan negeri Pahang nih. 


Apa macam sedap x lagu nih. Mesti best kan dan korang terhibur kan. Lagu makwe koi nih menggunakan loghat daerah Temerloh, dan kalau korang x faham bolehlah cari maksud die dekat google translate ye.haha. Ak memang kenal dengan pencipta lagu nih sebab anak dia tu kawan ak.haha. 


Ini satu lagi lagu loghat negeri Pahang yang bertajuk meling-meling. Memang tergelak-gelak ak tengok video nih, punye lawak tengok dorang menari. Kalau tengah makan nasi tengok video nih memang tersembur nasi keluar sebab tergelak punye pasal.haha.


Lagu yang ini pulak lagu rakyat negeri Pahang dan lagu ini pasti korang semua akan faham sebab x menggunakan loghat negeri Pahang. So, kalau korang semua tension atau rase tertekan pastikan korang dengar lagu nih pasti hilang rase tension atau tertekan malahan siap tergelak lagi.

Sedak mat lagu makwe koi nih yak. Koi minat betui dengornye. Mengkale gitu, moh le aokme sume dengor lagu nih.



Tuesday, July 19, 2011

Drama Bersiri Juvana TV3




Serius!! memang best cite nih. Die punye ending pon agak puas hati jugak la. Ape yang ak tertarik dengan cerita nih yang mane semua penghuni sekolah nih jadi baik akhirnye. Memang terbaik la.haha. Memang setiap minggu hari isnin pukul 9 malam ak duk depan TV nak tengok cerita juvana nih. Bukannye ape excited nak tengok dorang gaduh.haha. Ape2 pon cerita nih memang best dan ceritanye pon dah tamat. So, jom kite dengar lagu kat atas ni.

Monday, July 11, 2011

Apa Itu Gaharu..


Otak ak mula berfikir apekah itu gaharu, ape yang ak tahu gaharu tu adalah sejenis pokok dan dengar citenye boleh jadi kaye raye sape2 yang ade gaharu. Tapi macam mane boleh kaye pulak kalau setakat ade pokok gaharu je. Ak pun terfikir nak buat ape dengan pokok gaharu nih dan ape yang boleh dihasilkan melalui pokok gaharu nih. Hanye orang yang mengusahakan tanaman ini sahaje yang lebih mengetahui.haha. Akhirnye ak dapat mencari jawapan dan info2 mengenai apekah itu gaharu sebaik sahaje praktikal ak bermula. Praktikal??? adoi penat jugak berpraktikal nih walaupun x banyak kerja sangat.haha. Tapi ape2 pon ak berminat jugak la dengan praktikal nih disebabkan ak dapat mempelajari sesuatu yang baru iaitu apekah itu gaharu. Rupa2 nye, tidak ak sangka pokok gaharu ini amat bernilai tapi sayangnye ramai lagi orang yang masih x tahu tentang bernilainye pokok gaharu ini. 

Pokok gaharu nih bile diproses boleh menghasilkan minyak dan kite boleh jadikan sebagai minyak wangi disebabkan minyak yang terhasil sangat la wangi. Buat pengetahuan bagi sape2 yang x tahu, minyak gaharu itu adalah basis kepada minyak wangi yang ade. Tapi bukan tu aje, pokok gaharu nih boleh jugak digunakan dalam kosmetik, perubatan dan macam2 lagi la. Daun pokok gaharu nih jugak boleh digunakan untuk membuat teh. Rupa2 nye  memang banyak kegunaan pokok gaharu nih tapi ape yang penting minyak wangi yang terhasil daripada gaharu ni adalah sangat mahal dan amat lumayan. Tidak hairan la ak pernah dengar ade orang cakap pokok gaharu ini boleh buat kite jadi kaye raye. 

Memang betul pokok gaharu nih amat bernilai kalau x percaye carilah kat internet pasal pokok gaharu x pon korang boleh mencuba untuk menanam pokok gaharu tu.haha. Tu je la ak nak cite pasal gaharu.haha. Ape yang penting bile lah ak nak habis praktikal nih. Bukannye ape penat ulang alik dari tempat ak praktikal boleh tahan jugak la jauhnye. Macam lari tajuk je ak nih. Hentam aje la.haha. Tapi pokok gaharu nih memang bernilai sape2 yang ade tu jangan biar macam tu aje memang rugi. Kalau x nak usahakan pokok gaharu tu boleh la bagi pokok gaharu tu dekat ak.haha. Cukup la setakat ni pasal gaharu, tunggu la sambungannye nanti kalau ak rajin.haha.

Thursday, February 3, 2011

Serba Sedikit Mengenai Negeri Pahang

 Pahang Darul Makmur

Bendera
Lambang
Peta
Peta


Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
  • Melayu:  989,473 (76.82%}
  • Cina: 228,043 (17.7%)
  • India:  64,419 (4.98%)
  • Lain-lain: 6,442 (0.5%)
Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
  • Tanah tinggi
  • Hutan hujan
  • Kawasan pinggir laut
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. 
Kebudayaan masyarakat Pahang amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat melayu. Pada zaman sebelum kemerdekaan, seni silat merupakan antara aktiviti seni yang menarik minat anak-anak muda. Hinggalah negeri Pahang terkenal kerana memiliki ramai pendekar dan pahlawan hebat seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Datuk Bahaman, Panglima Muda Jempul,Pendekar Mat Arif dan ramai lagi yang nama mereka telah dipadam oleh British dalam sejarah.
Di antara loghat Negeri Pahang ialah:
  • Aok - awak
  •  Babir - degil
  • Bela - repair 
  • Godei - kacau kacau air, dodol
  • Gamoknye - agaknya 
  • Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
  • koi - saya,aku
  • Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
  • Melantong - busuk sangat 







Tuesday, August 31, 2010

Distillation Column


Distillation is defined as
A process in which a liquid or vapour mixture of two or more substances is separated into its component fractions of desired purity, by the application and removal of heat.
Distillation is based on the fact that the vapour of a boiling mixture will be richer in the components that have lower boiling points. Therefore, when this vapour is cooled and condensed, the condensate will contain more volatile components. At the same time, the original mixture will contain more of the less volatile material. Distillation columns are designed to achieve this separation efficiently. The best way to reduce operating costs of existing units, is to improve their efficiency and operation via process optimisation and control. To achieve this improvement, a thorough understanding of distillation principles and how distillation systems are designed is essential.

TYPES OF DISTILLATION COLUMNS

Batch Columns
In batch operation, the feed to the column is introduced batch-wise. That is, the column is charged with a 'batch' and then the distillation process is carried out. When the desired task is achieved, a next batch of feed is introduced.
Continuous Columns
In contrast, continuous columns process a continuous feed stream. No interruptions occur unless there is a problem with the column or surrounding process units. They are capable of handling high throughputs and are the most common of the two types. We shall concentrate only on this class of columns.
Basic Operation and Terminology                                                                                             The liquid mixture that is to be processed is known as the feed and this is introduced usually somewhere near the middle of the column to a tray known as the feed tray. The feed tray divides the column into a top (enriching or rectification) section and a bottom (stripping) section. The feed flows down the column where it is collected at the bottom in the reboiler.Heat is supplied to the reboiler to generate vapour. The source of heat input can be any suitable fluid, although in most chemical plants this is normally steam. In refineries, the heating source may be the output streams of other columns.  The vapour raised in the reboiler is re-introduced into the unit at the bottom of the column. The liquid removed from the reboiler is known as the bottoms product or simply, bottoms.The vapour moves up the column, and as it exits the top of the unit, it is cooled by a condenser. The condensed liquid is stored in a holding vessel known as the reflux drum. Some of this liquid is recycled back to the top of the column and this is called the reflux. The condensed liquid that is removed from the system is known as the distillate or top product.
Thus, there are internal flows of vapour and liquid within the column as well as external flows of feeds and product streams, into and out of the column.
 DISTILLATION PRINCIPLES
Separation of components from a liquid mixture via distillation depends on the differences in boiling points of the individual components. Also, depending on the concentrations of the components present, the liquid mixture will have different boiling point characteristics. Therefore, distillation processes depends on the vapour pressure characteristics of liquid mixtures.
Vapour Pressure and Boiling
The vapour pressure of a liquid at a particular temperature is the equilibrium pressure exerted by molecules leaving and entering the liquid surface. Here are some important points regarding vapour pressure:

  • energy input raises vapour pressure

  • vapour pressure is related to boiling

  • a liquid is said to ‘boil’ when its vapour pressure equals the surrounding pressure

  • the ease with which a liquid boils depends on its volatility

  • liquids with high vapour pressures (volatile liquids) will boil at lower temperatures

  • the vapour pressure and hence the boiling point of a liquid mixture depends on the relative amounts of the components in the mixture

  • distillation occurs because of the differences in the volatility of the components in the liquid mixture
Relative Volatility                                                                                            Relative volatility is a measure of the differences in volatility between 2 components, and hence their boiling points. It indicates how easy or difficult a particular separation will be. The relative volatility of component ‘i’ with respect to component ‘j’ is defined as
eqn1
yi = mole fraction of component ‘i’ in the vapour
xi = mole fraction of component ‘i’ in the liquid
Thus if the relative volatility between 2 components is very close to one, it is an indication that they have very similar vapour pressure characteristics. This means that they have very similar boiling points and therefore, it will be difficult to separate the two components via distillation.
   

Sunday, August 29, 2010

Rahsia Melalui Tulisan Oleh Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...