Suka Blog Ini

Recent Post

Thursday, February 3, 2011

Serba Sedikit Mengenai Negeri Pahang

 Pahang Darul Makmur

Bendera
Lambang
Peta
Peta


Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
  • Melayu:  989,473 (76.82%}
  • Cina: 228,043 (17.7%)
  • India:  64,419 (4.98%)
  • Lain-lain: 6,442 (0.5%)
Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
  • Tanah tinggi
  • Hutan hujan
  • Kawasan pinggir laut
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. 
Kebudayaan masyarakat Pahang amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat melayu. Pada zaman sebelum kemerdekaan, seni silat merupakan antara aktiviti seni yang menarik minat anak-anak muda. Hinggalah negeri Pahang terkenal kerana memiliki ramai pendekar dan pahlawan hebat seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Datuk Bahaman, Panglima Muda Jempul,Pendekar Mat Arif dan ramai lagi yang nama mereka telah dipadam oleh British dalam sejarah.
Di antara loghat Negeri Pahang ialah:
  • Aok - awak
  •  Babir - degil
  • Bela - repair 
  • Godei - kacau kacau air, dodol
  • Gamoknye - agaknya 
  • Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
  • koi - saya,aku
  • Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
  • Melantong - busuk sangat 







0 comments:

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...