Suka Blog Ini

Recent Post

Tuesday, July 26, 2011

Bandar Atau Luar Bandar

Bandar

Atau

Bandar Kecil/Luar Bandar

Hari ni ak nak berdiskusi mengenai yang mane menjadi pilihan anda sama ada duduk di kawasan bandar ataupon luar bandar. Perkara ini sering dibincangkan semasa kita dibangku persekolahan dan jugak pernah keluar dalam karangan PMR dan SPM.haha. Walaubagaimane pon setiap orang ade pendapat masing-masing. Dan bagi ak sudah pastilah memilih untuk duduk di kawasan luar bandar. Maksud luar bandar bagi ak kat sini bukan di kawasan kampung sahaja tapi kawasan bandar yang tidak terlalu sibuk kalau contoh di Pahang seperti Jerantut atau kalau di Terengganu seperti Kemaman. Kalau letak ak duduk di KL fuhh memang berpinau mata ak nih.

Bukannye ape, kawasan bandar yang amat pesat serta penduduk yang memang ramai membuatkan kepala ak agak serabut dan x berapa nak selesa. Mungkin sebab ak dah biase tinggal di kawasan yang tidak berapa sibuk seperti KL tu. Mungkin bagi mereka yang memang dah asalnye dari bandar yang besar, mereka berasa selesa tinggal di kawasan yang pesat membangun. Tapi kadang-kadang ade jugak di antara kite yang mempunyai pendapat yang berlainan. 

Sebagai contoh, ade yang asalnye tinggal di kawasan luar bandar suka jikalau tinggal di kawasan bandar besar dan ade jugak yang memang asalnye tinggal di bandar besar tapi suka jikalau tinggal di kawasan luar bandar atau bandar yang kecil dan x berapa sibuk. Tapi kalau kite tengok kepada statistik, ramai orang akan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari rezeki disebabkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Tapi bagi ak kalau duduk di kawasan bandar kecil atau luar bandar nih, ak berasa lebih selesa dan tenang sedikit. Ialah kawasannye tidaklah sesibuk mane dan xde la nak mengharungi jalan raye yang sesak2 tu. Tapi pada zaman yang akan datang nih, perkembangan teknologi yang semakin canggih dan kemajuan negara kite yang pesat, bandar yang kecil atau luar bandar ini pon akan membangun juga. Ape2 pon, x kiralah luar bandar ataupon bandar, bila kita dah duduk lame di sesuatu tempat barulah kite akan menyukai berada di tempat tersebut. Orang kate proses untuk menyesuaikan diri bile berada di tempat yang baru.

Semuanye bergantung pada diri masing-masing dan semua orang ada pandangan dan pendapat mereka tersendiri.

6 comments:

Idah said...

SL pun suka kampung, dlm perancangan mau habiskan sisa2 hidup di kampung pulak.....insyallah

ZWAN SABRI said...

Kalau aku, aku pilih Bandar sebab ada banyak kemudahan.. and ada banyak tempat untuk berhibur.. HEHE

MySuaraBlog: SODA itu STRESS

Rashidi said...

Kak Idah: erm, bagus la cam tu dah de perancangan...insyaAllah...

Rashidi said...

ZWAN SABRI: haha...kalau nk berhibur mmg la best duk bandar... :)

Ezad Skytech said...

Yang tak bestnya dok bandar KL ni..hari2 kena tempuh jalan sesak...kalau sesekali takpe la..

Rashidi said...

Ezad: betul2...2 yang x larat nye...jalan sesak je... :)

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...