Suka Blog Ini

Recent Post

Thursday, September 29, 2011

Contest: Blog Hot And Cool


Pagi ni nampaknya aku bangun agak awal sebab aku tidur tersangatlah awal. Jadi kerajinan untuk menulis di blog ini sangatlah tinggi sebelum aku sibuk dengan tugasan seharian yang sememangnya banyak kerja untuk dilakukan (pening-pening dengan kerja.. haha). Tapi sebelum tu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Cikgu Kancil kerana sudi tag aku untuk join contest ni. 

Berkenaan contest yang aku join ni adalah satu contest di mana pencarian blog yang paling hot dan cool. Fuh.. menarik ni. Tapi aku rasa blog aku ni sangatlah simple sahaja dan kalau korang rasa blog korang hot dan cool apa lagi join la contest ni. Mana la tau ada rezeki blog korang dipilih untuk jadi blog paling hot dan cool mesti korang akan rasa gembira kan.. hehe.

Jadi, siapa yang berminat nak join tu bolehlah klik banner kat atas tu ataupun klik sini je. Untuk contest ini aku nak tag 2 orang yang paling bertuah iaitu:






Sunday, September 25, 2011

Alamak.. Salah Orang La Pulak.. Malunya Saya..

Open house? Open house? korang ada tak jemputan mana-mana open house, kalau ada nak join sekali boleh, dapat makan free.. haha. Sekadar lawak je. Tapi hari ni dengan hari esok serius memang agak banyak jugak la orang ajak pergi open house. Memang meriah la kan sambil makan orang kata dapat merasai suasana hari raya dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan.

Hari ni aku nak kongsikan satu cerita yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.. haha.

Konvoi pergi beraya 2 buah kereta,

Abu: Wei Ali, cuba ko mesej Naim mintak nombor telefon Siti. Senang sikit nak tanya alamat rumah dia.

Ali: Ok2, aku dah hantar mesej ni. 

Abu: Nanti dah dapat ko terus telefon Siti tanya alamat rumah dia.

Ali: Haa, dah dapat. Ok, aku telefon dia. "Salam Siti, aku ni Abu. Nak tanya alamat rumah ko?". 

Orang Dalam Telefon: Aik, ni bukan Ali ke yang cakap?

Ali: haha, kantoi la pulak. Aku nak tanya alamat rumah ko ni Siti? cuba ko bagi tahu aku.

Orang Dalam Telefon: Adoi, ni bukan Siti la. Farah yang cakap ni.

Ali: Alamak salah orang rupanya. Cis, tak guna punya Naim. Lain aku mintak lain pulak nombor yang dia bagi.

Abu Dan Budak Lain Yang Ada Dalam Kereta: Hahaha, nak tipu orang, kan ko yang dah kena tipu.. haha. Padahal Farah tu ada kat kereta belakang yang ikut sekali nak pergi beraya. Hahaha.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, kenali lah suara kawan anda kalau tidak mungkin boleh jadi seperti cerita kat atas ni.. hahaha.




Monday, September 19, 2011

Demam.. Sekarang Musim Demam Ke..

Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ni walaupun baru 4 hari.. haha. Memang teringin nak mengupdate tapi apakan daya otak kata tidak dapat berfikir dengan baik dan badan pulak kata tidak larat untuk menulis. Jadi tak dapat la nak mengupdatenya. Apakah punca disebalik semua ini? alamak macam serius la pulak.. haha.

Sebenarnya tak larat tu bukannya apa sebab masih lagi menunggu bila la demam aku ni nak elok. Dah masuk 6 hari dah ni tapi tak ok lagi. Apa lagi duk tidur je la jawabnya. haha. Ada tak antara korang semua yang demam? dengar kata tengah musim demam kot sekarang ni. Tapi tak tau la kalau-kalau kat tempat aku ni aje.. haha.

Nampaknya kali ni rumah aku mengalami keadaan yang agak teruk sikit. Haa, agak-agak korang apa ye? apa lagi kalau bukan musim demam beramai-ramai.. haha. Boleh tahan ramai gak la member-member aku yang demam. Kalau dikira-kira dalam 5, 6 orang jugak la. Terus sunyi sepi je rumah aku ni sebab semua duk tidur aje.

Kalau siapa-siapa yang demam tu jangan lupa pergi jumpa doktor dan makan ubat.Teringat pulak pada kawan aku yang tak suka makan ubat. Lawak pulak masa aku tengok dia nak makan ubat tu, punyalah lama tunggu nak tengok die telan ubat tu.. haha. Ok lah aku pun nak pergi makan ubat jugak ni.. haha.




Thursday, September 15, 2011

Cantiknya.. Indahnya.. Kawasan Perlancongan Ni..

Tahniah kepada aku sebab hari ni bangun awal.. haha. Takde kaitan pun sebenarnya, tapi di pagi yang indah ni tatkala hujan pun baru berhenti, teringat la pulak kenangan pergi bercuti di dua kawasan destinasi perlancongan yang aku rasa sangat cantik lagi indah. Korang rasa cantik tak tempat tu? alamak, aku belum bagi tau lagi cam ne korang nak tahu kan.. haha. Tempat yang aku nak bagi tau ni seperti di bawah,

Pulau Tioman

Taman Negara Pahang

Ni lah dua tempat yang aku cakap tu. Masa aku pergi dulu tu zaman aku takde kamera lagi terpaksa la menggunakan khidmat google untuk cari gambar kat atas tu nak letak gambar punya pasal.. haha. Apa macam cantik tak tempat yang aku cakap ni? mesti korang dah pernah perginya kan? kalau tak pernah lagi takpe nanti-nanti bila ada masa bolehlah pergi melancong kat tempat yang aku cakap ni.. haha. Aku pun teringin nak pergi lagi tapi apa kan daya masa takde duit pun takde.. haha. 




Tuesday, September 13, 2011

Rumah Aku Dimasuki Pencuri.. Cis..

Hari tu kita digemparkan dengan kes rompakan kedai mamak dekat seksyen 15 dan seksyen 17 Shah Alam. Serius peristiwa ni agak menakutkan aku yang selalu lepak kat kedai mamak.




Tapi malam tadi rumah aku pulak telah dimasuki oleh pencuri. Waktu kejadian tak dapat dikenal pasti, tapi aku agak-agak lebih kurang pukul 5 pagi cam tu la. Adoi, nasib baik pencuri tu curi duit dalam wallet saje. Kalau curi macam-macam boleh pening kepala dibuatnya. Nampak gayanya security rumah aku ni terpaksa ditingkatkan lagi. Tapi boleh tahan kaya jugak pencuri tu sebab beratus-ratus jugak la dia dapat. Cis, tak guna punya pencuri. Tapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke dalam lokap jugak. Berhati-hati ye kawan-kawan semua, pencuri ada di mana-mana sahaja.




Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR


Terasa kerinduan di hati ini setelah agak lama tidak join segmen. Jadi kali ni aku nak join jugak segmen sebabnya aku memang nak join segmen.. haha. Aku sebenarnya agak tertarik dengan segmen kancil8349 ni mengenai pengalaman semasa menghadapi peperiksaan upsr dulu. Wah, nampak gayanya kena berpatah balik ke zaman darjah 6 dulu untuk mengimbau kembali detik-detik menghadapi upsr. 

Tapi nampak gayanya tak banyak yang aku dapat ingat setelah berlari sejauh 1 km dan makan lemang sampai kenyang untuk mengingati zaman darjah 6 dulu.. haha. Apa yang aku ingat, aku jawab upsr ni dalam bangunan kayu dan meja aku terletak dibahagian belakang dalam dewan tu. 

Tapi sekarang ni bangunan tu telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru dan serius agak sedih jugak la sebab nostalgia aku jawab upsr kat dalam bangunan tu dah hilang.. haha. Tapi takpe la orang kata zaman semakin moden dan canggih jadi mesti ada pembangunan yang baru untuk meningkatkan lagi keselesaan para pelajar.

Pada pendapat aku ok jugak kalau bangunan tu dikekalkan orang kata lagi ada jugaklah bangunan zaman jepun yang akan menjadi sejarah untuk generasi pada masa hadapan. Tak gitu? haha. Apa-apa pun memang seronok masa ambik upsr dulu, keputusan pun menggembirakan dan kalau tak silap nama kelas aku 6 merah.. haha. Kalau korang nak join segmen ni boleh klik sini ataupun klik je banner kat atas tu. Moh la kita join wei.





Monday, September 12, 2011

Ingatkan Orang Gaduh.. Sekali Kalah Main Game Daa..

Tiba-tiba panggg!!! bunyi keyboard kena hentak. Tak lama lepas tu panggg!!! lagi sekali bunyi keyboard kena hentak. Adoi, baru aku nak rilek-rilek kejap dah terkejut dibuatnya. Lepas tu bunyi sekali lagi, kali ni lain pulak gayanya. Macam ni bunyinya "tak guna betul kalah lagi sekali, siot betul aku lempang jugak keyboard ni nanti"(ayat telah diubah suai sikit supaya lebih sopan.. haha.).

Aku ingatkan ada orang nak bertumbuk ke apa, rupanya kalah main game.. haha. Tapi aku tak kisah pun sebenarnya, dah biasa dengan keadaan macam tu. Tapi macam tu la gayanya bila terlalu excited main game orang kata susah nak kawal bila dah terbiasa. Tapi bukanlah semua macam tu, contohnya macam aku, takde la sampai nak lempang keyboard tu. Kadang-kadang je terasa nak buat macam tu.. haha.

Kalau nak tengok lagi terbaik, bila ramai-ramai main game, contohnya game dota atau counter strike. Haa, sekali main sampai sepuluh orang. Hasilnya, memang kecoh la satu rumah macam-macam bunyi ada.. haha. Walaupun macam mana pun agak terkawal jugak la kan, kalau tak terkawal mesti jiran sebelah dah baling periuk atau pasu bunga ke rumah aku.. haha. Agak-agak korang pernah mengalaminya tak? tapi apa-apa pun kalau main game ramai-ramai serius memang seronok.. haha.




Saturday, September 10, 2011

Kes Rompakan Lagi Dekat Shah Alam..

Lagi satu kes rompakan kat kedai mamak yang telah berlaku dekat seksyen 24 Shah Alam. Kali ni dorang merompak kira-kira pukul 5.30 pagi pulak. Adoii, bahaya cam ni kalau lepak pagi-pagi kat kedai mamak melainkan kalau ada game bola. Ye lah, kalau ada game bola kan biasanya ramai orang pergi tengok.

Tak kan dorang berani jugak kan nak merompak, mau nya kena pukul dengan penyokong chelsea ke, liverpool ke dan macam-macam lagi la kan.. haha. Tapi hari semalam aku lepak dengan member aku, tak sangka pulak dia ada kat tempat kejadian. Apa nak kata lintang pukang la member aku larikan diri sebab dia cakap masa tu tak ramai sangat orang makan kat kedai mamak seksyen 24 tu.

Kalau kita pun confirm lari lintang pukang jugak kan. Kalau perompak tu tak bawak apa-apa ok lagi. Ni siap bawak parang mana tak kecut perut. Tapi member aku tu tak sangka la pulak kedai tu nak kena rompak, nasib baik la dia tak bawak barang-barang yang berharga. Kalau bawak laptop masa tu, memang lesap la jawabnya.

Hari tu kat seksyen 15, lepas tu kat seksyen 24, lepas ni tak tahu la pulak kat seksyen mana.. haha. Serius memang bahaya, kalau nak lepak tu di sarankan tak payah la bawak laptop atau barang-barang berharga. Kalau korang nak baca cerita penuh klik kat sini.




Friday, September 9, 2011

Siapa Curi Coklat Aku..

Tiba-tiba dengar member aku menjerit "woi siapa curi coklat aku dalam peti ais ni, awek aku kasi tu".. haha. Kesian.. memang kesian.. lama sangat simpan dalam peti ais tu dah la coklat sedap pulak tu. Mesti terliur nya kalau tiap-tiap hari bukak peti ais nampak coklat yang sedap tapi takde orang nak makan. Tapi.. tapi bukan aku yang amik tau, masih dalam siasatan kes coklat yang hilang ni.. haha.


Haa, lebih kurang cam kat atas ni la coklat member aku yang hilang tu. Cam ne sedap tak coklat kat atas ni? Serius berebut kalau bagi percuma.. haha. Tapi member aku cakap coklat yang satu lagi ni memang sesuai kalau bagi hadiah kat orang.. betul ke? mari kita tengok kat bawah ni..


Fuhh, memang la sesuai. Aku pun nak kalau macam ini punya hadiah. Bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah gigi rosak elakkan dari makan coklat ni ye.. haha. Apa-apa pun dah lama tak makan coklat mengidam la pulak. Kepada member aku teruskan siasatan untuk mencari coklat anda yang hilang.. haha.




Cantiknya Handphone Tu..

Wah.. cantiknya handphone tu, mahal pulak tu, canggih pulak tu. Rambang mata tengok bila lalu kat depan kedai jual handphone ni. Cantik tak handphone kat bawah ni..






Haa.. cantik tak? cantik kan. Bila la nak dapat handphone seperti di atas ni. Lagi satu handphone tengok kat bawah ni..





Fuh, menariknya handphone ni bak kata member aku.. haha. Yang ni pun mahal gak tapi murah la sikit dari yang gambar atas sekali tu kan. Handphone aku cam mana ye.. Haa.. Cuba tengok yang bawah ni pulak.. 




Yang ni la handphone cam aku punya.. haha. serius cantik betul tak? haha. Tengah berfikir bila la aku nak pakai yang macam gambar atas sekali tu.. haha. Tak kisah la yang mana satu pun janji boleh guna ok la kan. Korang setuju tak? haha. 





Thursday, September 8, 2011

Cicak Dalam Peti Sejuk.. Alamak..

Satu hari di hari raya.. Ku lihat cahaya bersinar indah.. langit cemerlang tak terkira.. Tanda kuasa yang Maha Esa.. Memberi nikmat pada manusia.. Korang sambung la seterusnya.haha. Bukan pasal raya aku nak cerita tapi semalam bila aku balik dari kerja sambil nyanyi lagu raya kat atas tu..

Aku terus masuk ke rumah dan pergi ke dapur dan aku terbaca satu nota yang berbunyi begini "api gas super besor, hati-hati kalau nak bukak nanti ada yang rambut hangus terbakar.. haha". Aku baru nak masak tengok nota tu tak jadi terus aku nak masak. Mau terbakar rambut aku nanti.. haha.

Hairan aku, cam ne leh jadi besar gitu apinya. Peristiwa yang kedua pulak, kawan aku post kat facebook malam tadi "aku terjumpa cicak dalam peti sejuk rumah sewa kita kawan-kawan, baik ngaku siapa yang bela cicak.. haha". Pelik cam ne cicak leh masuk dalam peti sejuk ni. 

Tak tahu la, mungkin cicak sekarang suka tempat yang berhawa dingin kot.. haha. Macam-macam hal kat rumah sewa aku ni. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, macam tu lah kehidupan di rumah sewa, pelbagai ragam yang memeriahkan lagi suasana rumah. Tapi yang pastinya itulah kenangan yang kita akan ingat bila dah tua nanti.haha. 




Wednesday, September 7, 2011

Kuih Berlambak.. Siapa Nak Makan.. Apa Kes..

Aku pelik betul la, kenapa kuih dekat rumah aku ni banyak lagi ni. Takde orang nak makan ke, takde orang datang beraya ke.. Kalau nak diikutkan tahun-tahun yang sebelum ni, cepat je licin kuih-kuih kat rumah aku ni. Korang agak-agak kenapa kuih kat rumah aku ni masih banyak lagi walaupun hari ni dah masuk hari kesembilan kita beraya? Tak tahu ke.. Aku pun tak tahu gak sebenarnya.. haha.

Aku takde la pelik pun sebenarnya, tapi ni semua gara-gara adik aku yang beli kuih tak tahu la apa ke namanya. Rupa kuihnya serius memang cantik, tapi kalau korang makan adoi punya la sedap sampai korang tak nak makan dah lepas tu. Orang kata apa ye, jangan tertipu dengan kecantikan luaran.. Ditujukan khas untuk kuih tau, bukannya orang.. haha.

Masalah yang dihadapi sekarang ni, adik aku beli jenama kuih tak sedap ni agak banyak la. Memang tak terusik langsung, orang yang datang beraya pun cam dah tau-tau kuih tu tak sedap. Tapi adalah sorang dua yang makan. Aku? takde harapan la nak makan sebab aku dah merasa kuih tu memang tak kena dengan lidah aku ni. 

Jadi, siapa yang nak habiskan kuih-kuih ni? adik aku pun dah tak lalu nak makan walaupun dia yang beli.. haha. Kesimpulannya, siapa yang agak-agak nak kuih percuma tu bagi tahu aku ye.. hahaha.




Monday, September 5, 2011

Lepas Raya Bajet Lari.. Tolong..


Tengah aku lepak kat kedai makan tadi terdengarlah perbualan dari meja sebelah ni. Amboi, sembangnya bukan main, seronok pulak aku menengoknya. Tapi aku bukan curi-curi dengar tau, terdengar aje.. haha. Bukannya apa, dorang cakap kuat sangat satu kedai boleh dengar agaknya. 

Salah satu perbualan dorang yang aku dengar "lepas raya ni bajet banyak lari kena berjimat cermat sikit, kena beli apa yang perlu je". Hah, lepas tu kawan dia pulak cakap "ala biasa la tu lepas raya, mesti bajet lari punya, tak pernah tak lari mesti berlari-lari je bajetnya".. haha. 

Tapi apa yang aku tahu, lepas raya ni memang ramai yang lari bajet akibat terlebih berbelanja nak beli tu.. beli ni la .. macam lagi la, maklumlah orang selalu cakap raya setahun sekali. Tapi sebaiknya kita berbelanja ikut kemampuan la. Berbelanja apa yang perlu sahaja, kalau tak perlu tak payah la kan walaupun raya setahun sekali. Betul tak? setuju tak? ala tak setuju ke..

Bukannya apa, kalau berbelanja lebih-lebih sangat, confirm lepas raya memang lari bajet punya. Melainkan kalau duit tu banyak sangat dah tak tahu nak buat apa .. haha. Tapi apa-apa pun macam biasalah semua orang ada pendapat masing-masing. Tepuk dada tanya selera nak lemang lagi.haha.




Sunday, September 4, 2011

Berat Badanku Naik.. Alamak..


Terkejut betul, serius memang terkejut. Berat badan dah naik secara mendadak. Alamak macam mana nak turunkan berat badan ni. Haa, ramai yang aku tengok dalam facebook yang post pasal berat badan dah naik.haha. Nak tergelak jugaklah aku baca. Tapi biasalah masa raya kan banyak makanan mesti asyik nak makan je.

Mestilah naik nya berat badan lepas tu kan. Ala takpe bukan selalu pun berat badan naik kan.. haha. Mesti lepas ni larisnya ubat nak kuruskan badan. Sebab ramai yang nak turunkan berat badan semula. Untunglah siapa yang makan banyak-banyak tapi berat tak naik. Makan satu hari tak berhenti pun takpe, tak gitu.. haha.

Jadi, siapa yang agak-agak berat badan dah naik tu, jom la kita ramai-ramai pergi berjogging tiap-tiap petang. Mesti boleh turun punya berat badan tu. Apa lagi, jom la kita habiskan segala kuih yang ada, tak baik membazir.haha.




Cuti Dah Habis Ke..


Alamak .. esok dah kerja ke! cuti dah habis ke! .. Fuhh, punya la seronok bercuti raya sampai tak sedar yang hari ni last cuti.. haha. Korang semua macam mana raya, seronok tak? mestilah seronok kan.. Dapat pakai baju baru, jumpa saudara mara, kawan-kawan, makan lemang dan macam-macam lagi la.

Kalau nak diceritakan pasal raya ni seminggu pun tak habis lagi kan. Tu pun kalau habis, kalau tak habis tambah lagi seminggu.. haha. Tapi kalau nak cepat habis cerita pasal raya ni korang tahu tak cam ne? tak tahu ke.. ala mudah aje korang tulis la kat blog korang cerita pasal hari raya, confirm 3 hari boleh abis.. haha.

Teringat pulak member aku cakap, kalau hari raya ni memang susah nak jumpa nasi, pagi makan lemang, tengahari makan laksa dan malam makan kuih raya sebab pergi beraya rumah orang. Tapi ada betulnya jugak sebab rumah aku pun hari raya pertama memang tak jumpa pun nasi.. haha. 

Kalau agak-agak tak puas raya lagi tu, mintak la cuti seminggu lagi. Mesti seronok menghadapi kerja pejabat yang bertimbun lepas tu.. haha. Apa-apa pun esok dah mula kerja, apa lagi kita raya kat pejabat la pulak.haha.




Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...