Suka Blog Ini

Recent Post

Wednesday, October 10, 2012

Pernahkah Anda Mengalaminya?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Percayakah anda bila tengah bawak motor dalam kadar yang laju dekat atas highway tiba-tiba enjin motosikal boleh berhenti walaupun tiada kerosakan yang berlaku. Aku pun hairan dan pelik macam mana boleh berlaku.

Nak diceritakan, aku naik motor dengan adik aku melalui kawasan Lebuhraya Karak. Tapi bukan aku la yang bawak, adik aku yang bawak motornya. Pada masa tu, ada 2 perkara yang berlaku, mula-mula skru dekat ekzos motor tercabut. Terpaksa la aku singgah kejap dekat Bentong nak bela. Kalau tak, mau tercabut ekzos motor tu. haha. 

Bila dah settle semua baru aku gerak semula. Sampai je dekat satu kawasan, aku tak pasti la tapi masih lagi dekat kawasan Lebuhraya Karak, kejadiaan seperti kat atas tu pulak berlaku. Bila di check-check, tak ada pulak rosak-rosaknya, bila di start-start ok je. Hairan betul la, tapi itulah yang berlaku.

Aku pun tak tahu sama ada berlaku secara kebetulan atau ada perkara misteri yang berlaku disebaliknya. Apa pun aku bersyukur la sebab semua masalah dapat di atasi dan tiada apa yang berlaku.

   

3 comments:

Anum said...

blum pernah alaminya

Maria Menado~ said...

belom pernah cuba naek moto lalu karak tapi alhamdulillah tak ada apa2 berlaku kan. siang ke? kalau malam lagii seram.

waiman takwa said...

Rasanya ekzos tersumbat sebab tekanan tinggi dalam enjin. boleh cuba guna ekzos besar sikit. Dulu saya pasang salur pada penutup isi minyak hitam tu. Tapi bising. Jom join segmen blog saya.

Pengumuman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...